part 51

3.2K 166 0
                                    

Disebabkan persiapan kahwin belum siap sepenuhnya lagi, Delysha terpaksa mengikut arahan Darren dan Tengku Sheila yang menyuruh dia tinggal sekali di dalam rumah Tengku Malik. Haih, nak tak nak terpaksalah dia ikut sahaja arahan itu. Lagi pun senang sikit dia dapat bantu apa yang patut.

Tak lama pun, dalam seminggu saja. Seminggu lagi dia akan bergelar isteri orang. Perasaannya  sukar untuk digambarkan. Sedara-mara keluarga Darren juga turut berkumpul di sini. Bertambah malulah dia. Tambah pula Darren jarang ada di rumah. Seperti yang dijanjikan dulu, lelaki itu tidak akan selalu ada dengannya kerana terpaksa menguruskan projek besar. Sungguh dia berharap lelaki itu ada sekali dengannya sewaktu begini.

 Tetapi dia faham. Kerja kan? Yang penting masa akad nikah nanti, Darren datang. Itu pun dia sudah bersyukur. 

"Kak Sha, aunty Sheila panggil tu dekat dapur," ujar Mawar adik sepupu Darren. Ahli keluarga lelaki itu sudah mula mengenalinya dan hubungan mereka juga semakin rapat. Tiga hari menetap di rumah Darren, dia sudah mengenali semua ahli keluarga belah Tengku Malik mahu pun Tengku Sheila. Semuanya baik-baik belaka.

"Okay. Terima kasih Mawar."

Kakinya terus melangkah ke dapur. Ramai juga saudara-mara Darren di dapur ini. Terpaksa dia tebalkan wajahnya seketika. 

"Ya, aunty? Kenapa panggil Lysha?" soal Delysha perlahan. Tidak mahu orang lain turut mendengarnya sekali.

Tengku Sheila tersenyum kecil memandang wajah bakal menantunya.

"Sekejap lagi Iyan balik, dia kata papa dah bagi dia cuti. Lagi seminggu je kan majlisnya? Papa suruh orang lain tolong handle projek tu. Iyan pun dah tak sabar-sabar nak balik tu."

Tengku Sheila tersengih mengusik. Itu pun apa yang suaminya beritahu semalam. Gembira tak terkata anak lelakinya itu. Nak kahwinlah katakan. Tambah pula bakal isteri sudah ada di rumah ini. Semakin tak sabarlah anak sulungnya itu mahu pulang ke rumah. Rindu bakal isterilah katakan.

Delysha tersenyum lebar. Darren nak balik sekejap lagi? Dia tersenyum lagi. Sudah tiga hari dia tidak berjumpa lelaki itu. Disebabkan projek itu di Kelantan, jadi terpaksalah lelaki itu menetap di sana. Call atau mesej pun tiada sepanjang lelaki itu tinggal di sana. Kalau dia tidak menetap di sini, sudah lama dia sangsi dan risaukan Darren. Buatnya Darren tak datang atau tak pulang ke rumah nanti? Hah, naya!

"Baiklah aunty. Sha nak sambung gubah hantaran dengan saudara-mara yang lain sekejap."

Tengku Sheila hanya mengangguk. Dia mengukir senyuman. Jelas sekali bakal menantunya itu gembira semasa dia memberitahu berita itu tadi. Tahulah dia yang mereka memang benar saling mencintai.

Delysha duduk di sebuah kerusi seketika apabila gubahan hantaran sudah siap dikemaskan lagi. Bila bercakap dengan Tengku Shiela tadi, dia rasa gembira. Gembira yang bakal mertuanya itu sudah mula menerimanya sebagai menantu. Teringat kembali apa yang dikatakan semasa dia dan Darren ke sini dulu. Gementar tak terkata dia sewaktu itu apabila merisaukan Tengku Sheila yang masih tidak dapat menerimanya. Tetapi dia tidak sangka, tamparan yang disangka bakal diterima, ternyata pelukan yang dia dapat dari wanita itu. Dia semestinya terkejut ketika itu.

Pelbagai perkara yang difikirkan sekarang ini. Antara salah satunya, adakah Tengku Sheila akan menerimanya atau akan menghinanya sama seperti dulu?

Atau tamparan yang bakal diterima di pipi putih bersihnya nanti?

"Err... assalamualaikum aunty." 

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now