part 30

3.7K 175 4
                                    

"Betul ke semalam Lysha bergaduh dengan lelaki?" soal Kak Wardah secara tiba-tiba. Delysha terkelu jadinya.

"Err, mana akak tahu ni?" Dia sengih.

"Isya yang bagi tahu akak semalam. Dia cakap ada abang handsome yang belanja dia ayam goreng. Akak tanya siapa abang handsome tu, Isya kata kawan Lysha. Siapa sebenarnya abang handsome tu?"

Delysha meneguk air liur. Kesat dan pahit. Bibirnya mengukir senyuman kelat.  Aduh, Raisya pergi kantoikan pula.

Nak tak nak terpaksa juga dia ceritakan hal yang sebenar. Abang handsome ya? Ueww, handsome apa kalau kerek macam itu? Harap muka sahaja handsome, perangai hampeh. Dengan perempuan pun dia boleh nak naik tangan? Biadab betul. Tak kisahkan sengaja atau pun tidak. Salah tetap salah.

Nak cakap Tengku Dina tak ajar anak pun tak juga. Dia bila dengan umminya elok sahaja. Tapi kenapa dengan Delysha lain pula jadinya?

Adakah benar dia yang salah dalam hal ini? Atau mulutnya memang terlampau lancang semalam?

"Hey Lysha, dengar tak apa akak tanya ni?" Kak Wardah melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Delysha. Tersentak gadis itu dari lamunannya.

Delysha sengih malu. Boleh pula dia mengelamun jauh sampai tak dengar apa yang Kak Wardah katakan.

"Dengar kak. Siapa lelaki tu kan? Ouh, lelaki tu anak tengku. Ummi lelaki tu Lysha kenal. Baik orangnya. Sebab itu lah dia baik hati nak belanja Isya." Bohong Delysha tidak mahu memberitahu hal sebenar.

Tak akanlah dia nak beritahu perkara sebenar pula. Dia dituduh mencuri? Huh, memang taklah.

"Hah anak tengku ke? Uish, betul ke kawan Lysha anak tengku? Lysha tak pernah cakap pun ada kawan dekat sini. Anak tengku lagi tu," ujar Kak Wardah terkejut.

Delysha hanya menayangkan sengihan sahaja. Sejak bila si mamat kerek itu jadi kawan dia pun tak tahulah. Memang taklah kalau lelaki itu menjadi kawannya. Perangai tak semenggah langsung. Mahunya mereka berperang mulut sahaja nanti.

"Err kak, Lysha rasa yang..."

Percakapan Delysha terhenti apabila handphonenya tiba-tiba berbunyi minta di angkat.

Delysha memandang nama tertera di skrin tersebut terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tersebut.

Unknown number?

"Err, hello assalamualaikum. Siapa ni ya?" sapa Delysha hairan.

"Hello ni akulah Tengku Faiq a.k.a mamat yang kau curi dompet tu. Tak kenal ke buat-buat tak kenal?" soal Faiq sinis. 

Terbuntang luas mata Delysha mendengarnya. Mamat ni call aku? Mana dia dapat nombor telefon aku ni?

"Err, sekejap ya kak," pamit Delysha lalu berlalu meninggalkan Kak Wardah. Dapur dituju dengan segera. Yang sebenarnya dia tak nak Kak Wardah dengar bual bicara mereka nanti.

"Hey, awak rupanya. Mana awak dapat nombor telefon saya hah?" ujar Delysha marah.

Terdengar ketawa sumbang dicorong telefon.

"Kau boleh tanya aku pula? Kau lupa kau yang bagi nombor telefon kau ni dekat aku semalam?  No, I means...  dekat ummi aku tapi handphone ummi aku habis bateri. Tak akanlah kau dah lupa kut? Makan semut banyak sangat eh lepas kau balik semalam?" perli Faiq sinis. Sengaja sebenarnya dia ingin mengusik gadis itu.

Turun naik turun naik nafas Delysha menahan marah.

'Belagaknya mamat ni. Yang aku ni pun satu. Macam mana boleh terlupa pasal number handphone tu? Dah sah-sah kau yang bagi semalam dekat a Dina sebab dia yang mintak. Tapi alih-alih number aku tu dekat dalam handphone mamat kerek ni? Haih. Bala betul.'

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now