Chapter 8: Abandoned Lab

83 20 8
                                    


Di dalam hutan, dengan keadaan yang sunyi sepi dan gelap itu Kirizu berjalan berseorangan. Dia ditemani  dengan bunyi cengkerik dan angin yang bertiupan perlahan. Dia berjalan sambil memegang obor untuk menerangkan sekelilingnya. Dia tidak berasa risau pun dan terus melangkahkan kakinya menuju ke arah makmal yang dikatakan itu. Makmal tersebut terletak di atas puncak Bukit Resemin, tidak terlalu jauh dari Resedien.

Di situasi Shiryuki pula, dia duduk di kerusi sambil melihat keadaan rakannya yang cedera itu. Dia juga memikirkan keselamatan Kirizu yang pergi ke makmal tersebut.

Safwan yang sedang menolong Khairil untuk minum hanya melihat sahaja kelakuan Adith yang sedang baring di sofa.

"oii Adith, sini kau ganti aku jaga Khairil pulak...kau sedap je baring situ..." Arah Safwan dengan nada yang tinggi.

"hmmmm...buatlah kau...satgi aku buat salah nanti bising pulak..." Balas Adith memerli Safwan .

"akulahh...dia ni..." Geram Safwan yang mahu melepaskan geramnya terhadap Adith.

"Safwan...takpe biar aku je jaga Khairil ni..." Kata Nia bagi menenangkan Safwan.

"Erkkk...kau boleh ke ni jaga dia kejap?" Soal Safwan tertanya-tanya.

"Takpee...kau nak pergi mana-mana pergi lah..." Balas Nia dengan lembut.

"okay, terima kasih Nia" Ucap Safwan lalu dia berdiri dan terus bergerak ke tandas.

Nia hanya membalas senyuman kepada Safwan lalu dia memandang semula ke arah Khairil.

"akh-akhirnya, Nia ambil berat pun pasal aku...uhuk" Ucap Khairl perlahan.

"Erkkkk...aku tak tahu macam mana nak react dengar kau cakap macam tu Khairil" Tak terkata Shiryuki melihat Khairil.

Safwan yang hendak pergi ke tandas sempat lagi mengutuk Adith yang sedang baring itu.

"Pemalass..." Kutuk Safwan sambil berlalu pergi ke tandas.

"hmmm...yelah kau je yang rajin..." Adith membalas semula kutukan Safwan dengan perlian.

"Cehhh...annoying betul" Desis Adith halus.

************************************

Di situasi Kirizu pulak, dia masih lagi berjalan menuju ke arah yang dikatakan. Hanya cahaya obornya sahaja menemaninya semasa dia berjalan. Dia dengan tiba-tiba berhenti kerana terdengar bunyi daun-daun dipijak oleh seseorang. Pada ketika itu juga bunyi angin yang lembut meniupi di mukanya. Dia mengangkat semula kepalanya memandang ke hadapan. Dia menghelakan nafasnya dengan kuat.

"aku tahu ada orang tengah menyorok disebalik pokok tuhh..." Kata Kirizu dengan dingin yang tahu ada seseorang disebalik salah satu pokok di situ.

Maka, seorang gadis keluar menunjukan dirinya dengan berpakaian kot yang berwarna ungu serta rambut pendek takat bahu yang juga berwarna ungu membawa perwatakan yang tersendiri. Dia melangkah ke hadapan Kirizu sambil memegang busur.

"Aku tak expect yang kau ni tajam pendengaran" Jelas gadis tersebut.

Kirizu dari tadi merenung pada wajah gadis tersebut terus terbuntang dan seperti kenal akan gadis itu. Dia kaku melihat gadis itu dan dia amat kenalinya. Cahaya obor yang dipegangnya kian menerangi sekeliling sehingga wajah gadis tersebut jelas dilihat.

"Fa..Farrah??!!" Soal Kirizu yang terpinga-pinga apa yang dia lihat.

Gadis yang dia lihat itu adalah Farrah. Salah seorang rakannya juga dari dunia asalnya yang telah menghilang sejak sebulan yang lalu. Farrah melihat Kirizu pelik apabila dia menyebut namanya.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now