part 41

3.2K 189 2
                                    

"Barang-barang dah check ke belum? Manalah tau ada yang tertinggal ke?" soal Faiq prihatin. Dari tadi lagi dia hanya memerhatikan gerak geri aku dan Zara yang sudah selamat sampai di lapangan terbang bersama mereka.

Aku senyum penuh makna. Idea jahat timbul pula time-time macam ni. Nak kenakan Faiq ketika ini. Apa lagi yang aku suka buat selain mengusik mamat itu.

"Ya Allah! Passport Lysha tinggal! Aduh, macam mana ni?" soal aku buat-buat cemas. Tanganku juga kalut mencari sesuatu di dalam beg, bagi menjayakan lagi rancangan aku.

Mereka yang melihat, apa lagi? Kelam-kabutlah jadinya.

Haha, aku suka. Lagi-lagi tengok wajah Faiq yang sudah berubah riak itu.

"Hah? Macam mana boleh tertinggal?" soal Tengku Dina yang juga turut cemas. Yelah, lagi dua puluh minit kapal terbang kami nak berlepas, boleh pula masa sekarang ni passport  tertinggal. Mana tak cemas semua orang.

"Entah la ummi. Dalam handbag ni takde pun!" Aku buat-buat macam nak menangis. Nak tambah perisa dalam rancangan jahat aku ni. Ehek kasihan ummi terjebak sekali. Bukan selalu aku dapat kenakan dua beranak itu.

Zara sedari tadi hanya pandang aku dengan pandangan meluat. Drama queen. Dah tahu agaknya yang aku ni berlakon saja.

"Aduh kau ni, menyusahkan orang betul lah. Habis tu sekarang ni siapa yang nak pergi ambil passport tu melainkan aku?"

Faiq dah panas hati. Dia bukan risau sebab aku lupa bawa passport, tapi dia malas sebab dah tentu-tentulah dia yang kena ambil passport aku itu di rumah dengan segera sekarang.

"Alaaa, awak ni. Itu pun nak bising. Dengan adik angkat sendiri pun nak berkira," bentak aku. Geram dengan sikap lelaki itu. Walaupun aku ini menipu saja, tapi Faiq tak kasihan ke dekat aku kalau kes macam ini benar-benar berlaku? Tak gentleman langsunglah! Abang jenis apa kalau macam ini!

"Habis tu macam mana sekarang ni Sha?" Tengku Dina menyoal dengan riak wajah risau. Aku sebenarnya jadi serba salahlah pula bila melihat riak wajah ummi. Dia benar-benar percaya penipuan aku ini.

"Nak buat macam mana lagi, Faiq kena tolonglah. Tengok ada masa sepuluh minit je lagi ni. Awak, tolonglah saya. Takde masa dah ni," desak aku sambil mata memandang Faiq dengan wajah mengharap.

Faiq merenungku tajam sebelum dia melepaskan keluhan. Okay, fine.

"Yelah... yelah, hish menyusahkan orang jelah kau ni!" Baru sahaja Faiq berura-ura ingin melangkah, Zara terlebih dahulu menyampuk.

"Oi, tak habis lagi ke kau berlakon ni? Masa dah suntuklah. Kesian dekat aunty Dina dengan abang Faiq tahu tak?" sampuk Zara meluat dengan sikap aku. Mataku automatik membulat. Dah kantoi menipu! Eee, minah ni. Sengaja nak rosakkan rancangan aku!

"Hish kau ni, kacau la. Baru je aku nak kenakan Faiq. Tengok dia dah tak jadi nak pergi. Masa dia dah dekat dalam kereta nanti barulah aku nak cerita perkara sebenarnya. Sabar jelah dengan kau ni. Cemburu la tu sebab aku pandai berlakon!" bentak aku kepada Zara. Siap pakej jelingan maut lagi. Geram yang dirasakan.

"Banyaklah kau punya berlakon!"

Aku gigit bibir. Orang nak jadi jahat sikit pun tak boleh.

Faiq dan ummi pandang aku semacam. Tajam. Gerun. Uuuu, takut kita.

"Kau tipu kami kan?" soal Faiq hampir sahaja meletup. Aku sengih dan tayang simbol peace pada mereka berdua. 

"Kau ni kan memang cari nahas." Kepalaku yang berlapik tudung, diluku perlahan oleh Faiq yang sudah memandang aku garang. Aku mengosok kepala perlahan selepas kepalanya diluku dan bibir tersengih seperti kerang busuk padanya.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now