part 16

3.4K 236 0
                                    

Pagi-pagi lagi Darren sudah menelefon aku. Dia memberitahu yang dia mahu berjumpa dengan aku. Dia dah pulang ke Malaysia? Awalnya! Cakap pergi tiga hari. Ini baru sahaja dua hari. Pro betul dia bawa kapal terbang. Laju!

Tapi nak hairan apa, Darren bawak kereta pun laju jugak. Dia dekat sebelah pun agak risau kadang-kadang. Bahaya betul siapa yang jadi penumpang Darren ini. Yelah, manalah tahu tiba-tiba...

Eh? Ya Allah, apa yang aku melalut ni? Minta dijauhkanlah segala perkara yang buruk. Semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT. 

Tudung shawl disempang ala kadar sekadar mahu menutup aurat. Lalu kaki aku berjalan laju menurun anak tangga dan menuju ke muka pintu. Aku bertudung? Ya, semenjak aku tidak lagi bekerja di tempat itu, aku kembali berubah seperti dahulu. Menjadi seorang yang pandai menjaga diri dan maruah. Dan menjadi seorang wanita yang cantik bertudung.

Mesti Darren dah ada depan rumah sekarang. Dia ni memang, bukan nak cakap dulu yang dia dah sampai depan rumah. Ini dah sampai baru nak bagi tahu orang. Kelam-kabut lah aku ini dibuatnya.

Dari jauh aku sudah nampak kelibat wajah sang jejaka yang dirindui. Pfftt, mengadanya!

Baru pergi dua hari dah menggedik aku ini. Yelah, Darren pun satu. Bukannya pandai nak chat atau call aku pun! Suka buat orang risau sahajalah.  Nasib aku tak call dulu. Nanti mahunya mamat tu membahan aku nanti!

"Ehem!" 

Aku berdehem kuat. Sengaja ingin mengejutkan Darren yang ralit bermain telefon. Apa yang dia khusyuk sangat tu pun aku tak tahu.

Terus lelaki itu mengangkat wajah merenung aku yang sedang juga turut memandangnya. Dan aku nampak Darren agak terpana. Dia menjadi terpegun. Mungkin terkejut melihat aku yang sekarang sudah bertudung. Walaupun tidak selabuh seperti seorang ustazah, tetapi aku mencuba untuk menjadi perempuan yang lebih baik. Demi Allah, diri aku, masa depan aku, dan juga demi suami aku nanti.

"MasyaAllah sayang... you look so beautiful. My eyes can't look away from you. Cantik sangat!"

Pujian ikhlas dari Darren itu membuatkan aku termalu sendiri. Pipi terasa panas. Aku berdehem kecil.

"Terima kasih. Tapi mata tu... jaga sikit. Jangan tengok anak dara orang lama-lama sangat." Aku menegur dengan lembut. Darren senyum.

"Biarlah. Nanti jadi isteri aku jugak."

Aku mula bercekak pinggang dan merenungnya tajam.

"Apa awak nak sebenarnya?" Soalan itu yang keluar dari mulut aku. Sekadar ingin menghentikan Darren dari terus membuat aku membahang malu. Darren tersengih kecil.

"Amboi, garangnya dia! Marah ke? I'm just missed you damn much. So, aku datanglah jumpa kau dekat sini. Tak salah kan?" jawab Darren selamba.

Aku tersenyum kelat. "Rindu? Bukan awak cakap awak balik esok ke? Kenapa balik awal ni?" Kini sesi soal jawab sedang berlangsung. Darren terlalu selamba, dan sikap dia inilah yang buat aku geram dengannya.

Darren tersengih lagi. Eee, apa sengih-sengih? Sengih pun handsome sangat dah kenapa? Tahulah kacak. Berhenti please, jangan buat jiwa aku bergelora.

"Aku dapat balik awal nak buat macam mana? Kenapa? Kau tak suka ke aku jumpa kau? Kalau tak suka tak apa. Aku boleh..."

"Eeii, yelah. Sikit-sikit nak sentap. Tak macho langsung lah awak ni!"

Ayat terakhir itu sengaja aku perlahankan. Kang dengar merajuk pula. Macam budak-budak betul. Suka aku pujuk lah tu.

"Tahu takut." Darren tersenyum sinis. Aku buat-buat tidak dengar sahaja.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now