part 24

3.1K 201 2
                                    

Sebulan kemudian.

"Raisya, kenapa asyik merengek je ni? Tak kasihan ke dekat Kak Sha?" Delysha membuat mimik sedih. Penat melayan perangai Raisya yang semakin hari semakin nakal.

"Kak Sha, angan lah nangis. Isya cayang Kak Sha. Corry okay? Isya tak nakal dah. Janji!" Budak bernama Raisya itu sehabis baik cuba memujuk Delysha.

Dicium sekilas pipi kanan gadis itu. Seketika, Delysha tersenyum gembira. Senang dengan tingkah laku Raisya.

"Okay, Kak Sha tak nangis. Kak Sha pun sayang princess kak Sha ni. Pandai eh pujuk Kak Sha? Nak kena cium ni," usik Delysha.

Terus digomol-gomol dan dicium bertalu-talu seluruh muka Raisya sehinggakan budak itu menggeliat kegelian.

"Kak Sha! Tak naklah! Geli!"  jeritan Raisya itu tidak dipedulikan. Delysha mencium seluruh wajah putih Raisya. Geram sungguh dia.

"Ya Allah, kenapa ni Lysha?"

Perbuatan Delysha terhenti, dia tersenyum manis ke arah kak Wardah.

"Saja kak nak mengusik si kenit ni. Nakal bukan main dia sekarang! Geram sangat dengan pipi dia yang montel ni, " terang Delysha.  Raisya di dukung dan diletak di atas pahanya. Budak itu hanya menurut dengan mimik wajah  cemberut. Merajuk la tu kiranya.

"Laa, Isya memang nakal sejak dua menjak ni. Ikut perangai siapa lah kan? Hah, tengok tu. Dah merajuk dah dia."

Kak Wardah menggeleng kepalanya. Penat melayan kerenah anak perempuannya itu.

"Alolo, sayang kak Sha ni merajuk ya? Nak kak Sha pujuk lah ni?  Okay lah. Sorry, kak Sha minta maaf. Tak comel la adik kak Sha ni merajuk. Buruk aje muka tu," pujuk Delysha lalu pipi anak kecil itu ditarik-tarik geram.

Eee, siapa suruh tembam sangat?

"Betul ke dah tak omey? Kalau macam tu Isya tak nak merajuk lah. Nanti tak omey dah." Delysha dan Kak Wardah menggeleng saja kepalanya.  Macam-macam lah perangai si kenit ni.

Gigit kang baru tau!

"Dahlah tu Isya. Pergi naik atas tukar baju. Dari tadi tak tukar lagi baju taska tu." Raisya mengangguk. Dia terus melangkah ke tingkat atas.

Raisya sudah berumur 5 tahun. Sudah pandai pakai dan tukar baju sendiri. Tak perlu lagi kak Wardah tolong.

"Lysha, kalau akak tanya ni jangan marah tau," ujar Kak Wardah.

Dahi Delysha berkerut.

"Tanya sahajalah kak. Apa dia tu?"

"Lysha tak pernah terfikir ke nak cari kerja lain? Akak bukan apa, Lysha tak sesuai kerja dekat cafe dengan kak Wardah. Sebab Lysha bijak, pandai. SPM staright A kan? Tak nak cari kerja yang lebih bagus dari cafe akak ke?"

Delysha terdiam. Memandang wajah wanita itu dengan senyuman.

Cafe? Ya, memang dia bekerja di cafe kak Wardah. Dah tiga minggu lebih.

Kak Wardah lah banyak membantunya dalam bab kerja, dan tempat tinggal dia selama ini. Delysha teramatlah bersyukur kerana dapat mengenali seorang hamba Allah sebaik kak Wardah ketika dia dalam kesusahan. Kak Wardah juga seorang ibu tunggal. Suaminya telah meninggal dunia dua tahun yang lepas dan Kak Wardah mempunyai seorang anak bernama Raisya. Budak comel tadi.

"Lysha okay aje kerja dengan akak. Lagi senang.  Tak naklah kerja tempat lain. Nanti rindu dengan Isya macam mana?"

Kak Wardah tersenyum. Itu pula yang di risaukannya.

"Lysha, dengar cakap akak ya? Cari kerja lain yang lebih sesuai dengan kelulusan Lysha. Pasal Isya jangan risau, Lysha boleh stay rumah akak sampai bila-bila. Isya pun dah sayang sangat dengan kak Sha dia ni. Susah kalau Lysha tak ada. Mulalah merengek budak tu nanti. Boleh kan Lysha?" pinta kak Wardah penuh berharap.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now