Dangerous Love | 63 ♡

3.8K 97 1
                                    

                   AILEE akhirnya berasa lega mendengar penjelasan Isaac sebentar tadi.
Semalaman dia tidak dapat tidur hanya kerana memikirkan hal itu dan syukurlah kerana Adriella tidak marah.

"Adriella sepatutnya tak perlu minta maaf dekat aku sebab memang aku yang salah pun waktu tu. I'm trully sorry." ucap Ailee dengan nada mendatar.

"Tak apa Ailee kami tak letakkan kesalahan ini pada kau. Sekarang ni tak perlu lagi fikir tentang masalah ni lagipun dah tak penting. Kalau dibahas semula memanglah tak ada faedahnya. Teruskan saja kerja untuk hari ini mengenai brochure resort ni.
Siapkan awal lagi bagus sebab perlu edarkan brochure tu di Australia dua minggu selepas ini."

Ailee tersenyum bangga. Lihatlah Ebony Maple Resort ini yang sudah berjaya menembusi pasaran hingga ke luar negara. Setahun lalu dinobatkan sebagai tempat pelancongan paling menarik top 3 di seluruh Asia.

Tambahan pula directornya seorang yang amat berpengalaman dalam perniagaan. Ailee pula menjadi bangga dengan Isaac dari hari ke hari. Sahabatnya itu memang orang yang hebat-hebat belaka.

"Psst...Isaac sini kejap." kedengaran di luar office Marquez memanggil rakannya. Isaac berpaling ke arah itu lalu segera meminta diri untuk keluar.

"Kau nak apa ni?macam ada sesuatu yang berlaku." ujar Isaac dengan kerutan di dahi.

Marquez menggaru kepalanya yang tak seberapa nak gatal. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk di lautan samudera sana.

"Er ni aku nak minta tolong kejap. Aku nak confess feeling dekat Lara tapi nampaknya dia macam tak ada langsung perasaan dekat aku." ujar Marquez. Dia ingin memiliki gadis itu dan biarlah cinta mereka akan wujud selepas sudah kahwin nanti.

Isaac menepuk-nepuk bahu kawannya.

"Aku boleh tolong tapi buat masa ini aku nak settle kan satu masalah ni terlebih dahulu. Si Allen tu dah makin menjadi-jadi perangainya. Benda ni kena selesaikan secepat mungkin sebab aku tak nak membahayakan isteri dan anak aku."

Mata Marquez membulat terkejut. Tidak menyangka Yang Allen masih belum berputus asa lagi untuk menghura-harakan keadaan sahabatnya.

Marquez ni bukannya tahu apa yang terjadi setiap masa sebab dia pun sibuk dengan kerjanya. Kalau ada masa barulah Isaac akan menceritakan kepadanya dan waktu itu barulah dia tahu.

"Serius lah!Allen tak habis-habis lagi dengan dendam kesumat dia tu. Yelah ingatkan dia dah putus asa dengan berdiam diri tapi rupanya dia fikir strategi kot. Tak apa aku akan bantu kau selesaikan masalah ni. Aku tahu si Allen tu layak disumbat ke dalam penjara."

"Aku dah bincang dengan bapa mentua aku dan kami akan selesaikan hari ini juga."

"Hari ini?" lagi sekali Marquez tidak percaya dengan kawannya itu. Ko biar betul!

"Kau fikir bila?"

"Aku fikir baru dalam proses perbincangan."

Isaac menghempuk kepala kawannya. Lembap gila kalau dia fikir begini.

"Aduh. Sampai tahap itu kau fikir. Nak tunggu berapa lama lagi nak selesaikan masalah ni. Lagi cepat lagi bagus."

Di Mahkamah.

Kelihatan di sana ada para hakim dan seangkatannya dengan itu sedang mendengar penjelasan dato Croft. Pada ketika itu Allen masih belum ada di situ kerana Lara dalam perjalanan membawa pihak polis menggari lelaki itu.

"Ada bahan bukti yang disediakan bagi mengesahkan Allen Diego memang bersalah sebelum dikenakan hukuman?"

Dato Croft dan datin Carmella meletakkan semua bahan bukti itu di hadapan hakim.
Orang-orang yang ada di dalam mahkamah sudah tertanya-tanya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now