part 47

3.2K 169 8
                                    

Sekali lagi aku tergamam melihat pantry yang sudah serupa seperti cafe. Ya, benarlah apa yang aku sangkakan tadi. Office ini sudah seperti kawasan sekolah menengah. Siap ada swimming pool mini lagi dekat sini. Memang gila besarlah!

Tapi aku perasan, office di Kuala Lumpur lagi besar dari Amsterdam. Mungkin di Kuala Lumpur itu pejabat pertama atau main business yang utama berbanding pejabat yang lain. Cuba bayangkan pejabat di Amsterdam sudah sebesar sekolah menengah, pejabat di Kuala Lumpur pula dua kali ganda lebih besar dari pejabat ini. Fuh! Kaya sungguh family Tengku Malik ni kan?

Office ini lagi besar daripada office Faiq abang angkatnya itu. Bukan nak bandingkanlah, cuma aku pelik. Syarikat kecil pun banyak masalah bagaimana pula nak handle syarikat besar macam ini? Nasib ada Darren dan anak-anak Tengku Malik yang lain yang boleh diharap.

Pernah juga aku terfikir, macam mana Tengku Malik boleh ambil Darren sebagai anak angkat? Memanglah orang kaya lebih dari mampu, tapi aku pelik macam mana mereka sekeluarga boleh terima Darren sebagai anaknya sendiri. Dan bukan itu sahaja, syarikat Tengku Malik pun diserahkan kepada Darren. Jadi CEO pula itu. Sememangnya mereka percayakan Darren 100%.

Mungkin Darren sememangnya ada potensi yang baik? Dan aku tahu Darren merupakan seorang anak yang baik. Dulu Darren kerja pilot, dan sekarang Darren mengambil alih syarikat papanya pula. Mungkin Darren anak sulung yang boleh diharap selain adik-beradik yang lain yang masih sibuk dengan pelajaran.

Sedang ralit aku termenung sambil membancuh kopi, aku disapa seseorang dari arah belakang.

"Hey beautiful, buat coffee ke termenung?"

Aku sedikit mencebik. Perli aku ke apa mamat ni? Entah siapa pulak lelaki ini. Yang peliknya boleh cakap melayu pulak. Tengku Malik memang ambil semua pekerja orang melayu ke apa?

"Buat coffee la. Kenapa? Encik nak juga ke?" soalku sekadar menawar acuh tak acuh. Dah duk tengok-tengok aku buat air ni, mesti nak jugalah kan? Tak dilayan nanti cakap aku sombong pula.

Lelaki itu tersenyum seraya mengangguk.

"Thanks. Macam tahu-tahu je awak ni. Oh ya, nama saya Rafiq Daniel. Pekerja despatch dekat sini. Awak yang cantik manis ni, siapa nama?" soal lelaki bernama Rafiq ini dengar ramah.

Aku terenyum pendek. Despatch pun ada hati nak mengorat bakal isteri anak boss. Aku bukan apa, aku tak selesa dengan pandangan matanya yang asyik memandangku. Ini kalau Darren dapat tahu, tentu mengamuk lelaki itu.

Nak tak nak terpaksa jugalah dia melayan. Tak nak dilabel sombong pula nanti.

"Saya Delysha. By the way, macam mana awak tahu saya bukan orang sini?"

Soalan yang kurang cerdik ya aku tanya.

Rafiq ketawa hambar. "Apa punya soalan lah yang awak tanya ni. Dah awak je yang bertudung dekat sini, confirm la awak bukan orang sini. Saya pun orang Malaysian juga." Aku hanya mengangguk mengerti. Betul juga tu. Aku seorang sahaja yang memakai hijab di sini.

"Nah, air awak."

Huluran tangan aku disambut baik oleh lelaki itu. Dia mencicip sedikit air kopi tersebut sambil matanya terpejam. Konon menikmatilah tu.

"Ermm... sedap betul coffee awak buat ni. Manis sama macam awak," usik Rafiq. Aku hanya  tersenyum kekok. Pickupline apakah itu? Hambar dan lapuk sungguh!

Terasa panas pula lama-lama di sini. Berduaan dengan lelaki ini. Padahal pendingin hawa banyak dah dekat pantry ini.

"Ehem!"

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now