part 23

3.1K 207 14
                                    

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya seribu ringgit tunai!"  Tok kadi sudah mula memainkan peranannya. Dia memandang serius wajah Darren, yang sedang berjabat tangan dengannya.

Aku tersenyum bahagia. Aku tahu Darren sedang berdebar. Bukan dia saja, aku juga turut merasakan perasaan yang sama. Sebentar saja lagi aku sudah pun menjadi isteri orang. Isteri kepada Iyan Shah Darren yang sah, lelaki yang aku cinta.

Darren pula mula berdebar-debar di dalam hati. Dia menarik nafas dalam-dalam dan bersedia mengungkapkan ayat lafaz itu.

"Aku terima nikahnya Nurul Insyirah Delysha Binti Tashriq dengan emas kahwin..."

"Tunggu!"

Belum sempat Darren melafazkan akad nikah tersebut, satu suara yang kuat menyentak kami semua yang sedang fokus pada Darren. Darren juga terdiam. Dan aku juga mencari-cari suara jeritan itu tadi.

Dari mana munculnya suara itu?

Dan saat itu, mata aku tertumpu pada seorang wanita mengandung yang sedang berjalan menghampiri kami semua. Usia kandungannya masih kecil tetapi agak ketara bahawa wanita itu sedang mengandung kerana dress pendek yang dipakai olehnya agak menampakkan perut  wanita itu.

Semua tetamu yang hadir mula terkejut dengan situasi sekarang ini. Masakan tidak, tiba-tiba sahaja majlis yang gembira menjadi hening dengan ketibaan wanita yang masih muda itu.

"Tunggu, jangan teruskan!"

Aku tersentak lagi. Siapa perempuan mengandung ini?

"Hey Serra, what are you trying to do now?" Turun naik nafas Darren saat ini. Nafasnya mula tidak teratur dengan baik.

Serra? Ya, nampak gayanya Darren mengenali wanita hamil itu. Tapi kenapa Darren nampak marah sangat?

"You tak boleh kahwin dengan dia, Iyan! You dah lupa janji you yang you akan berkahwin dengan I?Then, apa semua ini?" Suara Serra  mula meninggi. Dia memandang Darren dari atas hingga bawah.

Darren terkedu. Apa semua ini? Bila masa dia berjanji?

"Iyan, apa semua ni? Malu orang tengok!" bisik Tengku Malik yang berada di sebelah Darren. Dia juga turut tidak mengerti dengan apa yang sudah terjadi saat ini. Darren menggeleng kepalanya tanda dia pun tidak tahu apa-apa.

"No, I don't know papa."

Aku yang di belakang mereka semua sudah tidak senang duduk. Zara menggenggam tangan aku seolah-olah faham dan mengerti dengan apa yang aku rasa sekarang ini. 

Ya Allah, apa semua ni? Jangan cakap yang perempuan itu...

"Serra you dah gila ke apa hah? Apa tujuan you datang sini buat kecoh-kecoh hah? Malu lah sikit. Orang tengok lah!" 

Darren naik geram. Tetamu yang hadir mula berbisik sesama sendiri. Ada yang menayangkan riak wajah terkejut dan ada juga yang menyampah dan seronok dengan kejadian yang telah terjadi.

Serra memandang sekeliling sebelum dia juga menundukkan wajahnya. Malu juga dia apabila semua mata ke arahnya saat ini.

"Err okay, saya nak minta maaf pada semua yang hadir. Tujuan saya datang sini bukan nak buat kecoh. Saya nak bagi tahu perkara yang sebenar saja pada semua orang."

Terdiam. 

Semua hanya tekun mendengar. Nafas aku juga turun naik. Kenapa pula ni? Perkara sebenar apa? Apa yang aku tak tahu?

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now