Dangerous Love | 24 ♡

8.2K 195 1
                                    

 

               ISAAC meraup wajahnya berkali- kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


               ISAAC meraup wajahnya berkali- kali. Apa yang salah dengan dirinya? Mandi pun rasa macam tak basah. Makan pun rasa macam tak kenyang apatah lagi ingin tidur.
Sudah dia mencuba untuk tidur namun matanya ini seakan akan tidak mahu bekerjasama. Rasanya malam ini dia mahu jadi burung hantu. Yang tidak tidur semalaman.

"Saya hanya pelayan tuan sahaja. Tidak penting pun untuk tuan mengetahui apa-apa tentang saya. Cukuplah tuan tahu yang hidup saya menderita,"

Kata-kata Adriella itu sering kali bermain di dalam fikirannya. Apakah hidup gadis itu lebih menyedihkan berbanding hidup yang dia lalui?

Apakah layanan dia sebelum ini yang membuatkan gadis itu menderita? Terlalu durjanakah lelaki seperti dia yang sebenarnya tidak berhak untuk menghancurkan gadis sebaik Adriella. Namun kenapa dia tidak sedar selama ini? Mengapa dia tidak pernah memikirkan sebaik-baiknya?

Telefon dibuka dan nombor Marquez didail.
Beberapa saat kemudian panggilan disambungkan.

"Luah je bro. Aku tahu kalau kau call larut malam macam ni kau ada masalah." Ujar Marquez di corong telefon. Best buddy memanglah akan tahu keadaan kawan sesama sendiri.

"Apa kelemahan yang ada pada diri aku sebab aku sendiri tak faham dengan diri aku. Kau tak rasa aku ni macam lelaki yang kurang kasih sayang ke?" Tanya Isaac tiba-tiba.

"Bro apa pula cakap macam tu. Aku sayang kau sebagai seorang sahabat baik. Kau tak pernah pun kurang kasih sayang. Ailee pun sayang kau. Semua pekerja take care pada kau. See? Apa yang kurangnya?" Kata Marquez cuba untuk menenangkan Isaac tika itu.

"Kau akan rasa puas tak kalau kau dah hancurkan kehidupan orang yang tidak bersalah?" Tanya Isaac lagi.

"Aku tak pernah cari pasal lagi dengan orang yang tak bersalah. Tapi kalau aku ter...terbuat aku akan menyesal seumur hidup aku. Aku tahu aku tak sempurna tapi aku...aku cuba untuk tidak buat sesuatu yang lagi teruk." Balas Marquez lagi dan berharap agar kata-katanya ini sedikit dapat menenangkan kawannya.

"Aku dah tahu perkara yang aku lakukan ni kotor tapi kenapa aku masih nak buat?"

Marquez mengerutkan dahinya seketika. Apa sebenarnya maksud kawan dia ini?

"Tak apalah. Itu saja yang aku nak tahu. Thanks bro aku off dulu," Kata Isaac sebelum dia menutup panggilan. Mungkin buat masa ini dia tidak perlu membuatkan orang lain cuba memahami dirinya namun apa yang penting dia perlu memahami dirinya terlebih dahulu.

Isaac meletakkan telefonnya di atas meja lalu melangkah keluar dari bilik. Dia menuju ke arah bilik Adriella yang hanya satu baris dengan biliknya. Pintu bilik gadis itu berkunci namun dia menggunakan kunci pendua untuk membukanya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now