part 25

3.3K 200 0
                                    

Kepala Delysha terteleng ke kanan dan ke kiri apabila dia ingin melintas jalan. Namun, setelah lampu bertukar merah, barulah Delysha memberanikan diri untuk melintas. Dia di negeri orang, bukannya dia tahu sangat bahaya jalan raya di sini.

Delysha berdecit. Pelipisnya diurut-urut sendiri. Pening. Tengahari macam ini dia masih ke hulu dan ke hilir mencari kerja. Bukannya dia seorang penganggur, akan tetapi demi janjinya kepada Kak Wardah, terpaksalah Delysha mencari kerja juga. Nasib baik juga hari ini Kak Wardah bagi dia cuti. Kalau tidak... dia terpaksa terkejar-kejar masa hendak ke cafe selepas ini. Buat shift petang sahaja lagi senang.

Cuaca yang agak panas terik membuatkan Delysha sedikit pening kepala. Untuk ke berapa kalinya dia mengeluh. Letih.

Kakinya juga sudah kebas berjalan. Satu bandar ini dia berjalan mungkin. Matlamatnya hanyalah ingin mendapatkan kerja yang sesuai. Namun, hampa. Masih tiada kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

Dan sekarang barulah dia sedar bahawa bukan senang mahu mencari kerja. Bukan mudah untuk mendapatkan duit dan pendapatan untuk menyara keluarga.

Tiba-tiba Delysha terfikir akan manusia yang tiada pelajaran tinggi. Bagaimanakah mereka hendak mencari kerja sedangkan yang berkelulusan tinggi pun terasa kesusahannya. Bahagaimana dengan nasib mereka?

Haih, sabar. Rezeki tidak pernah salah alamat. Kalau dia ditakdirkan sememangnya tidak akan mendapat kerja, maka dia akan tetap tidak akan dapat kerja juga.

Semuanya biarlah Allah sahaja yang tentukan. Apa sahaja takdir buat dirinya, dia akan terima dan redha.

Delysha tersenyum kecil. Jam di pergelangan tangan dilihat. Jam sudah menunjukkan pukul satu petang. Dia belum solat zuhur lagi. Saat ini barulah Delysha teringatkan sesuatu. Dia di negeri orang sekarang. Susah mahu mencari ruang solat kalau dia sendiri pun masih baru lagi di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Pelipis diurut. Ah, tak apalah. Tawakal sahaja. Kalau mahu melakukan perkara yang baik, Insya-Allah pasti Allah akan membantunya. Pasti ada ruang solat yang berhampiran punya.  Delysha berfikir positif sahaja saat ini.

Hampir dua puluh minit mencari surau atau ruang solat yang terdekat, akhirnya Delysha ternampak RnR yang berhampiran. Dia tersenyum lega. Alhamdulilah, jumpa juga. Lenguh kakinya berjalan jauh. Bukannya dia tidak mahu naik grab atau teksi, tetapi entah kenapa dia merasakan tidak selesa. Tidak biasa dan rasa tidak selamat. Berjalan kaki lagi bagus. Nasib Kak Wardah menghantarnya ke bandar ini tadi. Tak perlulah dia menaiki teksi. Buang duit sahaja nanti.

Segera Delysha berjalan ke ruang solat wanita. Dia memandang sekeliling keadaan surau itu terlebih dahulu sebelum mula mengambil wuduk.

Selesai sahaja mengambil wuduk, kaki mengorak langkah ke ruang solat di dalam. Telekung yang tersangkut di hanger itu di ambil dan disarung.  Selepas solat, dia juga turut menitipkan doa agar dia mendapat kerja seperti yang dia mahukan.

Sesuai sahaja solat, Delysha kembali melipat telekung tadi di penyidai. Tudung bawalnya yang  sedikit senget itu dibetulkan. Awning tudung juga dikemaskan lagi. Dan segera beg tangan  dipegang dan kaki mengorak langkah ke tempat menjual makanan seketika. Terasa haus sekarang ini. Delysha hanya mahu membeli air miniral sahaja.

Dengan lenggang-kengkung Delysha berjalan. Sempat dia menyanyi kecil semasa hendak menuju ke sana. Dan secara tiba-tiba dia terlihat seorang wanita yang agak berusia sedang berlawan dengan seorang lelaki yang bermotor tinggi. Delysha terkedu. Tiga saat menghadam situasi itu, barulah Delysha tersedar kejadian apakah yang berlaku di hadapannya kini.

Kes ragut.

Persoalannya kenapa tiada seorang pun yang membantu wanita itu? Dengan langkah yang cepat, Delysha melangkah ke arah wanita yang agak berusia itu. Dia berlari dengan cemas. Risau jikalau wanita itu di apa-apakan pula.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now