part 59

3.2K 154 7
                                    

Dapat tahu sahaja berita buruk itu, bergegas mereka ke hospital Kuala Lumpur. Hampir dua jam Delysha dan Faiq menunggu di ruang menunggu itu. Tetapi tetap masih lagi tiada sebarang berita dari doktor yang merawat suaminya. Hatinya diruntun risau dan pilu. Dadanya menjadi sesak mengenangkan lelaki itu yang sedang terlantar di atas katil.

Suaminya akan baik-baik sahaja kan? Darren tak akan tinggalkan dia dan anak mereka kan?

"Duduklah dulu Delysha. Janganlah mundar-mandir macam ni."

Faiq yang sejak dari tadi menjadi peneman Delysha bersuara risau. Dia juga risau tetapi tidaklah serisau Delysha. Gadis itu asyik mundar-mandir dan tidak reti duduk diam dari tadi lagi. Pening kepalanya.

Delysha memandang Faiq sekilas sebelum dia mengeluh kuat. "Macam mana saya nak duduk diam awak, sedangkan suami saya? Entah apa yang jadi sekarang ni pun saya tak pasti. Tapi saya... betul-betul risau." Dia mengetap bibir, menahan tangisan. Air matanya sudah kering dan sudah penat untuk mengalir. Ketika dalam perjalanan tadi lagi dia sudah banyak menangis.

Dan sekarang dia masih lagi sedih dengan apa yang berlaku. Patutlah dia rasa tidak sedap hati semacam sahaja tadi. Rupanya ini yang akan terjadi. Kalaulah dia tahu dari awal lagi perkara begini akan terjadi, dia akan bersungguh-sungguh menahan Darren datang ke tempat kerja.

Dia tak akan benarkan Darren keluar rumah. Delysha rasa sangat serba salah. Salah dia sebab tak tahan suaminya pergi. Sudahlah ibu dan ayah mertuanya berada di luar negeri sekarang. Mereka ada urusan di Kelantan. Mungkin mereka dalam perjalanan ke sini kerana dia sudah memberitahu mereka tentang keadaan Darren.

"Ya, aku tahu kau tengah risau. Aku pun risau juga. Kau bawa bersabar, mengucap banyak-banyak. Jangan banyak fikir. Doakan yang baik-baik untuk suami kau supaya dia tak apa-apa. Trust me, everything will be okay.  Jangan risau sangat, kau tahu kan laki kau tu kuat. Meh, duduk dulu." Pujukan dari Faiq itu cuba dihadam sebaiknya. Akhirnya Delysha akur dan melabuhkan juga punggung di atas kerusi bersebelahan Faiq.

Ya, benar cakap Faiq. Dia patut mendoakan suaminya supaya lelaki itu baik-baik sahaja. Bukannya menyalahkan diri sendiri seperti ini. Dia tak boleh stress, nanti effect pada bayi dalam kandungan pula.

Dia tak boleh terlampau banyak berfikir. Bersabar, pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Walau apa pun yang jadi, Delysha perlu redha. Semuanya dah pun tertulis. Lagi pun dia percayakan Darren. Lelaki itu kena kuat demi dia, dan bakal anak mereka.

"Delysha."

Tengku Sheila memanggil lalu terus berderu ke arah menantunya itu. Terus tubuh itu dipeluk dengan risau. Delysha membalas pelukan ibu mertuanya itu dalam keadaan sedih. Keluarga mertuanya baru sahaja sampai.

"Delysha, macam mana dengan Iyan?" Terus Tengku Sheila menyoal setelah pelukan dilepaskan. Wajah menantunya dipandang dengan penuh tanda tanya.

Tengku Malik, Elmira dan Rykal juga turut memandangnya untuk meminta jawapan.

Delysha mengeluh lagi. Kepalanya digeleng lemah. 

"Delysha tak tahu ma... doktor tak keluar lagi dari wad Darren. Delysha takut mama. Macam mana kalau terjadi apa-apa pada Darren? Darren nak tinggalkan Lysha ke ma?" Entah kenapa air matanya yang sudah kering tadi mengalir semula di pipi. Dia takut... takut yang Darren akan tinggalkan dia. Dan juga anak mereka yang berada di dalam perut ini. Baru sahaja dia ingin membuat kejutan buat lelaki itu, tetapi akhirnya dia pula yang dapat kejutan begini.

Tengku Sheila mengeluh. Diusap kepala menantunya. Cuba menenangkan Delysha. Dia faham, dan dia juga risau akan anaknya.

"Sabar sayang, InsyaAllah semuanya akan okay. Mama pun risau ni. Tapi mama tahu, anak mama kuat. Jangan nangis ya." Delysha mengangguk. Hatinya masih belum tenang lagi selagi tidak dapat apa-apa berita tentang keadaan suaminya. Dia masih lagi menunggu dengan hati yang risau.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now