♡ special chapter : puasa ♡

2K 84 27
                                    

Mata terus terbuka secara mengejut. Delysha terdiam seketika sebelum tangannya pantas mencapai handphone di meja lampu. Ingin melihat jam di skrin telefon tersebut.

Sekali lagi matanya membulat.

Subhanallah...

Dah pukul... 5:10 pagi!

Dia dah terlambat nak bangun sahur. Matanya mengerling sebelah. Suaminya masih enak dibuai mimpi. Delysha mengetap bibir menahan sabar. Darren boleh tidur lagi?

"Tengku Iyan Shah Darren, bangun!" Belakang badan suaminya ditepuk berkali-kali dengan perlahan. Ingin menyedarkan lelaki itu.

Darren menggeliat kecil. Matanya terbuka sedikit, memandang wajah cantik sang isteri di sebelah.

"Hmm, sayang. Janganlah kacau. Hubby penat ni," rungut Darren dalam keadaan masih separuh mamai.

Delysha mengeluh melihat kelakuan suaminya. "Hubby, bangunlah. Kita dah lambat nak sahur ni. Eeeee kenapa hubby tak kunci jam lonceng hah? Sayang dah suruh banyak kali kan semalam?" soal Delysha marah.

Lengan Darren ditarik-tarik manja. Semalam dia dah suruh lelaki itu untuk mengunci jam lonceng atau alarm di dalam telefon lelaki itu, tetapi langsung Darren tak buat. Tak boleh diharap betul. Sakit hatinya.

Darren membuka matanya perlahan-lahan. Dia tersedar sesuatu.

"Sahur? Dah pukul berapa ni sayang?"

"Dah nak habis waktu sahur dah ni hubby. Eeeee, cepatlah bangun. Sayang dah pesan dekat hubby kan kejutkan sayang kalau sayang tak bangun? Sayang suruh kunci jam lonceng pun tak buat. Tengok kita dah terlewat nak sahur," bebel Delysha sebal dengan sikap acuh tak acuh suaminya.

Semalam dia ada meeting penting dengan pihak atasan di universiti. Sebab itu dia pulang lewat sedikit ke rumah sehingga keletihan. Ingatkan suaminya dapat membantu, rupa-rupanya Darren pun ada mesyuarat sehingga lewat malam semalam.

Haih, nasib badanlah. Dua-dua sibuk dengan kerja.

"Err, ada ke sayang suruh hubby semalam? Tak ingatlah sayang. Hubby penat sangat malam tadi. Hehehe, sorry wifey." Darren sengih tak bersalah. Dia benar-benar lupa semalam. Melihat Delysha yang sudah tidur dahulu di atas katil malam tadi membuatkan Darren juga ikut sama menyertai isterinya tidur. Dia penat melayan klien yang agak cerewet semalam.

Delysha hembus nafas pasrah. Nak salahkan Darren pun tak guna juga. Dia faham keadaan lelaki itu. Sekarang ni mereka benar-benar dah lewat. Tak ada masa nak salahkan sesiapa lagi sekarang.

"Sudahlah tu, sayang faham hubby pun penat jugak. Sayang nak pergi panaskan apa yang ada dekat dapur tu sekejap. Hubby tolong kejutkan Rora dan Aliq okay! Dah, jangan tidur lagi. Bangun tau hubby. I'm watching you."

Bahu Darren ditepuk sekali sebelum Delysha mula keluar dari kamar bilik tidur mereka berdua dengan panahan tajam. Seolah-olah memberi amaran kepada lelaki itu. Nanti kang ada pulak yang baring untuk tidur semula. Lepas tu mengadu lapar sebab tak sempat nak sahur. Macamlah dia tak kenal suaminya itu. Huh!

Darren yang melihat telatah sang isteri, tersenyum nipis bibirnya.

"Membebel pun lawa sayang ni. Pagi-pagi dah membebel je. Sexy pula tu." Darren sengih seorang diri apabila membayangkan isterinya tadi lalu dia keluar dari selimut yang tebal itu dan menuju ke bilik air.

Baik dia cepat bertindak. Tak nak dah dengar mak cik singa membebel sampai ke iftar sekejap lagi kalau dia tak buat apa yang Delysha suruh. Tak sanggup!

******

Dua beradik itu berjalan perlahan-lahan menuju ke arah meja makan dengan mata yang masih layu dan dalam keadaan mamai. Dhiya Aurora masih memegang bantal busuknya sekali.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now