part 63

3.5K 129 10
                                    

Delysha tersenyum sahaja dari tadi. Walaupun dia sedikit marah dengan sikap Darren yang langsung tidak benarkan dia buat apa-apa kerja, tetapi dia tetap gembira bila dapat berkumpul begini dengan orang yang tersayang.

Malam ini kami sekeluarga buat barbeque di rumah agam Tengku Malik. Nasib juga mereka semua setuju dengan idea ini. Yelah, dia bukan apa, dia cuma rindu saja pada mereka semua.

Pfft, rindu apanya kalau mereka baru saja jumpa tak sampai sebulan pun lagi? Alaa, tapi apa salahnya nak luangkan masa bersama-sama. Lagi pun kali ni special sikit sebab ada Dani adiknya sekali.

Disebabkan hari malam, jadi lagi seronok kalau buat di taman mini di luar rumah sahaja. Terasa kedinginan angin malam yang menyapa tubuhnya yang berjubah mengandung.

Delysha  meletakkan tangan di atas perutnya yang memboyot itu. Perlahan-lahan diusap dengan penuh rasa sayang. 

The tummy... my baby bump!

"Sayang mama, tengok semua busy kan? Kita duduk berdua sajalah dekat sini. Tak ada siapa pun yang peduli. Tak apalah, asalkan sayang ada mama." Seolah-olah mengerti apa yang dia cakap, baby mula menendang perlahan dari dalam perut. Delysha mengukir senyuman kecil. Comel betul anak mama ni!

"Dan sayang ada papa."

Terasa pinggangnya dipeluk dari belakang seraya itu Delysha mengangkat wajah lantas tersenyum nipis apabila melihat wajah suaminya.

"Hubby nak apa ni? Bukan tadi tengah bakar ayam ke?" soal Delysha lantas kepala disandarkan di dada Darren semasa lelaki itu memeluk pinggangnya dengan erat. Selesa.

Darren hanya membiarkan sekaligus menggenggam tangan kanan isterinya dan dikucup sekilas.

"Saja nak teman isteri hubby yang comel ni!" Dieratkan lagi lingkaran pada pinggang isterinya. Ubun-ubun Delysha dikucup lembut.

"Lagi pun ramai dah yang tolong bakarkan ayam tu. Apa salahnya hubby teman sayang ni. Kenapa macam sedih je ni? Sayang tak happy ke dapat berkumpul ramai-ramai macam ni?" soal Darren lembut. Delysha tersenyum segaris.

"Mestilah saya happy. Tapi saya sedih sebab awak tak bagi saya buat apa-apa. Saya bosan tahu tak? Bagilah saya tolong Zara yang tengah potong kek tu." Sempat dia pandang Zara yang sedang bergelak tawa bersama Kak Ema sambil memotong kek. Macam seronok saja mereka tu... hmm, sendu macam ni.

Mendengar suara isterinya yang berubah sedih, membuatkan Darren mengeluh kecil.

"Sayang, bukan sengaja hubby tak bagi sayang buat kerja. Sayang tu bukan seorang tahu tak? Sayang bawa satu lagi nyawa. Dan itu anak kita. Hubby tak nak sayang penat. Sayang selalu mengadu sakit pinggang kan? Jadi, sayang kena rehat je. Tak boleh buat kerja. Sayang fahamkan apa yang hubby cakap ni?" Dagu Delysha diangkat supaya dia dapat merenung anak mata isterinya.

Seketika, Darren terkaku. Delysha menangis? Alahai, ibu mengandung seorang ni. Sensitif sangatlah.

"Allah, sayang kenapa menangis pula ni?"

Pantas jarinya menyeka air mata yang telah pun menitis di pipi isterinya. Delysha sendiri pun tak sedar bila air matanya menitis. Tapi mood dia tiba-tiba jadi swing bila dengar kata-kata Darren itu. Darren pentingkan baby saja, Darren macam tak kisah pun dekat dia.

Haih, benci betul lah mood  yang ni! Benci betul perasaan macam ni. Terlampau mengada sebenarnya. Lebih kepada cepat terasa hati.

"Hubby, saya ni menyusahkan awak ke?" Entah kenapa soalan itu terpacul keluar dari mulut Delysha.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now