epilog

5.5K 148 40
                                    

So here, epilog yang betul. Sorry terbagi 'fakehope' selama ni. 😂 last part huhu sedihnya. *lap air mata* Sila sedekahkan vote banyak" ya untuk chapter terakhir ini.

****

Delysha memandang Zara di sebelahnya. Bibir mengukir senyuman nipis. Entah kenapalah Zara beria ajak dia keluar hari ini. Dari tengahari sampai ke petang mereka meluangkan masa bersama. Zara masih tak nak pulang ke rumah. 

Delysha ajak balik, tapi kawannya itu kata dia masih tidak puas lagi jalan-jalan dengannya. Haih, dia tak sampai hati pula nak hampakan permintaan Zara. Lagi pun memang dia dah lama sangat tak luangkan masa berdua dengan Zara semenjak masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Masing-masing dah jadi isteri orang. Dah ada suami, sememangnya susah mahu lepak seperti dulu lagi.

Jadi Delysha pun ikut sahajalah ke mana sahaja Zara pergi. Zara pun ada ajak dia beli barang baby juga tadi. Walaupun dia agak letih, tapi dia tetap kuatkan semangat. Jangan dilayan sangat penyakit manja ini. Yelah, dia berbadan dua kut. Jalan sikit saja pun dah letih. Dah lenguh-lenguh. Nanti balik rumah ni, dia nak suruh Darren tolong urutkan. Hehehe untung ada suami yang pandai melayan perangai isteri ni.

Bila teringatkan Darren, Delysha kembali hairan.  Darren sendiri yang izinkan dia keluar dengan Zara hari ini. Darren sampai benarkan mereka pulang lewat lagi. Tapi pastikan jaga diri, jaga baby elok-elok. Pelik kan? Selama ni tak ada pula nak izinkan dia ke sana ke mari sangat. Beria overprotective dengannya.

Mungkin Darren tahu isteri dia ni dah bosan terperuk dalam rumah agaknya. Apa kerja pun tak boleh buat. Sebab tu agaknya Darren izinkan dia keluar dengan Zara tadi walaupun dia sudah beritahu yang dia sebenarnya malas nak keluar. Letih dan malas mahu melayan perangai 'hantu shopping'  Zara ini nanti. Dia tahulah perangai kawannya bagaimana kalau dah dapat shopping, memang susah nak ajak balik.

Nasib Zara pandai pujuk dengan cara mahu belanjanya sekali. Kalau dia nak apa-apa, Zara kata dia akan belanja. Pelik juga. Jarang mak cik ni nak belanja orang. Hmm, dah insaf agaknya sejak jadi menantu Tengku Dina ni. Ehek baguslah.

"Zara, kita nak pergi mana lagi ni? Aku nak baliklah." Sumpah, kaki dia dah lenguh semacam dah. Pinggang pun kebas. Rasa macam tak rasa kakinya apabila berjalan. Haih, apalah nasib dapat kawan yang suka shopping ni. Dari Delysha serumah dengan Zara lagi, dia dah terpaksa hadap perangai Zara yang kaki shopping. Nak buat macam mana, dah kawan sendiri, terpaksa jugalah dia melayan.

Zara pandang Delysha lalu tersengih dalam keresahan. Seolah-olah gelisah akan sesuatu.

"Err... alaa, tak perlulah nak balik lagi. Belum malam pun. Baru pukul enam lah. Aku dah janji dengan suami kau yang kita akan balik sebelum malam nanti. Jangan risaulah. Suami kau tak akan marah punya. Aku kan ada." Zara tersengih-sengih memujuk.

Delysha mendengus. Memanglah dia tak akan marah Zara, sebab Darren pun suka Zara spend time  dengan dia hari ini. Entah apalah masalah Darren itu. Tiba-tiba ubah fikiran izinkan dia keluar pula.

Tapi Delysha yang kisah sekarang ni. Huwaa, penatnya! Dia bukannya jalan seorang diri, dia bawak satu lagi nyawa tahu tak? Dahlah dia tengah sarat mengandung. Bila-bila masa sahaja boleh terberanak. Eeee, nak saja Delysha cakap macam tu. Tapi itulah, Zara bukannya peduli pun. Heh sadisnya dalam kawan begini.

"Tapi kita nak pergi mana lagi? Dah banyak kan kau beli? Masih tak cukup lagi ke? Dengan barang-barang baby sekali kau belikan untuk aku tadi. So, sekarang ni nak ke mana pula?"

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now