part 48

3.1K 164 6
                                    

Delysha menguap kecil. Penatnya!

13 jam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia membuatkan gadis itu berasa sungguh letih. Mengantuk pun ada. Yelah, semasa perjalanan pun bukannya dia boleh tidur sangat. Tak selesa sungguh walaupun mereka naik kapal terbang yang first class. Mungkin kerana dia tidak biasa perjalanan jauh di dalam kapal terbang.

Darren memandang gadis di sebelahnya itu sekilas.

"Pening lagi ke?" soal Darren risau sambil matanya memandang Delysha yang nampak tidak bermaya. Nampak penat sangat wajah cantiknya itu. Tak biasa jalan jauhlah ni. Lagi pun, dia baru tahu yang Delysha tidak boleh duduk lama-lama dalam kapal terbang. 

Nanti ada sahaja masalah yang berlaku. Antaranya ialah pening, mual, terasa nak termuntah dan sebagainya. Dia pula yang terlebih risau dekat Delysha.

Kalau dia tahu yang gadis itu akan begini kalau lama-lama dalam kapal terbang, sudah pasti dia tidak akan memilih untuk naik kapal terbang dengan Delysha. Lebih baik dia tempah khas helicopter atau jet ski sahaja lebih senang.    Selesa sikit Delysha nanti. Dia bukan apa, dia kesiankan Delysha. Dan sangat risaukan gadis itu.

Delysha menggeleng perlahan. Pening masih lagi bersisa di kepalanya ini. Haih, masa mula-mula datang ke sini dulu tak adalah teruk sangat dia mabuk kenderaan. Tapi bila mahu pulang ke Malaysia, lain pula yang jadi. Mabuk kenderaanyang dialami semakin teruk. Buat malu saja dekat Darren. Kasihan lelaki itu terpaksa menjaganya sepanjang perjalanan.

Ke dia semakin teruk ini sebab nak bermanja dengan Darren? Atau sebab Darren ada dengannya? Heh, mimpi sahajalah. Tak akan! Dia tak akan buat begitu kerana dia tidak mahu susahkan Darren. Dia tahu Darren sangat risaukannya, kerana itulah dia masih cuba untuk kuatkan diri.

"Kita makan dulu la kalau macam tu. Sebab kau pun tak makan sangat dekat airport tadi. Semasa perjalanan pun kau tak usik makanan sangat. Minum je banyak," Darren sudah mula mengatur langkahnya ke arah cafe yang berhampiran dengan KLIA itu.

Dia memaksa Delysha duduk dan Delysha hanya akur tanpa bantahan. Pening lain macam pula kali ini. Lagi-lagi bila Darren ada. Lain macam sungguh!

Jangan-jangan pening kepala ni nak bermanja dengan Darren? Hah, merepek. Pening boleh bermanja ke? Ish.

"Kau nak makan apa?"

Delysha hanya membalas dengan gelengan kecil sahaja. Kepalanya yang masih lagi pening diurut perlahan. Masih lagi sama, pening tak hilang-hilang. Malah pening semakin mencengkam otak. Huwaa sakit!

Kenapa sekarang dia nak pening pula? Dia malu sebenarnya dengan Darren, tapi dalam masa yang sama, dia rasa selamat. Sekurang-kurangnya ada Darren untuk mengawasinya saat-saat begini. Kalau dia keseorangan, entah bagaimana nasibnya.

Darren mengeluh. Sudah muncul sikap degil Delysha. Tarik hidung tu nanti baru tau!

"Kau jangan degil boleh tak?" soal Darren perlahan. Dia tengah menahan diri dari memarahi Delysha. Tidak mahu meninggikan suara atau tertengking gadis itu pula. Tak pasal-pasal merajuk buah hati kesayangan dia itu nanti.

Delysha mengangkat wajahnya sedikit. Bibirnya mencebik sedih. Dia cakap aku degil? Eeeii orang bukan saja-saja macam inilah!

"Saya cakap tak nak tu tak naklah!"

Dapat dengar dengan jelas Darren mengeluh selepas itu. Sikap degil sudah sebati agaknya dalam diri Delysha.

"Suka ke buat aku risau?" Lembut sahaja Darren menyoal. Dan itu menyebabkan Delysha menggelengkan kepalanya serta-merta. Tak, dia tak suka tengok Darren risaukan dia. Kasihan lelaki itu.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now