Chapter 3: Into The New World

163 25 10
                                    


Selepas sahaja Kirizu sedar bahawa dirinya sedang barada di udara dengan permandangan langit yang cerah dan luas, dia menjerit kuat kerana terkejut dengan apa yang sedang berlaku di depan mata. Rakannya yang lain turut serta menjerit ketakutan. Sementara itu, Khairil kelihatan tenang melakukan gaya baring di udara seperti menikmati situasi tersebut. Kedua tangannya diletakkan di bawah kepalanya.

"Apakahh...Woiii Khairil sempat lagi kau!!" Jerkah Kirizu yang menyedari perbuatan Khairil

"Relax ahhh...kalut-kalut buat apa kita jatuh jugak" Kata Khairil dengan selamba

"Kepala hotak kauuu!!! kau boleh relax lagi dengan keadaan yang macam ni!!" Marah Kirizu dengan kelakuan Khairil

"Macam mana kita semua boleh ada dekat atas langit niiii??" Soal Safwan yang suaranya sedikit serak ketakutan

"bawak bertenang, luaskan permukaan badan korang untuk kurangkan kelajuan kita jatuh" Arah Kirizu kepada rakannya

"Baiklah" Akur semua atas arahan tersebut

"aku harap kita semua jatuh dekat air" Bisik Kirizu perlahan

Ketika mereka semua sedang jatuh ke bawah, muncul satu makhluk berwarna hijau muncul di sebelah Adith. Dia sedikit terkejut dengan makhluk tersebut lalu menanyakan makhluk itu kepada mereka yang lain.

"errr korang sebelah aku ni benda apa?" Soal Adith dengan muka yang risau

"haaa, apa benda? asal warna dia kejap putih kejap hijau...jangan kasi benda tu dekat dengan aku.." Arah Kirizu yang menjauhi dirinya dengan makhluk tersebut

" Arah Kirizu yang menjauhi dirinya dengan makhluk tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P.S lukisan dari Safwan

Inilah yang yang dimaksudkan makhluk yang berwarna hijau tersebut. Nama makhluk ini ialah Creeper. Sejenis makhluk yang sensitive apabila dia berada dekat dengan manusia. Dia akan meletupkan dirinya sendiri apabila manusia berada berhampiran dengannya. Kadang-kala dia akan mengejar manusia yang dia ternampak. Sebelum ia meletup warna Creeper akan menyala seperti cahaya putih kehijauan.

Dengan tiba-tiba Creeper tersebut meletup mengakibatkan Kirizu melayang jauh dan berpusing di udara. Dia terus pengsan akibat berpusing-pusing di udara yang membuatkan dia berasa pening.

Manakala Adith pula masih lagi boleh mengimbangi badannya. Nia yang diam dari tadi, ternampak permukaan yang berwarna biru yang luas. Permukaan yang dia nampak itu terlihat seperti laut. Lalu dia menjerit mengarahkan untuk bersiap sedia jatuh ke dalam laut.

Kirizu masih lagi melayang jauh  dari mereka dan jatuh lebih laju dari yang lain.

Safwan bertindak merapatkan kaki dan tangannya ke badan untuk meluncur laju ke arah Kirizu. Mereka semua sudah dekat dengan permukaan air dan bersedia untuk menyelam.

Lost Faith: New Beginning In Another World [Vol.1]Where stories live. Discover now