part 15

3.9K 240 0
                                    

Nyanyian lagu Locked Out Of  Heaven by Bruno Mars itu membuatkan Darren tersedar dari lena. Dia mencapai handphone di birai katil.

"Hish, siapa pulak yang call aku ni?" Desis Darren sendiri. Matanya yang kabur itu ditenyeh-tenyeh dengan tangan.

Terkulat-kulat Darren menjawab panggilan yang membingitkan dari tadi. Orang nak tidur sekejap pun susah kalau macam ini.

Punat hijau ditekan. Mata yang kurang jelas ditenyeh-tenyeh lagi sekali agak penglihatannya  lebih jelas.

Izzat.

Sebaris nama itu dibaca sebelum Darren mengeluarkan suaranya.

"Hello? Apa kau nak?" soal Darren agak geram dengan Izzat kerana mengganggu tidurnya. Huh, dahlah semalam dia tidur lambat disebabkan Delysha.

Dia tersengih kecil apabila teringatkan kejadian malam tadi. Teruk dia usik Delysha semalam.

"Bro, kau baru bangun tidur ke?" soal Izzat agak terkejut. Darren menjulingkan bebola mata. Sibuk!

"Hm, kenapa? Cemas je aku dengar?"

"Mana tak cemas bro. Ada berita kurang gembira yang nak aku beritahu ni." Terus Darren duduk dan menanti percakapan Izzat dengan serius.

Berita kurang gembira? Kurang baik pernahlah dia dengar, tapi kalau kurang gembira... hm tak pernah lagi dengar rasanya.

"Berita apa?"

"Kau terpaksa gantikan tempat Rizal lah bro. Dia ada emergency appointment last minute.  Datang cepat sebelum pukul 2.00!" Izzat terpekik dalam talian.

Darren tergamam.

"What? Apasal aku pula kena ganti tempat Rizal? Kenapa baru kau cakap sekarang? Aku ada hal lah ish!" Panas hati Darren jadinya. Heh, sesuka hati betul! Dahlah tak beritahu awal-awal.

"Sorry, bro. Aku baru tahu kau yang kena ganti tempat Rizal. Aku dekat Pulau Pinang ni. Orang lain semua flight penuh. Alaa, London je bro. Please. Batalkan dulu hal kau tu eh?  Kau pun bukan buat apa kan dekat rumah?" balas Izzat selamba. Dia betul-betul perlukan bantuan Darren sekarang.

Darren mengeluh. Suka hati mak tiri laki dia saja cakap dia tak buat apa-apa! Dia dah janji dengan Delysha lah! Aduh, ini semua Rizal punya pasal!

"Hish kau ni! Yelah, nanti aku datang. Chau!"

Terus panggilan dimatikan. Aduhai. Darren dah janji semalam yang dia nak bawa Delysha jumpa seseorang. Kejadian semalam kembali terulang di minda.

"Baby..." Darren memanggil lembut. Delysha sedikit meremang.

"Err ya?"

Darren tergelak kecil. Itu pun nak takut. Comel betul!

"Aku nak bawa kau jumpa someone esok. Kau busy tak? Please penting ni," desak Darren. Delysha terdiam. Jumpa someone? Siapa?

"Err, kalau penting sangat nanti saya boleh minta cuti dekat kak Reena. Tapi nak jumpa siapa awak?"

Darren senyum kecil. Minta cuti? Good girl! Lagi senang kerja dia.

"Adalah. Secret. Boleh kan? Esok aku datang rumah kau. Full stop!" Darren berjalan mendahului Delysha. Malas nak dengar gadis itu menyoal lebih lanjut.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now