Dangerous Love | 40 ♡

7.3K 164 1
                                    

                   "ADA apa-apa lagi yang kau nak tahu mengenai syarikat ini?aku tak keberatan untuk beritahu," kata Isaac

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                   "ADA apa-apa lagi yang kau nak tahu mengenai syarikat ini?aku tak keberatan untuk beritahu," kata Isaac. Gadis di hadapannya dipandang dengan perasaan yang bercampur aduk.

Adriella menggelengkan kepalanya seraya tersenyum. Dari bawah meja dia mengambil semula cip perakam suara itu dan memasukkan ke dalam evening bag yang dibawanya bersama. Gadis itu mencicip lagi hot chocolate yang dipesan tadi dan langsung tidak mengusik dessert yang dipesan oleh Isaac untuk mereka. Sudah tentu dia craving tapi ditahannya sahaja.

Amy memberikan isyarat kepada Diana untuk pergi dari bar itu. Memandangkan mereka sudah dapat dan mencuri-curi dengar semuanya tadi jadi mereka perlu kembali ke rumah Allen sekarang.

Isaac menunduk memandang ke bawah untuk seketika. Haruskah dia memberitahu
Adriella lagi pasal kejadian di waktu malam yang terjadi di rumahnya. Dia cuma tidak mahu terus menerus memikirkan hal itu kerana dia tidak mahu terlihat bersalah di mata Adriella.

"Adriella..." panggil Isaac dengan suaranya yang serak basah. Penuh lembut dan perlahan sehinggakan Adriella tidak mahu menoleh ke arah wajah lelaki itu.

"Pasal kejadian malam tu, sumpah aku tak ada niat pun untuk perangkap kau. Waktu aku pulang dari ballroom tu aku panggil semua pembantu aku untuk berkumpul. Aku tanya mereka satu per satu tugas yang mereka lakukan pada malam birthday party tu. Ada seorang pembantu kata yang dia nampak Daisy hantar minuman dalam bilik kau. Dan aku suruh salah satu mereka periksa bilik Daisy dan ternyata bilik dia dah kemas dan bersih. Aku memang tak sangka yang dia keluar dari rumah aku tanpa kebenaran dan dia lenyap tanpa sebarang jejak. CCTV di rumah aku pula tu seperti disengajakan ditutup padahal aku memang ada pasangkan sepanjang malam itu. Aku masuk dalam bilik kau sebab aku risau kau tak keluar semalaman. Walaupun aku mabuk tapi aku separuh sedar dan masih ingat yang petang tu aku benarkan kau untuk keluar dari rumah,"

Adriella khusyuk mendengar penjelasan Isaac yang panjang lebar itu. Dia tidak bersuara malah hanya mendengarkannya mahupun memekak marah.

"Tapi aku tak sangka yang waktu aku masuk dalam bilik kau...kau...dan aku tak boleh kawal diri aku. Aku cuma ingat separuh dan tak ingat langsung apa yang terjadi selepas itu. Pasal nota kecil yang kau terima tu kau ada ambil ke atau buang?kalau ada bersama dengan kau mungkin kita boleh kenal pasti tulisan itu," ujar Isaac. Mengenai Adriella yang melorotkan tuala mandi itu dia tidak sanggup untuk mengatakannya kerana dia tidak mahu membuatkan Adriella mengingatkan tentang itu.

"Aku ada ambil tapi aku tak bawa sekarang. Kalau aku buang sekalipun aku masih ingat tulisan itu," ujar Adriella. Penjelasan Isaac itu sudah cukup membuatkan Daisy adalah orang yang paling mencurigakan. Mungkin dia boleh beritahu Isaac apa yang dia dengari tempoh hari semasa dia terdengar perbualan Daisy di telefon dengan seseorang.

"Lagi satu. Pembantu kau yang bernama Daisy tu memang tak boleh dipercayai. Dia pernah kata kat aku yang dia ada anak tiga dan suaminya pula baru meninggal setahun yang lalu. Tapi waktu aku tak sengaja dengar perbualan dia di telefon dengan seseorang dia kata yang dia akan buat kau...yes kau untuk jatuh cinta dekat dia dan singkirkan aku dalam rumah tu. Dia kata juga yang dia akan buat-buat cerita yang dia memiliki tiga orang anak supaya kau kasihankan dia. Ayat terakhir yang aku dengar adalah dia nak lakonan yang dia buat semata-mata itu dilihat begitu simpati,"
ujar Adriella pula.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now