part 28

3K 190 5
                                    

"Tengku Faiq Idlan, what are you trying to do?!"

Aku terkesima mendengarnya. Tengku? Mamat ini ada gelaran tengku?

Mampus aku!

Manakala Faiq tergamam. Tersengih-sengih dia memandang wajah umminya dengan riak yang bersalah. Tangannya ditarik semula dengan getaran. Dia juga tidak menyangka bahawa dia akan naik tangan dengan perempuan hari ini. Semuanya berlaku diluar kawalan. Mulut lancang gadis itu membuatkan dia hampir tidak sedar dengan perbuatannya sendiri.

Err,  ummi buat apa dekat sini?" soalnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Wajah Faiq nampak sangat blur. Habislah ummi dia nampak apa yang dia buat tadi.

"Aik, anak ummi ni dah nyanyuk ke? Sampai lupa yang kita datang sekali ke sini?" Sinis Tengku Dina memandang anaknya.

Jawapan tersebut mengundang tawa kecil dari mulutku.

Faiq pula termalu sendiri. Apa punya soalanlah yang dia tanya itu? Nervous punya pasal.

"Eh tak, maksud Faiq ummi dah habis beli barang dah ke?"

Mencebik bibirku. Eleh, nak cover malu lah tu. Tadi punyalah baran, rupanya takut mak. Ceit menyedihkan.

"Not yet. Tapi rasa-rasanya ada something happened right dekat sini? So what's going on?" soal Tengku Dina tenang. Dia masih mengawal riak wajahnya memandang anak sulungnya yang sudah kelat wajah.

Faiq terdiam.

"Err, nothing ummi. Tak ada apa yang penting pun. Kenapa ya?"

"Are you kidding me, Tengku Faiq Idlan? Faiq fikir ummi tak nampak apa yang Faiq cuba nak buat tadi?" Mencerlung mata wanita itu merenung anak lelaki sulungnya. Fikir dia tak nampak ke anak lelakinya itu cuba untuk mengangkat tangan pada seorang perempuan?

"Ya Allah ummi, apa yang Faiq buat? Hish, entah apalah yang ummi merepek ni." Faiq ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Ummi nampak ke apa yang jadi tadi?

"Like seriously, Faiq? Ummi belum buta lagi sampai tak nampak apa yang Faiq cuba nak buat tadi. Apa yang Faiq cuba nak buat hah tadi? Ada ummi ajar berlaku kurang ajar pada perempuan ke? And who's she?" Kedua-dua matanya tak berkedip memandangku. Aku agak cuak.

Err, apa yang patut aku buat sekarang ini?

Faiq menundukkan kepala. Tahu silapnya di mana. Memang patut pun ummi marah. Dia pun tidak sangka yang dia akan semarah itu tadi sehingga sanggup naik tangan pada gadis asing yang dia tidak kenal. Nasib baik umminya datang cepat, kalau tidak memang dia akan serba salah teruk walaupun gadis itu yang membuatnya naik angin.

"Sorry ummi. Faiq tak sengaja. Perempuan ni... dia..."

Faiq merenungku. Dan aku sejak tadi lagi asyik  menundukkan kepala sahaja. Malu dan takut sebenarnya. Tengku kot! Buatnya dia bawa aku masuk penjara betul-betul sebab kutuk cucu raja ini macam mana? Mampuslah!

"Dia... dia ugh perempuan ni kurang ajar ummi. Dia yang buat Faiq naik angin." Jawapan Faiq membuatkan mataku membulat dek terkejut.

What the fish? Dia cakap aku apa? Kurang ajar? Wah, dia yang mulakan dulu dan sekarang dia nak salahkan aku pula? Aku hanya ingin membantunya sahaja. Dia yang salah faham dengan niat baik aku.

"Jaga mulut awak tu boleh tak?"

"Apa? Betul lah apa yang aku cakap!"

Malas betul nak bertekak dengan dia. Lebih baik aku diam. Terus aku menjelingnya dengan perasaan meluat.

Tolong Jagakan DiaWhere stories live. Discover now