♡ special chapter 1 ♡

3.9K 106 36
                                    

Tergopoh-gapah aku berlari anak ingin menurun tangga. Aku mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum memandang kawasan di ruangan dapur. Pantas kakiku bergerak menuju ke arah sana. Apabila aku melihat Erra yang sedap melantak maggie goreng sambil melayan drama Korea di laptopnya itu berjaya membuatkan hati aku bertambah panas.

"Hoi kau!"

Bahunya aku tepuk kuat. Geram!

Sejurus itu, Erra merintih sakit lalu memandang aku tajam. Tak habis-habis drama Korea dia tu. Siapa lagi kalau bukan si Erra Naura Binti Samad!

Tengok drama Korea semata-mata ingin melihat hero pujaan hatinya berlakon. Siapa lagi kalau bukan Lee Min-ho. Minat sangat dengan lelaki itu. Aku tengok tak adalah handsome sangat!

Bagi aku, Iyan Shah Darren tetap lelaki paling handsome. Selama-lamanya dia adalah yang pertama. Ahaks suami aku tu!

"Hish! Kau apahal ni hah? Pukul-pukul orang pulak. Sakit tahu tak?"

Erra menjeling aku. Aku hanya tersengih tidak bersalah. Tak nak tahu pun dia sakit ke tidak. Kalau sakit, lagi aku suka. Padan muka!

"Kau tu, apasal kau tak kejutkan aku? Aku ada lima belas minit je lagi masa untuk sampai ke class tahu tak? Aku dah suruh kau kejutkan aku kan? Eeeee! Panas je aku tengok kau sekarang ni tau. Kalau boleh, dah lama aku hantukkan kepala kau tu dekat dinding! Biar sedar sikit apa yang berlaku pada sekeliling kau! Ini tidak, layan k-drama sampaikan semua benda jadi pun dah tak sedar! Kalau rumah ni terbakar pun belum tentu kau sedar kan?"

Kini, aku pula yang menjeling Erra. Gadis itu hanya tersengih-sengih menampakkan giginya yang tak berapa nak putih sangat itu.

"Sorry lah. Aku tengah khusyuk tengok pujaan hati aku ni. Kau apa tahu. Tengok dah tiga jam aku duduk sini sambil tengok muka hero aku yang handsome lagikan gentleman ni tau! So, sebab tulah aku lupa nak kejutkan kau. Fokus pada hero pujaan aku ni lagi baik dari kejutkan kaulah," ujar Erra sambil matanya masih lagi tidak lepas memandang kaca skrin laptopnya itu.

Aku sudah menepuk dahi. Lupa! Kawan aku sorang ni kalau dah tengok drama Korea, memang semua benda boleh lupa. Kalau rumah kena boom pun belum tentu dia sedar. Khusyuk nak mampus. Macam manalah aku boleh suruh dia kejutkan aku?

Ciskut betul!

"Habis tu, Lia mana?" soal aku merujuk kepada kawan aku seorang lagi. Kiranya housemate kedua aku.

Tapi serius aku bersyukur sangat bila aku dapat housemate semua orang melayu, beragama Islam dan orang Malaysia. Fuh, gembira tak terkata aku masa itu. Syukur alhamdulilah!

"Lia? Oh, aku rasa dia dah pergi Uni dah tadi. Entahlah, aku tak perasan pulak dia. Tapi aku rasa dia keluar. Dia kata ada class dengan Madam Sally. Dah pergi lama kut aku rasa." Kata-kata Erra itu membuatkan aku jatuh rahang.

What! Lia dah pergi dulu tapi tak kejutkan aku? Dahlah dia pun ada class dengan Madam Sally juga!

Wait, aduh! Manalah Lia tahu aku ada class dengan Madam Sally juga hari ini. Kalau dia tahu pun, dia tak tahu lagi rasanya yang aku terlelap semasa menyiapkan assignment tadi. Yang tahu hanyalah Erra. Aduh, masak aku macam ni. Aku dah lambat!

"Kau punya pasal la ni tak kejutkan aku! Eeee, jaga kau nanti. Kau suruh aku masak ke buat kerja rumah ke, aku tak nak dan tak akan buat dah!"

Kasut sneakers pantas disarung pada kaki. Beg galas dipakai di belakang badan dengan keadaan yang tergesa-gesa.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now