Dangerous Love | 61 ♡

4.3K 116 1
                                    

                      DATO CROFT sudah bersedia dengan bukti yang telah dia kumpulkan selama beberapa bulan ini dan paling mengejutkan baru-baru ini, Allen ada melakukan satu hal kejam lagi iaitu membunuh seorang gadis.

Rakaman video, gambar-gambar pembunuhan, dokumen palsu dan sebagainya ada di tangannya sekarang. Semua itu juga melibatkan Allen sendiri yang tidak begitu pandai dalam melakukan tipu muslihat.

Selama ini dato Croft kelihatan berdiam namun dia sibuk menyelesaikan satu tugas iaitu mencari bahan bukti supaya Allen bisa dimasukkan ke dalam penjara.

Kau kejam seperti yang aku tak sangkakan Allen. Kau biadap!penipu!pencuri!perosak dan pembunuh!

Dato Croft menggeleng-gelengkan kepalanya. Hal dulu pun berkaitan dengan Allen yang mana lelaki itulah yang pergi menculik anaknya semasa dia mengadakan majlis di rumahnya. Jika Allen tidak berbuat sedemikian mana mungkin sesuatu perkara buruk akan terjadi pada anaknya.

Tinggal beberapa hari lagi dato Croft akan membawa kes ini ke mahkamah dan mendengar suara ramai apa hukuman yang bakal lelaki muda itu terima atas kesalahannya.

Pada masa itu juga sudah tidak ada excuse diberikan kepada Allen. Pandai but pandailah tanggung.

Datin Carmella bersetuju dengan tindakan suaminya itu. Dia juga sibuk membantu dato Croft mengumpulkan bahan bukti kerana dia juga tahu yang Allen tidaklah sebaik yang disangka.

Dia tahu yang Lara, anaknya diugut oleh lelaki itu dan dia tidak mahu perkara yang lebih teruk berlaku. Salahnya juga kerana mengarah dan menyuruh anaknya pergi menggoda lelaki kaya raya yang belum tentu baik.

Kadang datin Carmella terfikir yang layakkah dia menjadi ibu?dia sudah membuatkan Adriella dan anak sendirinya berasa hampa dan kecewa dengan tindakannya. Adakah dia begitu teruk melayan mereka selama ini?

"Saya rasa awak kena tamatkan perkara ini secepat mungkin kerana ia boleh mendatangkan perkara yang lebih buruk. Ini untuk keselamatan anak kita juga." ujar datin Carmella.

Dato Croft mengusap bahu isterinya perlahan. Thanks to God, kerana dalam beberapa bulan ini dia sudah melihat perubahan pada datin Carmella. Isterinya itu tidak lagi bersifat seperti dulu yang selalu membuatnya pusing.

"Dan untuk keselamatan keluarga kita. Terima kasih sayang sebab sudah bantu saya laksanakan kerja ini. Berehatlah secukupnya kerana saya lihat awak penat." dahi datin Carmella terus dikucupnya lembut.

Wanita itu tersenyum. Membantu suaminya itu membuatkan dia dapat menebus segala salah silapnya dulu. Dia mahu menjadi isteri yang baik untuk anak-anaknya dan mahu melindungi Adriella dan Lara selagi dia masih bernyawa.

Kerana ada satu malam itu, dia bertemu dengan ibu Adriella di dalam mimpi. Apa yang dikatakan oleh ibu Adriella di dalam mimpinya itu begitu membuatkan dia tersedar akan sesuatu perkara. Sepertinya itu mujizat dari Tuhan agar dia dapat mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

"Saya bantu semampu yang saya boleh. Terima kasih juga kerana sudah memaafkan saya dengan apa yang saya buat selama ini. Saya tahu saya isteri yang-" ayat datin Carmella terhenti sebaik saja dato Croft memintas.

Kedua-dua bahu datin Carmella dipegang kemas oleh dato Croft. Lalu dia membawa isterinya itu ke dalam pelukannya yang erat.

"Sayang please. Don't talk about it again. Sekarang ini kita sudah berjanji untuk melalui susah senang bersama dan berjanji untuk bersama selama-lamanya. Apa yang sudah berlaku kita jadikan ikhtibar dalam diri untuk berubah menjadi yang lebih baik." ujar dato Croft.

Datin Carmella lantas mengangguk faham seraya meleraikan pelukan.

"Saya janji akan jadi ibu yang terbaik untuk Lara dan Adriella." katanya penuh keikhlasan di mata.




Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now