Dangerous Love | 26 ♡

8.2K 174 2
                                    

            TELEFON diletakkan semula di atas meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            TELEFON diletakkan semula di atas meja solek. Senyuman penuh makna dan jahat itu terukir di bibir wrinkled lips Daisy itu. Dia tidak boleh membuang-buangkan waktu. Memandangkan Adriella sudah mengetahui penipuannya jadi dia harus bertindak cepat. Dia tidak mahu perkara ini sampai di pengetahuan Isaac. Bagaimana dia mahu memgambil hati lelaki itu jika lakonannya diketahui?

Di bawah katil, Daisy mengeluarkan peti rahsia tempat untuk dia menyorokkan bahan seperti dadah. Dia mahu menggunakan pil khayal pula untuk dimasukkan ke dalam minuman Adriella nanti. Kenapa Adriella? Sebab dia mahu gadis itu yang akan tertangkap basah bersama dengan Marquez. Dia akan membuat plan bagaimana dia mahu menjalankam rancangan jahatnya.

Dia ingin Adriella dipersalahkan dan akan diheret keluar dari rumah ini. Dia tahu pandangan Isaac ke arah Adriella itu lain semacam berbanding dulu. Ada bezanya dan lelaki itu seakan-akan mula mempercayai Adriella. Dia tidak mahu Isaac berlarutan seperti itu.

"Kau tunggu Adriella! Aku nak kau mengandungkan anak Marquez dan bukannya Isaac. Aku tahu bila-bila masa sahaja kau akan terlanjur buat perkara tu dengan Isaac. Lelaki itu mana mungkin tahan tengok kau dan dia pasti akan cuai suatu hari nanti. Jadi aku tak nak perkara ni berlaku!" Daisy mengepal penumbuknya. Dia tidak sabar sudah mahu memulakan permainan kotor ini.

Di sudut lain, Adriella hanya diam dan tidak bersuara walaupun dia sebenarnya bosan. Melainkan kalau Isaac bercakap barulah dia akan bersuara. Kang dicop pekak pula tak pasal-pasal. Kali ini dia duduk di depan memandangkan arahan dari Isaac. Nasib baik jelah kaki dia dah pulih sedikit. Tak juga menyusahkan orang lain lagi.

"Kau lapar tak?" Tanya Isaac. Dia memandang sekilas Adriella yang hanya diam termenung ke luar cermin kereta.

"Tak sangat. Penat je." Balas Adriella.

"Penat? Kau buat apa tadi?" Isaac sudah kerut dahi.

"Penat tunggu tuan siapkan semua kerja. Menyesal juga saya ikut " Kata Adriella terus terang.

"Ah yeke? Tak teringat kau pula. Nanti kau rehat je lah kat rumah."

Adriella diam. Nak ingat dia untuk apa?Bukannya penting pun. Baik diam je malas dah nak bersuara.

Sampai di perkarangan rumah Isaac, Adriella terus keluar. Langsung tidak berpaling ke belakang mahupun menunggu Isaac. Masuk sahaja di dalam rumah muka Daisy pula yang makin merosakkan moodnya.

Isaac yang ditinggalkan begitu sahaja hanya dia hiraukan. Isaac juga tidak menghalang Adriella. Penat kot. Baik bagi dia rehat dulu.
Aku tak nak kacau. Salah aku juga.

Pintu ditutup rapat. Adriella terus berbaring di atas katil. Secara jujurnya dia menyesal ikut Isaac sekarang. Bayangkan dia dari jam 12 tengahari sampailah jam 5 petang menunggu Isaac di luar bangunan rasa macam nak pitam sahaja. Nasib baik je Ailee memberinya makanan dan minuman petang tu. Tapi Isaac? Buat apa nak salahkan dia kan bukan dia kisah pun.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now