part 39

2.9K 175 24
                                    

 "Awak, kita dah nak balik ke?" soal aku sedikit kekok. Lepas apa yang dia cakap semalam, terus aku jadi begini. Awkward nak bercakap dengan dia, nak berhadapan dengan dia.

Weyh, sumpah aku tak percaya yang selama ini dia suka dekat aku? Wah, rasa lawak pun ada.

Eeee, kalau dia tak confess dekat aku semalam, aku tak akan jadi awkward  macam ini. Nak bercakap dengan dia pun bila perlu sahaja. Kalau tak, masing-masing mendiamkan diri. Ya, itulah perkara yang terbaik untuk kami berdua. Aku masih lagi dalam dilema.

Dan Faiq pula mungkin sedang malu? Eh tak akanlah kan nak malu dengan aku?

Faiq pandang aku sekejap.

"Haah, aku ada kerja dekat pejabat. Kau siap cepat! Aku dah lambat ni. Jangan lama sangat kemas tu. Aku banyak kerja lain lagi." Sempat Faiq berpesan sebelum dia melangkah ke bilik hotelnya yang berada di sebelah bilik aku.

Aku pandang dia tidak lepas setelah Faiq sudah pun masuk ke dalam biliknya. 

Kenapa mamat tu?

Dia nampak lain. Cara dia bercakap dengan aku, terasa agak berbeza dari sebelum ini.

Selalunya ada saja perkara yang dia nak sakitkan hati aku. Lagi satu, kenapa dia tak ada tanya aku langsung tentang lamaran semalam? Dia dah lupa atau buat-buat lupa?

Atau dia mainkan perasaan aku saja semalam?

Ah, lantaklah. Lebih baik aku kemas cepat. Nanti singa tu marah aku pula. Tak kuasa nak dengar dia membebel. Sudahlah aku tengah kekok dengan dia sekarang ini.

****

Bagus sangatlah macam ini. Aku diam, dia pun diam. Kami berdua langsung tak bercakap dari tadi hingga sekarang. Selama beberapa jam dalam perjalanan ini, langsung tiada suara yang keluar. Hanya telatah penyampai radio sahaja yang menyapa halwa telinga sejak tadi.

  Haih! Apa nak jadilah ini. Dah macam kami ini berperang dingin pula. Padahal okey saja. Tak adalah sampai berperang pun.

Dia pun langsung tak tengok aku. Entah apalah yang mamat itu tengah fikirkan. Dia dahlah mempermainkan aku semalam. Sampai hati. Entah dia jujur entah tidak pengakuan semalam itu.

Nasib ada bunyi radio yang menghilangkan rasa bosan aku. Hm, sekurang-kurangnya tak adalah aku jadi patung cendana dekat sebelah dia ini.

"I'll be loving you forever... deep inside my heart you'll me never, even if you took my heart and tore it apart. I would love you still, forever."

Lagu Forever yang dipasangkan di corong radio membuatkan mulutku terkumat-kamit menyanyi mengikut rentak lagu tersebut.

Faiq pandang aku sekilas dan dia berdecit.

"Kau tak boleh diam ke?"

Aku tersentak.

Aik, mamat ni marah aku sebab aku menyanyi ke? Aku rasa aku menyanyi perlahan saja tadi. Dia dengar ke?

Well, suara aku kan sedap sebab itulah dia boleh dengar. Ahaks!

"Maaf, andai kau terluka, maaf ku tak sengaja, tanpa sedar, sakiti mu... Sesalku."

Sengaja aku menaikkan amarah Faiq dengan menyanyi lagu Peluang Kedua dari Nabila Razali yang kebetulan dipasang di corong radio kini.

Faiq pandang aku tajam. Seperti mahu menelan aku hidup-hidup.

Aku apa lagi? Terkekek-kekek ketawa. Seronok dapat kenakan Faiq. Yelah, muka mamat itu asyik masam saja dari tadi. Cakap dengan aku pun tak, apatah lagi nak pandang aku.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now