Dangerous Love | 21 ♡

8.7K 200 4
                                    

                  MARQUEZ melangkah masuk ke dalam bangunan Ebony maple Resort dengan penuh gayanya sehingga pekerja-pekerja di dalam bangunan tersebut mengalihkan pandangan ke arahnya

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


                  MARQUEZ melangkah masuk ke dalam bangunan Ebony maple Resort dengan penuh gayanya sehingga pekerja-pekerja di dalam bangunan tersebut mengalihkan pandangan ke arahnya. Kaca mata hitam ditanggalkan membuatkan beberapa pekerja wanita sudah mula berbisik-bisik kerana kagum dengan wajah kacak milik Marquez itu.

Ailee yang baru sahaja selesai menghantar cawan yang telah digunakan di pantry ingin keluar namun tanpa sengaja dia terlanggar seseorang menyebabkan badannya hampir sahaja kehilangan keseimbangan. Nasib baik sahaja dia sempat disambut dari terlanding di atas lantai marmar.

Mata Marquez ditatapnya lama. Terpukau buat sementara namun Ailee cepat sahaja berdiri seperti biasa dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Marquez pula hanya tersenyum nipis.

"Maafkan saya encik," ujar Ailee lalu menundukkan kepalanya ke bawah sebagai tanda hormat. Marquez yang segak dengan pakaian pilotnya dipandang lagi namun kali ini lama sedikit.

"Tak apa. Lain kali jalan dengan betul supaya kau tak langgar sesiapa lagi. Aku tengok kau ni tak guna cermin mata juga tapi kenapa masih boleh langgar orang lain," balas Marquez. Ada sedikit nada geram pada kata-katanya itu.

Ailee menunduk sekali lagi. Ingatkan dia maafkan tadi rupanya nak bagi sindiran ke tu?

"Kalau encik tak maafkan. It's okey cause it's up to you. Saya tak kisah pun," kali ini Ailee pula membalas dengan nada kegeraman.

"Don't call me 'encik' it's makes me feel like I'm old man. Panggil Marquez je. Cukup. Kau ni personal assistant Mr.Isaac right?I don't have a time to argue with you so can you tell me where your boss right now?" kata Marquez.  Dia bukannya suka nak buang masa dan suka bergaduh dengan perempuan. Bukannya seperti dalam drama sikit je terlanggar mesti dah gaduh besar. Bosanlah!aku pun tak hamak nak berlakon macam ni apalagi di dalam dunia nyata.

"Kau dah buat temu janji untuk jumpa tuan Isaac ke?if you still doesn't have that things so you just need to back home right now," ujar Ailee.

Meletus tawa Marquez ketika itu. "I'm his bestfriend and why should I have to make an appointment to meet him. Oh come on!jangan buang masa aku boleh tak?I still have a flight after this and I have a important thing to tell him," kata Marquez sambil menjeling sekilas ke arah gadis di hadapannya.

"Bestfriend ke musuh?saya tak tahu pun yang selama ini tuan Isaac ada kawan baik entah-entah kau ni tetamu yang tak diundang dahlah muka macam penyamun. Suka suki je masuk dalam bangunan ni entahlah macam mana kau deal dengan security dekat luar sana tu," kata Ailee seraya memeluk tubuh.

Marquez sudah gigit bibir bawah. Makin geram pula dia dengan sikap personal assistant kawan baiknya itu. Macam nak cari gaduh dengan aku pula dia ni. Macam mana eh Isaac beri dia latihan sebelum sah bergelar personal assistant?

"Aku tak faham dengan kau ni. Sengaja nak cari gaduh dengan aku ke?kau fikir ni drama ke oi yang asyik nak gaduh je. Sayang sangat kau ni, dah dapat gelaran personal assistant tapi tak pandai nak hormat orang luar. Kau tengok muka aku ni serupa macam penyamun ke?dahlah aku ni dikatakan full package," sempat lagi Marquez meninggi diri. Pantang betul dia kalau ada gadis cantik yang mengatakan wajahnya macam penyamun. Punya berjam dia mengemaskan diri sewaktu di rumah tadi tetiba pula ada makhluk asing kata dia macam penyamun.

Dangerous Love [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora