part 10

4.7K 283 13
                                    

Delysha mengumpulkan bunga-bunga terlebih dahulu. Kemudian, diambil tali lalu diikat satu persatu kuntuman bunga tersebut. Bibirnya mengukir senyuman apabila dia dapat menyiapkan jambangan bunga seperti yang pelanggan minta dan dia menyimpan floral foam  dengan menggunakan tali.

Handphone di dalam sling bag diambil dan dia mula fokus pada skrin telefon. Ada satu missed call dari cinta hati. Eh, salah pulak. Dari Darren. Namun mesej dari lelaki itu yang menarik perhatiannya dahulu.

Darren :
Baby girl, I really-really miss you.
You don't miss me back like I did?

Delysha senyum tanpa sedar. Rindu? Biar betul mamat ni! Bukan ke Darren baru saja kenal dia? Lelaki ini nak mainkan dia ke apa sekarang? Ke nak prank dia ya?

"Inilah lelaki. Bila dengan perempuan pandai berayat manis. Sweet talker  lah sangat. Tapi kalau depan-depan aku ni... huh, kasar semacam. Muka ketat sahaja. Annoying pula tu. Macam manalah aku boleh terpikat dengan dia lelaki macam dia eh?"

Delysha bermonolong sendiri. Dia menggeleng dan kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

"Hey, beautiful. Miss me?"

Delysha tergamam. Bahunya terhinjut sedikit apabila sepasang tangan tiba-tiba melingkar di pinggangnya. Spontan dia mengundur ke hadapan.

Dan disebabkan kelam-kabut, pasu bunga yang berada di hadapan hampir disepak. Delysha hampir terjatuh ke depan. Namun, Darren lebih pantas menarik pinggang gadis itu dan mereka sama-sama terjatuh ke lantai.

Auch! Sakit bukan main!

Delysha di atas Darren. Dan Darren di bawah Delysha. Mereka sama-sama tersentak dengan apa yang baru terjadi. Situasi yang tak dijangka bakal berlaku. Mata bertentang mata buat seketika.

Ketika ini jugalah jantung memainkan peranan. Berdegup kencang seolah-olah baru lepas berlari pecut 400 meter.

Delysha merenung biji mata jejaka itu. Lelaki ini... semakin kacak. Mempunyai sepasang mata yang cantik. Dia merenung sdalam-dalamnya sehinggakan dia tidak mahu lepas dari terus memandang. Seolah-olah ada sesuatu tarikan di dalam anak mata hazel lelaki itu. Dia sendiri bingung.

Perasaan apakah yang sedang dirasakan pada diri ini untuk lelaki itu?

Darren tersenyum tanpa sedar. Melihat muka cantik Delysha secara dekat-dekat begini membuatkan Darren tersenyum.

Ya, benarlah. Delysha sungguh cantik. Lagi-lagi bila terlalu dekat begini. Sangat cantik!

Mata yang tenang dan indah, muka yang bersih putih tanpa sebarang jerawat. Sungguh hatinya semakin terpaut dengan wajah ini. Wajah ini yang dirindui selama tiga hari yang lepas. Wajah ini yang selalu ada di dalam fikirannya. Dan wajah ini yang sudah bertakhta dalam hati. Darren seperti angau bercinta. Bibir tersenyum kecil.

Tuhan, indahnya rasa ini. Seolah-olah perut ada rama-rama yang terbang indah tanpa henti. Jantung bermainkan irama lagu yang indah.

"Dah puas tenung aku? Bangunlah cepat! Kau bukannya ringan tau!"

Delysha terperanjat. Cepat-cepat dia berdiri dan membetulkan pakaiannya. Wajahnya membahang malu. Pantas dia menunduk dan tidak berani melihat wajah jejaka itu semula.

Argh! Panasnya situasi sekarang ni. Perasaan malu bukan kepalang menjelma di lubuk hati.

Darren tersenyum sinis. Dia juga berdiri dan terus-menerus merenung gadis itu tanpa Delysha sedar. Bibirnya mengukir senyuman. Dia suka mengusik Delysha. Gadis itu nampak sungguh comel bila malu begini. Wajahnya merah seperti buah tomato. Comel sungguh!

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now