part 9

4.2K 297 3
                                    

Hari berganti hari. Keputusan masih lagi belum dibuat. Dia tiada keputusan yang muktamad lagi. Delysha sendiri masih buntu. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Dia tidak mahu lukakan hati sesiapa dan tidak mahu salah buat keputusan.

Baru semalam dia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari-Nya. Sampai sekarang masih lagi tiada apa-apa petanda.

Dia takut. Takut salah pilih. Mampu ke Darren menjadi imamnya? Membawanya ke syurga? Adakah benar lelaki itu jodohnya? Kalau pemuda itu sendiri masih lagi jahil, apa gunanya semua ini? Dia sebagai isteri pula yang harus bimbing suami? Dia bukannya pandai sangat dalam hal agama.

Dia perlukan seseorang lelaki yang dapat membimbingnya. Iaitu seorang bergelar suami yang sah. Dia sendiri masih lagi banyak melakukan dosa. Kalau sama-sama masih jahil, siapa pula yang mahu mengajar mereka nanti selepas berkahwin? Adakah hubungan mereka akan hanyut di lembah kesesatan? Ah, serabut. Makin dia fikir, maki dia tiada jawapan.

"Fikir apa? Dari semalam aku nampak kau gelisah semacam je. Aku ajak bersembang pun macam tak ada mood. Kenapa? Kau ada masalah?"

Zara masuk ke dalam bilik Delysha lalu duduk di sebelah Delysha di atas katil gadis itu. Dia memandang wajah kawannya yang nampak seperti ada masalah. Correction! Memang dalam masalah. Persoalannya kenapa? Macam ada benda tak kena sahaja. Semenjak pemuda kacak itu datang ke rumah, Delysha terus jadi begini. Dia sendiri hairan tak tahu kenapa. Bukannya dia tak perasan perubahan kawannya.

"Tak ada apalah Zara. Aku okay."

Delysha masih lagi tidak mahu berterus-terang. Menafikan selagi boleh. Dia tak nak Zara risau pula tentangnya.

"Kau boleh tipu aku. Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri. Just tell me, babe. What's wrong?  Dari hari mamat tu datang rumah kita lagi kau dah macam ni. Ada apa sebenarnya yang berlaku? Mamat tu ada buat apa-apa dekat kau ke? Tell me now!" 

Suara Zara sudah meninggi. Geram dengan sikap kawannya yang suka berahsia itu. Macam mana masalah nak selesai kalau tak cerita? Manalah tahu dia boleh bantu serba sedikit.

Delysha mengeluh berat. Dia tiada pilihan selain memberitahu Zara perkara sebenar juga. Lagi pun dia juga perlukan pendapat seseorang dalam masalah yang membelenggu fikirannya ini.

"Kalau aku bagitahu ni, kau jangan terkejut tau." Zara pantas mengangguk. Mata mereka bersatu.

"Hari tu, Darren melamar aku."

Zara terperanjat. Matanya terbeliak memandang Delysha meminta kepastian. Gadis itu pula sudah mengangguk kecil. Dia cerita perkara benar.

"Seriously, babe? Wow, benda baguslah tu. Jadi itu masalah kau? Apa yang kau nak gelisah sangat? Mamat tu dah lamar kau kan? Cop cop cop! Kau bukan baru kenal ke dengan mamat tu?"

Zara menjadi kelam-kabut pula. Dia terperanjat. Baru dia teringat tentang hal satu itu.

"Ya, itulah masalahnya. Aku baru kenal dia. Dia pulak playboy, keluar masuk kelab malam, perempuan keliling pinggang. Mampu ke dia jadi imam aku? Aku risau. Dia orang kaya pulak tu. Aku ada apa je weh? Family dia dah tentu tak suka aku punya. Lagi pun dia ada seorang girlfriend ni. Tapi dia kata kawan dia je. Aku buntu Zara. Apa yang patut aku buat dan apa jawapan yang terbaik untuk masalah ni. Apa pendapat kau?" luah Delysha sebal.

Zara mengeluh kecil. Dia faham perasaan Delysha. Berat juga kes kawannya ini.

"Pendapat akulah kan, aku rasa dia baik je. Hensem pula tu. Dia memang jahil. Kaki perempuan semua macam kau cakap tu. Tapi aku yakin dia boleh berubah. Pernah dia sentuh kau? Buat benda yang terkutuk dekat kau?"

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now