part 13

3.4K 247 0
                                    

"Err, ya encik? Encik nak minum apa?" Aku menyoal dengan lembut pada pelanggan yang baru hadir. Well, inilah kerja aku di sini. Menjadi pelayan mereka. Pelayan dari segi melayan untuk berikan apa sahaja yang mereka mintak, kecuali dengan menyentuh aku.

Itu memang dilarang dilakukan sekiranya kami bekerja sebagai pelayan. Kalau nak juga, pelayan akan sediakan seorang yang boleh membantu mereka memuaskan nafsu. Pekerjaan itu dipanggil sebagai pelacur pula.

Nampak senang, tapi serius aku tak suka. Aku rasa kejam dengan semua ni. Kenapa lelaki selalu nak memuaskan nafsu sarkas mereka dengan mencari wanita lain sedangkan mereka boleh mencari isteri yang sah untuk melakukan apa saja pada isteri tersebut?

Sungguh aku tak faham dengan lelaki sebegini. Ramai yang aku jumpa, datang sini bukan semata-mata mahu menari, tetapi mereka mahu wanita yang bekerja sebagai pelacur untuk dijadikan mangsa mereka yang seterusnya walaupun dibayar. Ugh aku benci dengan semua ni! Aku benci berada di tempat ini! Dari dulu, sampai sekarang perasaan suka tiada langsung!

Lelaki itu diam dan soalan aku tidak dijawab. Matanya ralit memandang aku atas hingga ke bawah. Semacam betul. Aku dah tak senang hati dengan pandangannya yang gatal. Eeee, lelaki tua ni. Pandang orang macam tu dah kenapa? Dah gatal sangat? Heh, aku cungkil biji mata nanti baru tahu!

"Ehem! Encik?" Tekan aku tegas. Ingin menyedarkan lelaki itu dari terus merenung aku. Lelaki itu seakan-akan tersedar. Dia tersenyum sinis.

"Just one glass juice orange." Dia berhenti pandang aku.

Aku angguk sebelum melangkah ke arah belakang, di bahagian makanan. Belum sempat aku melangkah lebih jauh, tangan aku ditarik kuat sehingga menyebabkan aku terduduk di atas peha lelaki tua tadi. Erm, sebenarnya tak adalah tua sangat. Dalam 30an macam tu juga aku rasa. Tapi dia lagi tualah dari aku.

"Yes, nice landing baby. Teman aku?"

Lelaki itu berkata lalu dagunya diletakkan di atas bahu aku. Aku membungkam. Dengan segala kekuatan yang ada, aku menolak lelaki gatal itu dan berdiri dengan cepat.

Malangnya tangan aku sekali lagi ditarik kuat. Nasib aku dalam mengawal badan daripada terjatuh di atasnya sekali lagi. Eeee, kecik besar saja aku pandang mamat ni!

"Hey, encik dah kenapa? Gila?" hambur aku, marah. Ketika ini, musik di kelab malam bertukar menjadi lebih rancang dari tadi.

"Halah, relax lah sayang. Kau ni sombong betul!  Jomlah. Enjoy with me? Kita dance ke? Nak?"

Dan secara tidak langsung pinggang aku ditarik supaya aku lebih rapat dengannya. Aku meronta-ronta. Ya Allah, selamatkan aku. Tak akan tak ada seorang pun nampak aku? Zara! Mana dia? Tolonglah aku tak nak perkara yang sama terjadi seperti Adrian sebelum ini. Darren, tolong saya! Aku merintih di dalam hati.

"Lepaslah!" jeritku lantang. Lelaki itu tidak peduli. Segala sisi tubuh badanku diramas dengan nafsu. Air mata menitis perlahan-lahan. Aku tak suka! Aku tak nak! Tolonglah lepaskan aku!

"Hoi! Kau lepaskan dia!"

Jeritan seseorang yang betul-betul aku kenal di belakang aku membuatkan aku menghembus nafas lega. Alhamdulilah ada yang sudi selamatkan aku. Lelaki itu adalah... Darren!

Lelaki yang menyentuh aku itu terkejut. Dia melepaskan aku serta-merta. 

"Kau siapa hah? Sibuk apasal? Ouh, kau nak share ke dengan aku? Nak rasa dia juga? Jomlah kalau macam tu." Dengan beraninya lelaki itu berkata begitu sambil menjilat bibirnya seperti orang kemaruk wanita.

Rahang Darren bergerak-gerak menahan marah.  Tangannya sudah menyepal penumbuk. Bila-bila masa sahaja lunyai mamat itu dikerjakan oleh Darren.

Kolar baju lelaki itu dicengkam sebelum tumbukan pertama yang padu tepat mengena rahang lelaki itu.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now