Dangerous Love | 55 ♡

5.5K 116 5
                                    

           DI DALAM Sunway Hotel yang mana terdapat banyak rekaan dan juga design baju perkahwinan itulah tempat Adriella dan para saudaranya yang terdekat berbincang mengenai hal paling penting pada hari esok.

Tidak lupa juga bahwa Isaac ada dengan mereka dan Marquez. Di dalam satu ruangan khas vip itu tawa canda dan suara manusia berborak antara satu sama lain kedengaran begitu riuh.

Ada juga yang sibuk menguruskan hal lain dan berjalan ke sana ke sini. Dua orang pembantu sedang sibuk menguruskan pakaian Adriella yang mana paling sesuai untuk dia gunakan pada hari esok. Begitu juga dengan Isaac yang dibantu dua orang pembantu untuk memilih tuxedo yang paling sesuai dia gunakan.

Melalui reflection di cermin yang berukuran besar itu, Adriella tersenyum puas dengan bridal Gown yang digunakan pada tubuhnya. Itu menampakkan yang perutnya yang membesar akan terlindung sedikit kerana dia tahu pasti ada kata-kata yang menyakitkan hati pada hari esok.

Adriella melepaskan keluhan. Bukan bermakna dia hilang mood namun dia hanya mahu menenangkan fikirannya yang suka sangat berfikiran negatif.

Tak hanya cantik mengenakan bridal gown itu namun dia terlihat begitu anggun sekali.
Sempat Adriella memuji diri sendiri memandangkan ini pertama kalinya dia melihat puas dengan penampilannya.

"Cik Adriella, boleh kami buka langsir ini sekarang?' tanya pembantunya yang memang dari tadi tersenyum minat dengan penampilan Adriella. Dia yang tidak sabar pula melihat reaksi Isaac nanti. Pasti lelaki itu terjatuh cinta berulang kali dan tidak mahu melepaskan Adriella dengan semudah itu.

"Teruskan." balas Adriella seraya mengangguk.

Shreett...

Bunyi langsir yang menutupi ruangan itu diheret sebelah menyebelah membuatkan semua menumpukan perhatian ke arah itu.
Isaac yang baru sahaja membetulkan tali leher tidak jadi apabila melihat Adriella di situ.

Marquez menyiku tangan Isaac berulang kali. "She's unique." ujar Marquez yang turut terpukau melihat kecantikan luar biasa yang dimiliki oleh Adriella. Kalau itu Marquez apa pula dengan Isaac?

Setidaknya air liur ditelan sedari tadi. Bukan hari ini sahaja dia terpikat dengan wanitanya itu namun sejak kali pertama pertemuan mereka. Kalau boleh setiap masa pun dia mahu terpikat dengan wanita idamannya itu.

"I know right. Mata kau tu jaga sikit tu yang dekat sana tu pun cantik juga." ujar Isaac apabila melihat Lara yang sudah siap dikenakan dengan baju pengapitnya. Sungguh menawan bak kata model of the year.

Marquez memandang ke sebelah dan ternyata gadis itu turut memandang ke arahnya. Lelaki itu menelan salivanya berkali kali. Oh mak, sexynya!

"Kuang ajo kau!" baru sahaja Marqeuz mahu memberikan tamparan pada Isaac namun ternyata kawannya itu sudah pun pergi mendekati Adriella di sana. Marquez segera membetulkan pakaiannya dan aset paling penting rambutnya.

Lara menjeling ke arah Marquez sekilas. Dia mengambil scarf putih yang mempunyai corak manik lalu dipasang pada bahagian dadanya agar tidak terdedah.

Marquez menoleh semula ke arah Lara.
Oh rupanya dia lupa nak pakai scarf. Ingatkan sengaja nak pikat aku yang hensem berdiri di sini. Lelaki itu memberikan Lara senyuman manis dan semanis gula.

Sebaik mengenali Lara dulu dan mendapat tahu bahawa gadis itu sudah berubah maka Marquez ada hati ingin mengenalinya dengan lebih mendalam.

Marquez sedar bahawa dia tidak sempurna dan dia juga banyak kali melakukan dosa yang dilarang di sisi agama. Dia tidak berhak memiliki perempuan yang suci yang tidak pernah terjebak dengan dosa zina. Oleh itu dia mahukan Lara untuk mereka sama-sama memperbetulkan diri ke arah yang jauh lebih baik.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now