Dangerous Love | 60 ♡

5K 108 0
                                    

                          MATA MEREKA bertatapan buat seketika dan keadaan sekeliling menjadi sunyi sepi bagaikan tiada bunyi yang mahu menganggu mereka. Tekak Isaac dirasakan tidak mahu bekerjasama pada ketika itu. Dia seakan-akan tidak boleh bersuara dan mahu segera menukarkan topik.

Puan Anne yang mendengar perbualan mereka segera menganggu. Dia sengaja berbuat sedemikian kerana tidak mahu ada pihak yang tersakiti ataupun ada sesuatu yang berlaku. Dia perlu membantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin agar rumah tangga antara Isaac dan Adriella yang baru dibina 3 bulan itu terselamat.

"Adriella, tadi ada miss call. Telefon kamu berbunyi dua kali." ujar puan Anne seraya memberikan telefon itu kepada tuan punya badan. Adriella mengangguk perlahan lalu melihat siapakah gerangan yang memanggil itu.

Lara?

"Kejap Adriella nak pergi call dekat luar," ujar gadis itu seraya menuju ke luar namun ditemani pembantu puan Anne kerana takut kalau perkara buruk berulang kembali.

Isaac dan puan Anne memandang sesama sendiri. Lega sedikit di dalam hati lelaki itu apabila puan Anne menganggu perbualan mereka seketika.

"Thank you auntie." ujar Isaac.

"Tak apa. Tapi Isaac kamu kena jujur dengan Adriella mengenai kisah lampau kamu. Adriella bukan lagi orang luar tapi dia adalah sebahagian dalam hidup kamu. Dia berhak untuk mendapatkan jawapan dan jangan biarkan dia tertanya-tanya. Kamu faham kan?'' kata puan Anne penuh serius di wajahnya.

Isaac menunduk dan tidak bersuara untuk beberapa saat. Sudah hampir 2 tahun dia cuba untuk melupakan kisah lalunya namun nampaknya cerita itu masih dibuka.

"Saya faham auntie dan saya akan cuba berterus terang."

Di luar, Lara dan Adriella sibuk berbual melalui panggilan telefon. Sebenarnya tadi tu puan Anne yang menyuruh Lara untuk menelefon Adriella, dan mereka bersepakat untuk tidak membiarkan ada kesalahfahaman kerana mereka cuba untuk mempertahankan rumah tangga Isaac dan Adriella.

"Yelah betullah kan kalau orang yang lapar sangat ni macam satu kedai tu pun diorang nak telan." kata Lara diikutinya dengan tawanya.

"Sister kau tu jangan kuat makan sangat. Tak takut jadi doraemon ke?'' usik Adriella di sana.

"Ala. Nak jadi doraemon apanya kalau berat badan sudah bertambah 2 kg. Nanti bulan depan tambah lagi 3 kg diikuti bulan seterusnya dan begitulah kejadiannya."

"Sampai dah ke 50 kg tu?" tanya Adriella. Hilai tawa terus pecah dan apalagi Lara pun ikut sama.

"Belum sampai kot."

Adriella menggelengkan kepalanya. Tengok tu kita fikir mati-matian yang berat badan dia kononlah sudan bertambah ke 50 kg tapi nampaknya sampai 49 kg pun mungkin tak sampai lagi. Lara, Lara.

"Nak sambung buat kerja dah ni. Be careful there okey?apa-apa call aku. Have a nice day sister. Muah!"

"Baik jangan risau. Kau pun sama. Bye,"

Isaac menunggu isterinya di muka pintu. Kedua dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan sudah tentu dia nervous tahap gaban tika ini.

Saat isterinya berpaling ke arahnya lantas senyuman diberikan dan Adriella menjongketkan keningnya.

"What is that look hubby?" tanya Adriella lantas dagu Isaac dicuit.

Isaac menarik perlahan tangan Adriella lalu dipegangnya erat dan dibawa ke bibir lalu dicium.

"I'm sorry my dear. It's hurt you right?" kali ini Isaac pula yang menanyakan soalan.

Adriella mengerutkan dahinya. Alahai aku sebenarnya nak lupakan kejadian tadi tapi suami aku ni pula yang seakan-akan pergi mengingatkan aku tentang hal itu.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now