part 3

5.4K 374 9
                                    

"Lysha, tu ada customer lah. Kau pergilah layan. Aku nak ke tandas kejap. Boleh kan?" pinta Ayu, rakan sekerja Delysha di kelab malam ini. Delysha mengangguk sahaja.

"Okay. Kau pergilah. Nampak macam tak tahan sangat dah tu. Hahaha," sakat Delysha lalu dibalas dengan jelingan tajam dari Ayu. Delysha tersengih sebelum melangkah ke meja tersebut. Dia mengeluh kecil apabila melihat ramai lelaki yang menjadi pelanggannya.

"Err, encik-encik sekalian nak minum apa ya?" soal Delysha sehabis lembut. Senyuman manis terbit di bibirnya. Lelaki-lelaki dalam lingkungan 30an itu memandang wajah Delysha atas bawah sebelum mereka tersenyum nakal. Salah seorang lelaki menarik tangan Delysha lalu ingin menciumnya. Tetapi Delysha lebih pantas, cepat-cepat tangannya ditarik semula.

"Err encik, nak minum apa?" soal Delysha sekali lagi. Malah lebih tegas. Marah. Geram. Menyampah.

Senyum-senyum dan pandang macam tu dah kenapa? Buang tebiat? Huh gila. Dasar mamat-mamat gatal.

"Just give me one coke and three wine. Can't you get it dear?" jawab salah seorang lelaki antara mereka itu dengan sungguh menggoda. Delysha mengangguk lalu tersenyum kelat. Terus dia melangkah ke tempat minuman untuk mengambil pesanan mereka. Nafas lega dihembus.

"Huh lega. Gatal sungguh mamat-mamat zaman sekarang ni. Pantang nampak yang lawa, cute-cute macam aku ni, hah mulalah nak miang keladi! Eh, hahaha sekali-sekala puji diri sendiri apa salahnya." Delysha mengomel seorang diri.

"Amboi! Senyum sampai ke telinga nampak. Hensem sangat ke mamat-mamat yang kau ambik order tadi? Jarang kau melayan eh!" sakat Zara yang entah dari mana datang. Delysha terus mencubit geram peha Zara.

"Auch! sakitlah!"

"Padan muka kau! Suka sakat aku lagi, kan? Hish tak ada maknanyalah aku nak terpikat dengan jantan-jantan semua tu. Not my taste. Playboy, gatal merenyam. Eeee, menyampah betul!"

Zara tergelak perlahan. Dia tahu, Delysha bukan jenis perempuan begitu. Memang kawannya tidak suka lelaki yang menggatal.

"Alalala not my taste konon. Kau tu yang memilih sangat. Aku tengok customers kita semua hensem-hensem tau. Kau tu je yang buta tak nampak dan tak pandai nak bercinta!" kutuk Zara selamba. Sekali lagi peha Zara terima cubitan maut Delysha.

'Suka suki dia je cakap aku memilih lah apalah. Aku nak lelaki yang boleh jadi imam aku.' desis Delysha lalu tersenyum seorang diri.

"Kau ni! Dahlah pergi buat kerja. Nah, air ni. Boleh tolong hantarkan tak? Aku malaslah nak jumpa mamat-mamat tu lagi. Gatal sangat. Aku tak suka. Bolehlah! Please-please!" rayu Delysha lalu membuat puppy eyes. Dia sangat berharap pada Zara sekarang agar wanita itu membantunya.

"Eh, aku pulak? Kau pergilah. Aku banyak lagi kerja lain. Lagi pun kau macamlah tak biasa layan customers yang 'merenyam' macam diorang semua tu. Dah, pergilah! Aku chau dulu. Bye, sistur!"

Zara pergi meninggalkan Delysha yang masih terpinga-pinga. Delysha mengeluh geram. Tak boleh harap langsung! Heh! Kaki mulai melangkah ke meja tadi. Dia cuba untuk mengukir senyuman sebelum gelas-gelas tersebut diletakkan di atas meja mereka.

"Jemput minum, semua."

Kakinya mahu melangkah ke tempat tadi semula. Tetapi belum sempat dia melangkah lebih jauh, tangannya ditarik oleh seorang lelaki tadi. Dia terkejut.

"Apa ni?"

"Ala baby, please lah teman kami ni."

Desak lelaki yang menarik lengan Delysha tadi. Nasib dia mampu mengawal keseimbangan badannya. Kalau tidak, confirm dia dah jatuh atas riba mamat gatal ini tadi.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now