Dangerous Love | 67 ♡

4K 93 2
                                    

                       "NAMPAKNYA MACAM dah nak dekat pukul 10 ni. Tapi masalahnya mama suruh tunggu kat kafe ni. Kata dia ada masalah nak kena selesaikan kejap."

Dalam perjalanan, Lara sempat memberikan alasan. Ala nanti kantoilah pula. Mestilah kena pandai berlakon.

"Tak apalah kalau begitu. Kita stay kat sini sahaja. Sejuk nanti kata dalam kereta kalau tak pasang aircond nanti panaslah pula." ujar Adriella. Lara hembus nafas lega dalam diam.

Masuk sahaja dalam kafe mereka terus mencari tempat duduk yang aman sedikit.
Adriella memesan hot mocha manakala Lara pula cappuccino. Memandangkan perut tak lapar jadi mereka berdua hanya memesan dessert saja.

Adritresya pula duduk di dalam stroller dengan patungnya. Itulah tak bosan.

"Kau tak mengantuk juga kan?" tanya Lara. Risau pula kalau kakak tirinya itu mengantuk nanti.

"Sekarang ni memang taklah tapi tak tahu pula kalau dah lewat malam nanti." balas Adriella. Sampai sahaja pesanan mereka berdua, makanan pun terus dimakan. Minuman pula terus diminum.

"Aku rasa malam ni kau kena pakai makeup cantik-cantik. Dah lama kan kau tak keluar, tengok dunia luar begitu." ujar Lara lagi. Sesekali dia menaip sesuatu di telefonnya dan menghantar mesej itu kepada seseorang.

Adriella pun apa lagi memang pelik sudah difikirnya. Jam 10 lebih begini nak bermakeup cantik-cantik nak pergi mana pula tu. Kan dinner time saja bukannya nak pergi attend majlis besar-besaran.

"Aku rasa tak perlulah lagipun ni dah on the way nak pergi tengah malam. Aku nak pakai makeup siapa lagi yang nak tengok. Orang semua pun dah nak tidur." ujar Adriella.

Lara buat muncung begitu. "Ala, aku nak cuba solekan sister ni. Ala pleaslah, please. Walaupun orang lain tak dapat tengok yang penting orang tersayang dapat tengok." Lara mengenyitkan matanya.

Alamak, hampir lagi aku nak terbagi hint dekat dia. Nasib baik tak terlepas sangat.

Adriella memikirkan Isaac  kali ini senyuman di bibirnya hilang. Kalaulah suami aku dah sembuh dia mesti dah ada dekat samping aku.

Aku rindu dia. Rindu tawanya, manjanya, senyuman itu, sikap romantiknya, sentuhan dan pelukannya. Aku rindu semua yang ada dalam diri dia. Kalau suami aku ada di depan sekarang, pasti aku dah melompat naik di atas badannya dan peluk dia erat-erat.

Lepas kejadian yang menimpahnya, aku sedar betapa pentingnya setiap saat kebersamaan dengan orang tersayang. Nilainya lebih tinggi berbanding sekarung emas.

"Okeylah, aku pun dah lama tak bersolek yang macam ala-ala princess gitu." akhirnya Adriella mengalah. Lara tersenyum gembira.

"Alright. Jom pergi dekat studio aku. Berdekatan dengan tempat shooting aku tu."
selesai sahaja makan dan berehat selama 15 minit mereka pun terus bergerak.

Lara menolak stroller manakala Adriella pula membawa beg milik Adritresya yang semua di dalamnya berisi botol susu, pampers, tuala, minyak angin dan seangkatan dengannya.

Nasib saja Lara ada untuk membantu dia menguruskan dan menjaga Adritresya. Kalau tak memang penat jawabnya.

Akibat terlalu excited disolek oleh Lara buat pertama kalinya, Adriella pun sampai lupa nak bagitahu mengenai dinner di hotel itu.
Dan berikan tepukan kepada Lara kerana berjaya menarik perhatian Adriella.

"That's it. Aku akan buat yang cantik sesuai dengan permintaan puteri." kata Lara penuh semangat.

Masa semakin berjalan dengan pantas dan sedar tak sedar jam menunjukkan ke angka 11:30 malam. Alahai cepatnya masa berlalu.

Dangerous Love [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα