Dangerous Love | 59 ♡

4.3K 130 3
                                    

                    ANAK MATA Isaac tajam menikam ke arah Allen. Mahu saja dia melayangkan satu penumbuk ke wajah Allen namun dia tidak mahu menganggu anaknya di dalam bilik sana. Nasib baik saja tadi dia sempat menutup pintu itu kalau tidak mesti Allen si syaitan itu dapat mengetahui sesuatu.

"Apa aku dah buat?hm. Let me think it first. Aku peluk dia dan cium saja. Tak keterlaluan right?" Allen menguji tahap kesabaran si dewa Isaac. Dia mendekat ke arah Isaac lalu menampar sedikit kotoran yang melekap pada tali leher Isaac.

Isaac mengerlingkan mata penuh amarah. Ditepisnya terus tangan Allen dan menarik tangan lelaki itu keluar dari officenya.

Jari telunjuk dituding tepat ke arah Allen dengan tatapan mata yang usah ditanya. Nafasnya pula tidak teratur menahan marah yang kian membara. Lelaki ini betul-betul kurang ajar!

"Tak keterlaluan?memang tak keterlaluan untuk lelaki macam kau. Kau dengar sini baik-baik Allen. Jangan sampai tangan kau ni digari dan mulut kau ni jadi bisu. She is my wife and I'm her husband!kalau ada apa-apa dekat isteri aku, kau orang pertama aku cari!"

"Takutnya. Wow!"

Allen menepuk tangannya.

Isaac mencengkam kolar baju Allen dengan kasar. Ketinggian mereka berbeza sedikit dan Allen terpaksa mendongak sedikit ke atas untuk memandang wajah Isaac.

"Takut kepala otak kau!kau tunggu Allen. Tunggu apa akan jadi dekat kau selepas ini."
amaran terus menerus diberikan kepada Allen. Namun lelaki itu hanya senyum sinis siap mengenyitkan matanya membuatkan Isaac menolak kuat Allen sehinggakan jatuh tersungkur di atas lantai.

"Isaac!" marah Allen dan lantas berdiri dengan wajah yang menahan amarah. Satu tumbukan diberikan kepada Isaac kini mereka berbalas tumbukan.

BUK.

Isaac mengesat darah yang mengalir di hujung bibirnya. Allen yang baru ingin melayangkan penumbuknya lagi, segera Isaac mengelak dan menendang belakang Allen hingga terjerit lelaki itu dibuatnya.

Beberapa security dan pekerja yang lain segera menahan dua lelaki itu dari terus bertumbuk namun kedua-duanya berdegil dan terus menerus mahu berlawan. Kalau sudah jadi musuh mana mungkin mereka begitu mudah berhenti.

"Isaac stop it Isaac. You will hurt yourself." Ailee cuba untuk menenangkan Isaac namun bagaikan angin sahaja kata-katanya itu.

Yang lain pula mengunci pergerakkan Allen dari terus bertindak lagi.

"Lepas bodoh!lepaslah!" jerit Allen bagaikan orang yang kerasukkan.

"Security tahan lelaki tak normal ni dan bawa dia keluar dari sini. Give him red card! mulai hari ini nama dia tidak akan dibenarkan masuk di mana-mana syarikat milik aku. Dah puas tak Allen?jangan sampai aku bagi kau black card. Kau datang di office aku lepas tu buat masalah. Bring this man now!I don't want to see his face anymore!"

Allen menayangkan muka tidak puas hati.
Dia memandang Isaac penuh dendam di dalam hati. Betul. Dia masih belum berpuas hati dengan Isaac lagi dan mahu berdepan dengan dia lagi. Kau siap sedia Isaac.

"Kau degil Isaac. Kau degil sama macam Daisy. Aku akan pecahkan rahsia ini. Pembantu rumah kau yang bernama Daisy dulu sebenarnya adalah Daisy yang pernah bekerja di syarikat kau. Pity of you Isaac. Aku dah dapat sebahagian maklumat perniagaan kau dan paling penting aku ada dapat satu rakaman video paling menarik.
Siapa nama perempuan tu?Ailee right?fuh!kalau Adriella nampak video ni mesti dia akan jijik dengan kau. Dan masa itu dia mesti akan menjauh dari kau."

Allen ketawa terbahak-bahak. Ailee yang berada di sebelah Isaac terkejut. Matanya terbeliak mendengar penjelasan Allen itu. Lututnya hampir dirasakan bergetar dan hanya menunggu untuk jatuh.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now