Dangerous Love | 51 ♡

6K 158 1
                                    

DESIRAN daun-daun di malam hari bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi Lara. Pemandangan kota yang dihiasi lampu yang dilihat dari balkoni hotel tidak mampu menyejukkan hatinya yang sebenarnya sedang marah ketika ini.

Sudah beberapa minggu telah berlalu dia dan Allen tidak bertemu mahupun berbual dan kini secara tiba-tiba Allen menghubunginya beberapa kali supaya mereka bertemu. Lara bukan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu namun sakit di hatinya masih tersisa akibat kejadian tempoh hari. Namun, kali ini niat dia mahu berjumpa lelaki itu bukan kerana sesuatu namun mahu memutuskan hubungan antara mereka.

Kedengaran bunyi pintu bilik hotel dikuak dari luar oleh seseorang membuatkan Lara masuk semula ke dalam bilik. Dilihatnya Allen yang baru sahaja sampai dan Lara pula tidak menyapanya mesra seperti sedia kala. Hanya wajah yang penuh serius sahaja dia pamerkan ketika itu.

"What's wrong baby?you okey tak ni?huh?" tanya Allen dan cuba memeluk pinggang gadis itu namun Lara cepat mengelak. Dia berdiri dari kerusi dan menjauhkan sedikit jaraknya dari Allen.

"Kenapa you nak jumpa I?"

Allen mengerutkan dahinya melihat perubahan Lara itu. Tak mungkin dia dan Adriella sudah berbaik dan mereka saling memberikan sokongan antara satu sama lain. Sebab setahu dia, Lara ni bersifat sosial berbanding Adriella.

"You okey tak ni?jawab soalan I dulu Lara," kata Allen lagi yang tidak puas hati dengan tingkah laku Lara ketika ini.

"I'm okey. Just don't wasting my time. I ada banyak benda yang nak kena buat lagi selepas ini," balas Lara dengan nada suara yang kedengaran malas.

"Fine. Kenapa I suruh you jumpa I ni sebab I nak you bantu I buat something. I tahu you benci sangat dekat Adriella bukan?sebab itulah kita berdua kena bekerjasama. Untuk pengetahuan you Lara, adik tiri you tu sepatutnya milik I sejak awal dan bukannya Isaac. You tak nak kan Adriella duduk serumah dengan family you?apakata you tolong I viralkan satu video ni," ujar Allen sedikit tersenyum sinis. Namun, tanpa dia sedari ada ayat yang dilontarkannya membuatkan Lara berasa marah.

"Oh jadi selama ini you anggap I macam bahan untuk you permainkan bukan?rupa-rupanya you ada perasaan dekat Adriella tanpa pengetahuan I!stop making nonsense here Allen!I dah tahu semua and you don't have to pretend like nothing is going to happen. Dahlah, I nak balik!" marah Lara seraya mengambil tas tangannya dan berlalu keluar dengan perasaan yang bercampur aduk.

"Wait!Lara wait!" langkah gadis itu terus dikejar oleh Allen secepat mungkin. Tangan Lara ditarik dari belakang membuatkan gadis itu terpusing menghadap ke arahnya.

"Apa lagi you nak Allen!bukan semua dah terbukti tadi ke?haa!I nak beritahu you yang mula dari sekarang jangan cari I lagi!jangan call, mesej, minta bantuan dari I lagi!we are nothing!anggap saja perkara lalu tak pernah wujud sebab I dah mula bencikan you!" jari telunjuk dituding tepat ke arah wajah Allen. Lara yang semakin panas hati terus menyambung semula langkahnya pergi dari hotel itu.

Rupanya nasib dia selama ini hanyalah sia-sia. Dia buta hanya kerana wang dan harta seorang lelaki sehingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Dia punya segalanya dan ayah tirinya juga cukup baik untuk memberikan apa sahaja yang dia inginkan namun apa yang telah dia lakukan selama ini?adakah ini yang dipanggil karma?

Satu balasan kepada dirinya kerana suka memperlekehkan Adriella dulu?atau juga dia seorang anak yang melanggar ketaatannya terhadap insan yang bergelar ibu?

Lara sedar betapa bodohnya dia hidup dalam penipuan hanya kerana nafsu dan harta semata-mata. Sedangkan lelaki yang dia cintai itu hanya menggunakannya seolah-olah barang hidup.

Dalam keadaannya yang kusut dan ingin tergesa-gesa keluar dari bangunan hotel, entah tubuh mana pula yang dia langgar sehingga kepalanya landing tepat terkena badan seseorang itu. Nak kata macam besi pun ada juga. Ke aku langgar tiang?

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now