Dangerous Love | 35 ♡

7.8K 164 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  

          SUDAH beberapa hari berlalu dari kejadian di ballroom di mana dia terjumpa Isaac kini Adriella mendapat berita paling buruk di mana ayahnya mahu dia untuk bekerja di syarikatnya dan bekerjasama dengan Isaac untuk mengembangkan syarikat.

Mereka membincangkan hal ini di hadapan
datin Carmella membuatkan Adriella tidak boleh menampakkan dirinya yang seolah-olah ingin menolak. Jika dia buat demikian pasti ibu dirinya itu akan mengorek rahsianya. Sudahlah Lara tu memang tak suka kerja bahagian syarikat memang dia lah yang dato Croft harapkan sekarang.

"Tapi kenapa begitu cepat ayah nak Adriella ambil tempat ayah?" ujar Adriella perlahan.
Mana taknya dia tak tenang kalau hari-hari nak tatap wajah lelaki yang dia benci. Kalau boleh dia sanggup sahaja jadi pekerja di tempat lain daripada jumpa lelaki itu setiap hari.

"Awak boleh tinggalkan kami sekejap. Ada hal penting yang saya nak bincangkan dengan Adriella," kata dato Croft kepada datin Carmella. Dia dapat mengagak yang anaknya itu seperti tidak selesa jika berbincang akan hal ini di hadapan datin Carmella.

"Kalau tak suka saya dengar cakap je lah," balas datin Carmella. Tapi kata-kata dia itu lebih ditujukan ke arah Adriella. Dia pun meninggalkan meja dan pergi membuat kerja sendiri. Adriella hanya buat-buat tidak tahu. Siap dia jeling sekilas ke arah datin Carmella.

"Ayah sebenarnya nak Adriella jadi waris Syarikat ni. Lagipun Adriella cuma satu-satunya anak ayah. Jika syarikat ini diberikan kepada orang yang tidak punya talian darah maka itu akan jadi risiko. Dan ayah tidak akan menyembunyikan perkara ini lagi. Jika Adriella buat kerja dengan baik dengan Isaac dalam beberapa minggu ini ayah akan kahwinkan kamu. Ini bukan soal syarikat sahaja namun tentang diri kamu," kata dato Croft penuh serius.

Jatuh rahang gadis itu mendengarnya. Terkejut dan terkesima. Adriella takut jika hal itu sudah ayah dia ketahui. Tidakkah itu akan memalukan keluarga mereka. Tapi bagaimana ayah dia tahu?ayah dengar perbualan aku dengan Isaac beberapa hari lalu ke?

"Ay...ayah dah...dah tahu," tersekat-sekat Adriella berkata.

"Tahu apa?ayah cuma risaukan tentang diri kamu Adriella. Kamu dah meningkat usia dan ayah nak kamu dijaga oleh seseorang yang ayah percayakan mampu untuk menjaga kamu. Ayah tahu selama ini ayah tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Tapi ayah sentiasa risaukan kamu. Maafkan ayah kalau selama ini ayah abaikan kamu. Ini bermaksud ayah telah abaikan kata-kata ibu kamu. Tapi ayah bangga, bangga memiliki anak seperti kamu. I'm so proud to have you in my life my daughter. Ayah tahu kamu tabah dan kuat menjalani ujian dari Tuhan dan ayah harap apa sahaja masalah yang datang selepas ini ayah akan sedia bantu. Ayah tak akan salahkan kamu tapi semua ini kesalahan datang dari ayah sendiri," tangan anaknya itu digenggam erat.

Dato Croft tahu perkara itu namun dia tidak mahu mengatakan secara jelas kerana dia tanpa sengaja melihat Lara yang tadi cuba untuk mencuri-curi dengar perbualan mereka. Sebenarnya malam itu dia dengar semua perbualan Adriella di telefon. Dia bukan berniat lain namun dia risaukan tentang anaknya itu. Dato Croft harus menjalankan dua tugas sekarang. Sebagai ayah kepada Adriella dan sebagai ibu kepada Adriella. Walau apapun yang terjadi pada anaknya dia tidak akan sama sekali mempersalahkan anaknya itu. Dia tidak marah namun dia akan memarahi dirinya sendiri.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now