part 36

2.9K 171 8
                                    

"Good morning awak!"

Ucapku sedikit teruja. Entah kenapa aku jadi macam ini hari ini. Dah macam orang tak betul. Happy bukan main lagi. Teruja lain macam. Padahal sehari yang lepas baru sahaja aku kena kacau dengan orang jahat. Hubungan aku dan Faiq bukannya elok sangat sejak kes itu. Tapi hari ini aku yang tegur dia dahulu. Tak naklah diam sahaja. Membosankan.

Faiq mengangkat keningnya. Dia berasa hairan melihat aku begitu.

"Morning. Happy semacam je kau ni. Ada apa-apa ke?" soal Faiq hairan.

Bibirku memuncung. Jahatlah! Happy sikit pun tak boleh ke?

"Salah ke saya nak happy? Yelah sebab lepas meeting ni kan kita nak pergi jalan-jalan dekat Penang ni. Saya teruja  lebih pula. Dah lama tak jalan-jalan. Hehehe!" Aku tayang sengih.

Faiq senyum tanpa sedar. Syukurlah Delysha tidak memarahinya tentang kes tersebut. Fikirnya gadis ini akan memarahinya. Tetapi rupanya tidak. Cepat betul mood perempuan ini berubah.

"Tapi... ada aku cakap ke lepas meeting kau boleh pergi jalan-jalan?" duga Faiq. Kening di angkat sebelah. Wajah serius sengaja dibuat-buat.

Mati terus senyuman aku. Apa dia kata?

"Ala, tak boleh ke? Saya bosanlah awak," bentak aku sedih bercampur kecewa. Tak boleh pergi jalan-jalan ke? Huwaaa bosannya! Nak pergi jalan-jalan!

Faiq tahan senyum dalam hati. Comel!

"Kau boleh pergi... tapi dengan satu syarat."

Wajahku kembali bersinar-sinar. Apa? Boleh pergi?  Ala tapi ada syaratlah pula. Tak apalah, asalkan aku boleh jalan-jalan. Aku sanggup buat apa sahaja!

"Apa syarat dia?"

Ya Allah, kenapalah aku teruja lebih ni. Eee, mesti dia kutuk aku dalam diam kan? Yelah aku ini macam tak pernah pergi jalan-jalan dekat Pulau Pinang saja. Pernah tu memanglah, tapi nak juga jalan-jalan!

Faiq tersenyum senget.

"Syarat dia... aku ikut sekali. Kau boleh pergi jalan-jalan dekat sini dengan aku je. Tak boleh pergi sorang. Ada faham cik adik manis?"

Faiq senyum bangga bila wajah aku terus bertukar masam.

"Yelah-yelah. Janji saya boleh pergi jalan-jalan. Tapi awak kena ikut ke mana saya nak pergi tanpa banyak soal. Dah jomlah. Temu janji kita pukul berapa?" soalku. Mata ralit memandang kiri dan kanan.

"Lagi sepuluh minit. Jomlah. Nanti lambat, aku salahkan kau!" Faiq buat muka garang.

Aku mencebik. Aku pula yang disalahkan? Jahat!

***

"Awak cakap lagi sepuluh minit. Ni dah lima belas minit kita tunggu tau. Seorang pun tak datang lagi. Jangan-jangan dia cancel lagi tak?" sangkal aku dengan perasaan bengang. Penat dah tunggu! Lama pulalah mereka ini nak sampai. Nak meeting buat cara nak meeting.

Dah tu apa sekarang ni? Orang-orang kaya memang selalu tak pandai tengok jam ke apa? Buat apalah beli jam mahal-mahal. Membazir sahaja. Tak tepati janji betul.

Sakit pula hati kita ni.

Faiq mengangkat bahu. Tak tahulah. Dia pun penat dah menunggu. Kalau bukan sebab projek dia dengan client ini sangat penting, dia pun sudah lama angkat kaki. Cau dulu. Buat penat saja tunggu. Tunggu Delysha pun dia tak tahan apatah lagi tunggu client yang tak tepati masa macam ini.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now