part 60

4.1K 156 15
                                    

Sudah lima hari Darren masih terlantar tidak sedarkan diri. Dan lima hari ini juga dia setia menunggu dan menanti suaminya di sisi. Setiap hari dia akan menjaga dan merawat suaminya. Tidak pedulilah berapa lama masa yang diambil pun, dia tetap akan setia di samping suaminya. Dia tak akan tinggalkan Darren keseorangan. Dan dia nak bila Darren sedarkan diri nanti, orang yang pertama yang suaminya lihat adalah dia.

Hatinya diruntun pilu. Apatah lagi hari-hari melihat keadaan Darren yang masih tidak sedarkan diri. Dia terlalu berharap agar suaminya akan sedar secepat yang mungkin.

Hatinya menjadi sebak pula mengenangkan keadaan si suami yang masih lagi sama seperti lima hari yang lepas. Doktor kata, suaminya masih lagi tidak sedarkan diri dan masih lagi lemah. Bukan kerana Darren koma atau sebagainya. Semakin risaulah dia. Buatnya Darren tak akan sedarkan diri? Allahu, minta dijauhkan.

Tak sanggup dia untuk menanggung rindu ini. Kandungannya juga telah mencecah empat minggu. Anaknya ini masih lagi perlukan ayah, dan dia sebagai isteri masih lagi perlukan suami.

Cakap pasal anak, semalam semua orang sudah tahu yang dia mengandung. Berat hatinya untuk beritahu tentang berita gembira ini, tetapi dia tak nak sorokkan apa-apa pun lagi dari semua orang. Dia takut satu hari nanti perkara itu akan diketahui juga. Lagi pula, suaminya masih lagi tidak sedarkan diri. Risau. Siapa yang akan melindunginya buat sementara waktu ini kalau bukan mereka semua. Mereka juga berhak tahu.

Alhamdulilah, semua orang happy bila mendengar berita kehamilan ini. Dia juga turut sama gembira, dan dia berharap suaminya turut sama akan gembira bila mendengar berita baik ini.

Tangan Darren dilap dengan kain basah. Beginilah tugasnya setiap hari. Temankan Darren, mandikan Darren, jaga Darren, tetap ada di sisi Darren, dan selalu akan bercakap dengan suaminya walaupun dia tahu Darren bukannya boleh membalas. Tapi kata doktor, besar kemungkinan lelaki itu boleh mendengar apa yang dia kata. Dan dia lebih suka meluangkan masa yang ada ini dengan sentiasa berada di samping suaminya. Sekurang-kurangnya hilang rasa rindu.

"Hubby, saya sayang awak. Awak bangun cepat eh? Saya rindu semua pasal awak. Saya rindu suara awak, senyuman awak, celoteh awak yang lucu, yang manis. Saya rindu semua pasal awak. Cepat sihat ya, hubby? I really miss you. Hubby jangan risau, berapa lama sekali pun, saya akan tetap tunggu hubby dekat sini. Saya tak akan pergi mana-mana."

Dikucup sekilas tangan Darren lalu dia bersandar lemah di atas dada suaminya. Akhirnya dia juga terlelap di dalam dakapan Darren.

****

"So macam mana abang, dah tahu dah siapa punya angkara semua ni?" Soalan dari Tengku Sheila itu membuatkan Tengku Malik mengeluh dan mengangguk lemah.

Tengku Sheila berdebar-debar menanti jawapan.

"Siapa dalang dalam hal ni?" Pantas wanita itu menyoal dengan tidak sabar.

"Dato' Shahir."

Tengku Malik mengeluh lagi. Badanya disandarkan dibahu kerusi. Selesa sikit.

Mendengar sebaris nama itu membuatkan Tengku Sheila tergamam. Membulat matanya.

"What? Abang pasti?"

Dia terjerit akibat terkejut. Mendapat anggukan dari suaminya, membuatkan Tengku Sheila bertambah terkilan. Tak sangka, semua yang berlaku angkara Dato' Shahir.

 Dato' Shahir?

Siapa sahaja yang tidak kenal. Merupakan seorang business man yang berjaya, kaya dan berpangkat tetapi sayangnya...

Beberapa bulan yang lepas, syarikat lelaki itu mempunyai masalah yang besar kerana tidak mempunyai sebarang tender projek, dan disebabkan perkara tersebut, lelaki itu berdendam kerana syarikat Tengku Malik yang membolot segala projek-projek yang ada. Dulu pernah sekali, dia berjaya mencuri satu tender besar dari Tengku Malik. Tetapi perbuatannya itu dapat dihidu pihak lain.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now