part 1

6.8K 401 23
                                    

BUNYI dentuman kuat membingitkan telinga. Ramai yang menari-nari bagai orang gila. Mereka tidak sedar, diri sendiri tengah melakukan dosa. Bertaubat? Diri sendiri pun tidak melakukannya. Apatah lagi mahu menegur dan menasihati orang lain?

Biarlah hidayah datang pada diri masing-masing. Dia hanya diam dan tidak mampu membangkang. Mahu lari dari semua ini? Jauh dari maksiat dan dosa yang sendiri yang tidak sedar? Huh penat. Tersangatlah penat sehinggakan sudah ketahap berputus asa. Sia-sia sahaja semua itu. Tiada guna!

Banyak kali dia cuba melarikan diri dari tempat yang bersengkokol bersama 'syaitan' ini. Tetapi hampa. Penat mencuba. Black dan orang suruhannya lebih tangkas dan cekap dari dirinya . Seorang wanita lemah dan tidak kuat menentang lelaki seperti black itu? Mungkin dan memang akan kalah. Mana mungkin Delysha mampu melawan kudrat lelaki yang lebih kuat darinya. Akhirnya dia penat. Dia mengalah. Biarlah Allah sahaja yang membantu dirinya keluar dari tempat maksiat seperti ini.

Dendam? Tiada langsung. Sama ada bersama ayahnya atau sesiapa. Hatinya cukup-cukup sakit di atas pemergian ibunya Puan Salma dua tahun yang lalu. Ibunya pergi pun disebabkan dirinya, dia tak sempat nak merawati sakit ibu. Mana mungkin seorang ibu sanggup melihat anak kandungnya sendiri bekerja ditempat sekutuk ini. Tempat yang dibenci dan dilaknat Allah. Dia akui apa yang dia lakukan semua ini salah. Dia cuba untuk melepaskan diri dari tempat ini. Malah hampa. Tiada sebarang 'peluang' untuk dia lepaskan diri. Apa lagi yang dia harus lakukan?

Sudah dua tahun dia bersabar di tempat begini. Langsung tiada sebarang harapan untuknya. Sudahlah adiknya sudah hilang semenjak ibunya meninggal dunia. Ayah? Sudah meninggal akibat bergelut dengan ahlong kerana berhutang.

Kini hidupnya kosong. Sepi. Tiada erti dan tiada guna. Cukuplah dia bersyukur kerana maruah dan harga diri nya masih lagi suci dari mana-mana lelaki. Memang banyak. Banyak yang mahukan dirinya. Tetapi dia hanyalah sebagai pelayan. Bukan pelacur. Dan perkara itu membuatkan dia sedikit bersyukur. Nasib black juga memahaminya selama ini. Dan tidak pernah menyuruh dia lakukan perkara terkeji itu.

"Termenung apa tu?"

Air mata diseka secepat mungkin. Dia tersenyum saat ditegur oleh kawan baiknya Zara. Zara mengambil tempat disebelah Delysha. Tangan kawannya itu digenggam erat.

"Nothing," balas Delysha sepatah. Gadis itu tersenyum kecil.

"Don't lied to me, Lysha. Aku tahu kau sedih. Kau memang nak keluar dari sini kan?" soal Zara sayu. Delysha mengangguk laju dan kembali menitiskan air matanya.

"Aku faham. Aku tahu kau memang tak layak dekat tempat macam ni. Kau baik. Kau mempunyai pelajaran yang tinggi. Aku dah cuba nak lepaskan kau pergi dari sini... tapi Black dengan orang suruhan dia tak akan benarkan. Kau dah tersangkut dengan diorang. Kau tak boleh lari. Aku mintak maaf." Terus tubuh kenit Delysha dipeluk. Erat. Melepaskan tangisannya di situ.

Dia sangat kasihankan nasib kawan sekerjanya, Delysha. Dan dia bukan tak pernah cuba bantu gadis itu larikan diri dari sini, tetapi malangnya mereka ditangkap.

"Tak apa... aku faham. Kau tak salah. Aku dah cuba. Tapi kalau Allah masih nak uji aku... aku redha. Mungkin satu hari nanti aku dapat keluar dari sini dengan kau. Kita sama-sama keluar ya?" Zara menggeleng laju.

"No, Lysha... kau pergilah. Aku tak layak dekat luar sana. Aku akan dipandang hina. Mak aku dah buang aku. Keluarga aku pun buang aku. Lagi pun ini tempat aku. Ak... aku dah tak... ada dara Lysha." Air mata kembali merembes dipipi. Delysha juga turut berasa sebak. Dia terus membawa Zara ke dalam pelukan.

Ya, memang kawannya sudah tiada dara. Zara bukannya pelayan seperti dia. Tapi Zara seorang pelacur.

Ya Allah! MasyaAllah.

Belakang badan Zara ditepuk-tepuk.

"Zara, kau tak boleh cakap macam tu. Aku tahu kau baik. Kau kena kuat ya? Allah tengah uji kita. Kau sabar ya? Kita kuat!"

Zara tersenyum kecil dan mengangguk. Delysha mengukir senyuman manis. Walaupun perasaan mereka sangat sebak kini, namun mereka perlu tahu yang Allah Maha berkuasa. Pasti ada jalan untuk dia keluar dari sini.

Dan itu mungkin bukan sekarang...

Mungkin suatu hari nanti. Siapa saja yang tahu, bukan?

****

Lagu Falling by Trevor Daniel membuatkan Darren tersentak seketika.

iPhone 13 diangkat dengan cepat. Nama ditalian dilihat terlebih dahulu sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Yes, Zat? Ada apa kau call aku ni?"

"No, bro. Aku cuma nak ingatkan kau yang flight kau esok malam tau," ujar Izzat rakan sekerja lelaki itu. Darren mengeluh kasar.

"Ugh, aku ingat okay. Tapi urmm... ke mana eh?" Batang hidung yang tidak gatal digaru.

"Pffft! Tadi cakap ingat!" perli Izzat di hujung talian. Darren hanya menjeling.

"London, weh. Tepat pukul 10 pagi. Don't be late, dude. Jangan buat perangai miang kau tu ya sebelum kau kerja esok. Aku takut kau tak fokus. Bye, take care bro." Terus panggilan ditutup. Darren mendengus perlahan. 

Perangai miang? Macam tahu-tahu sahaja kawannya itu. Tapi sorry, kerja tetap kerja. Dia sentiasa fokus.

"Why baby? Anything wrong? Kenapa macam ada masalah je ni hm?" soal Serra menggoda. Suaranya sengaja dilembutkan. Dengan baju yang dipakainya agak ketat dan menampakkan asetnya itu mencetuskan nafsu Darren sebagai seorang 'playboy' yang miang. Dia tersenyum sinis.

"Nothing dear. Don't worry, okay. Esok malam aku tak ada. So, malam ni kau boleh puaskan aku kan? Hmm, baby?" Dagunya diletakkan di atas bahu gadis itu. Serra apa lagi? Semakin gediklah minah itu.

"Of course, baby. Anything for you!" Rambut Darren dibelai lembut. Darren tersenyum sinis. Dia tak akan buat lebih-lebih, kerana dia bukan jenis yang akan 'mengotorkan' mana-mana wanita.

Sorry Izzat, but this is me.

Ya, itulah Iyan Shah Darren. Opss, correction! Tengku Iyan Shah Darren. Seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang dapat mencairkan  para gadis-gadis. Tetapi lelaki itu juga merupakan seorang kaki perempuan, kaki arak. Semua jenis kakilah dekat dia ni!

Bekerja sebagai seorang pilot. Hidupnya berubah 100% disebabkan kisah silamnya semasa kecil yang sangat perit untuk dia terima. Dan sekarang, dia telah berjaya dan tiba-tiba menjadi anak kepada pasangan yang ada pertalian darah dengan raja. Pelik bukan? Tapi itulah hakikat hidupnya.

Dan inilah kisah percintaan Tengku Iyan Shah Darren dan Nurul Insyirah Delysha. Hidup yang sememangnya bagaikan langit dan bumi, tetapi disebabkan permainan cinta, dan takdir yang sudah ditentukan... mereka akhirnya disatukan.

******

Hehehehe. Done! Sorry hambar. Okay ke? Pendek sikit au. Sis memang tak ada idea. 😢❤️

*Vote
*Comment

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now