part 50

3.9K 170 2
                                    

Bibir Delysha tidak lekang dengan senyuman.  Sekejap tersenyum, sekejap dia mengeluh dan akhirnya tersenyum lagi. Pelik pula bila tengok perangai dia sekarang ini. Entah apa-apa sahaja.

"Kau ni dah kenapa? Okay tak ni?"

Soalan dari Darren itu membuatkan Delysha tersentak dari terus melayan perasaan. Dia mengangguk lantas menoleh ingin memandang lelaki itu.

"Awak, kita nak pergi butik pengantin kan?"

Baru gadis itu terfikir akan hal itu. Dari rumah lagi dia asyik terfikir pasal kejadian dua hari yang lepas. Entahlah. Sukar untuk dia gambarkan apa yang dia rasa saat ini. Pelbagai rasa bercampur menjadi satu.

Darren hanya mendiamkan diri. Malas dia nak menjawab soalan gadis itu. Dah tahu, lagi tanya tu dah kenapa?

Delysha berdecit kegeraman. Pekak ke apa lelaki ni? Dah sah-sah dia bercakap dengan lelaki itu. Lainlah kalau ada orang lain sekali dalam kereta ini. Tetapi masalahnya mereka memang berdua sahaja. BERDUA!

"Awak dengar tak ni?" Delysha menyoal dengan nada marah. Ish, mamat ni buat tak tahu sahaja? Dia bukannya bercakap dengan cermin tingkap.

Darren menjeling gadis di sebelahnya sekejap.
"Dah tahu kan? Perlu ke tanya lagi?"

Ha tengok la tu! Orang tanya baik-baik kut, kenapa nak marah-marah orang pula? Pelik-pelik saja perangai Darren sejak nak kahwin ni. Lagi nak kahwin, lagi itulah perangai sebenar lelaki itu  muncul. Darren jangan macam-macam. Majlis dah nak dekat.

"Orang tanya je tadi..." Suara Delysha mula kendur. Sedih betul la hmm.

Darren mengeluh kecil. Silapnya kerana terlampau memikirkan apa yang papanya suruh semalam sehingga mengabaikan Delysha. Tengok, tak pasal-pasal Delysha pula jadi mangsa amarahnya.

"Ya sayang, kita nak ke butik pengantinlah ni. Kenapa? Excited ke? Samalah, aku pun tak sabar nak kahwin dengan kau." Suara Darren mula kembali lembut. Matanya masih lagi fokus pada pemanduan cuma mulutnya sahaja yang berkata-kata.

Delysha simpan senyum. Sayang? Tiap-tiap kali Darren memanggilnya dengan panggilan itu, tiap kali itu jugalah dia akan malu. Entahlah. Mungkin suara lelaki ini yang lembut buat dia rasa begitu? Tambah pula pipinya juga akan memerah selalu apabila bersama dengan Darren, berdua. Bagus sangatlah tu perangai dia macam ni.

"Awak okay ke?"

Delysha dapat rasakan yang Darren ada masalah. Dan sebab itulah lelaki itu nampak tertekan dan tidak memberikan tumpuan kepadanya seperti selalu. Darren nampak agak kusut. Masa lelaki itu mengambilnya di rumah tadi pun, lelaki itu tidak ceria seperti selalu. Padahal mereka nak fitting baju kahwin kot, takkan Darren tak gembira sepertinya. Nampak sangat lelaki itu menyorokkan sesuatu darinya.

Darren mengeluh lagi. Dengan Delysha dia akan ceritakan semuanya. Tiada rahsia antara mereka. Itu janji mereka berdua.

"Papa tulah, dia tak bagi aku cuti kahwin awal. Katanya ada projek besar baru masuk. Aku dah nak kahwin dah ni, papa boleh pula suruh aku handle syarikat untuk projek besar tu. Lepas tengok baju kahwin ni pun aku terpaksa datang office sekejap. Ada meeting penting."

Darren mula meluahkan perkara yang sebenar. Terkejut juga dia bila Tengku Malik menyuruh dia uruskan projek itu. Bukan masalah dia tidak biasa uruskan projek yang besar seperti ini, akan tetapi masa dia sibuk uruskan hal perkahwinan merekalah papanya pula mengacau. Projek itu lebih penting dari anak dia nak kahwin agaknya.

Delysha mengangguk faham. Oh, sebab itu ke? Patutlah muka Darren macam tak puas hati tentang sesuatu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya pasal papa!

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now