Dangerous Love | 49 ♡

5.5K 139 1
                                    

             "MISS Adriella okey tak ni?dari tadi saya nampak cik macam tak berapa sihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


             "MISS Adriella okey tak ni?dari tadi saya nampak cik macam tak berapa sihat. Sekejap ye saya nak pergi ambil ubat dulu," ujar pembantu bahagian pemasaran di syarikat keluarga Adriella apabila sahaja dia tersedar yang gadis itu seakan-akan tidak sihat.

Adriella menggelengkan kepalanya laju. "It's okey Maria. Im just feeling too tired this day. I will take a rest after this and just bring me  medicine and a cup of water. Thank you ya," ujar Adriella dengan senyuman nipis di bibirnya.

Bukan sahaja kerana dia letih terhadap kerja yang harus dia selesaikan ditambahkan pula dengan Isaac sekarang yang masih dirawat di hospital malah dia juga sering kali rasa lemah badan kerana ini merupakan kehamilannya yang pertama kali jadi sudah tentu dia belum terbiasa berdepan semuanya. Lagipula umur dia yang masih muda ini membuatkan dirinya lemah untuk menghadapi simptom awal kehamilan ini.

Maria mengangguk laju. "Baik cik, nanti saya letakkan di atas meja cik ni ya," kata Maria penuh bimbang mengenai keadaan Adriella ketika itu. Dia pun segera keluar dari pejabat dan berlalu menuju ke pantri.

Kepala yang berdenyut diurutnya perlahan-lahan. Jujur dia katakan yang dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Pada awalnya dia memang merencanakan untuk tidak mahu melahirkan anak ini kerana dia tahu yang dia seorang sahaja yang pasti akan merasa terbeban dengan semuanya. Namun, selepas Isaac membuat rancangan yang dia mahu mengahwininya dan bertanggungjawab atas semuanya, Adriella mungkin merasa beban yang dia pikul terasa kurang sedikit.

Tidak berapa lama kemudian, ketukan dari pintu bilik pejabatnya membuatkan lamunannya terganggu. Dato Croft segera memulas tombol pintu lalu dikuaknya apabila kedengaran sahutan Adriella dari dalam.

"Adriella...kamu sihat tak?dengar dari Maria tadi kamu tak sihat katanya. Kalau begitu kamu ambil cuti hari ini sahaja. Jangan terlalu push dengan kerja-kerja hari ini. Kalau boleh ayah hantar kamu pergi hospital sekarang," ujar dato Croft penuh kerisauan di wajahnya.

Gadis itu segera mengangguk perlahan. "Tak apa ayah. Nanti Adriella rehat di rumah. Tapi sebelum tu, Adriella nak pergi di Ebony maple Resort dahulu," pinta Adriella. Bukan ada urusannya di sana namun dia hanya ingin memerhatikan Daisy, iaitu pekerja baru yang dikatakan oleh Isaac tadi pagi.

"Kalau begitu ayah tak akan halang. Sebelum tu ayah nak tanya, dah berapa lama Adriella dan Isaac bersama?ayah hanya ingin tahu," ujar dato Croft. Sebentar tadi dia ada melawat Isaac di hospital namun terlupa pula memberitahu Isaac mengenai ini.

Adriella terdiam sejenak ingin mencari jawapan yang paling tepat untuk dia berikan kepada ayahnya. Kenapa harus soalan ini yang keluar di saat-saat begini?

"Semasa Adriella tak ada di rumah tu, sebenarnya Adriella diculik. Adriella sendiri tak tahu apa motif rakan sekerja ayah hari itu culik Adriella. Mungkin Adriella terlihat naif dan lemah itu sebabnya Adriella diperlakukan begitu..." ayat Adriella terhenti. Air matanya mula mengalir perlahan. Sungguh dia tidak kuat memikirkan kembali perkara itu. Namun, dia tidak mahu membohongi ayahnya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now