part 53

3.6K 177 7
                                    

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Sebaik sahaja matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang baring mengiring itu, terus Delysha berjalan dan duduk berhampiran katil. Senyuman terukir dibibir melihat keadaan suaminya yang masih lagi sedang tidur pulas di atas katil.

"Awak, bangunlah."

Digoncang sedikit lengan suaminya. Darren masih lagi nyenyak tidur. Langsung tidak terusik dengan tindakannya.

"Awak... bangunlah!"

Ditekankan sedikit nada suaranya supaya lebih kuat. Delysha mengeluh. Tidur mati ke Darren ni?

Disebabkan Darren masih lagi tidak berjaga, kesempatan ini digunakan oleh Delysha untuk meneliti wajah suaminya yang sah itu dengan hati yang tenang. Dari rambut, turun ke mata lalu ke hidung dan berhenti di pucuk bibir. Ciptaan Tuhan ini semuanya nampak sungguh sempurna di pupil matanya. Apabila terpandangkan bibir merah Darren, fikirannya mula teringatkan hal malam semalam.

Dia dan lelaki ini... Ah! Lupakan, lupakan!

"Sayang, tak puas lagi ke tengok muka aku?"

Suara Darren yang serak basah disebabkan baru sahaja bangun tidur itu menyapa telinga. Tangan Darren sudah siap sedia melingkar di pinggang isterinya. Senang. Nanti ada saja akal Delysha mahu larikan diri.

Delysha tersentak. Err... dia perasan ke aku usya muka dia tadi? Dia dah lama bangun ke? Aduh, memalukan sahajalah.

"Merepek je awak ni. Err, awak dah lama ke bangun?" soal Delysha agak gugup. Aduh malu pula tenung muka suami sendiri. Nasib baik dia tak sempat cium wajah suaminya tadi, kalau tidak... hmm dah tentu malu seminggu.

Mata Darren yang masih kuyu itu terpejam seketika sebelum dibuka semula. Sempat dia menguap kecil. Ngantuk masih bersisa.

"Dah lama dah. Masa kau kejutkan aku tu lagi, sakit telinga aku tau. Tapi tulah, aku tunggu kau buat benda lain, tapi alih-alih kau cuma tengok muka handsome aku ni je hmm." Muka Darren sudah berubah kelat.

Berkerut dahi gadis itu. Buat benda lain? Apa maksud dia?

"Benda lain tu... apa?"

Semakin lebar senyuman Darren mendengar soalan si isteri. Diketatkan lagi pelukan pada pinggang Delysha.

"Morning kiss akulah. Mana?" Darren sudah bersedia dengan pipinya yang sengaja ke hadapan sedikit. Nak Delysha menciumnya di situ.

Delysha terkebil-kebil sendiri. Morning kiss? Err, gelilah dengar. Dia tidak biasa.

"Perlu ke awak?"

Malu-malu Delysha menyoal. Soalan yang kurang cerdik sebenarnya. Dia meramas cadar katil akibat resah dalam diri yang tidak dapat dibendung.

Darren dah memuncung. "Perlulah. Untuk tenaga aku pagi ni." Darren sengih tak bersalah. Jawapan paling merepek. Tenaga mamat ini hanya perlukan ciuman? Ish, cubit karang!Mukalah dahlah serabai semacam. Nasib masih kacak.

"Err, saya... saya... malulah."

"Nak malu apanya sayang? Kita kan dah halal. Aku ni suami kau tau, janganlah ingat aku lelaki asing dalam hidup kau."

"Eh ta... tak tak bukan tu maksud saya..."

Belum sempat Delysha berbicara dengan lebih lanjut, dia tersentak lalu terdiam apabila seulas bibir hangat itu telah selamat mendarat dipipinya.

Dipegang pipinya yang baru sahaja dikucup tadi. Darren cium aku?

"Kau lambat sangatlah. So, biar aku yang bagi kau morning kiss. Lepas ni kau pula bagi dekat aku okay? Baru aku bersemangat nak bangun. Dah, aku nak sambung tidur. Jangan kacau!" Sempat diselitkan amaran dalam ayatnya sebelum lelaki itu mula berbaring sambil memeluk bantal dan memejamkan matanya semula.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now