Dangerous Love | 28 ♡

8.3K 202 7
                                    

           DATO Croft membawa segelas air lalu dihulurkan kepada anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


           DATO Croft membawa segelas air lalu dihulurkan kepada anaknya. Terima kasih ya Tuhan kerana telah menjawab doaku. Sesungguhnya aku berterima kasih ya Tuhan kerana telah mengembalikan anakku dalam keadaan yang selamat dan menjaganya selama ini.

Berita baik di awal pagi ini membuatkan dato Croft tersenyum senang. Segala rasa risaunya beberapa minggu ini hilang begitu sahaja. Syukur kerana doanya dipanjatkan akhirnya.

"Minum air tu. Ayah tengok kamu macam penat dan pucat sedikit. Nanti ayah call pembantu untuk hantar kamu ke hospital. Syukur kerana kamu pulang dalam keadaan selamat. Terima kasih Anne sebab dah tolong hantarkan dia. Terima kasih sekali lagi." Ucap dato Croft.

Adriella meneguk segelas air putih itu seperti yang disuruh ayahnya. Dia hanya memaksakan dirinya untuk tersenyum agar ayahnya tidak merasa risau. Memang keadaan dia sekarang terlalu penat dan dia sedar yang dia seakan-akan pucat sahaja. Mungkin rasa risaunya yang buatkan dia menjadi seperti ini.

"Adriella okey ayah. Rasanya kalau Adriella ambil panadol, Adriella rasa okey sedikit. Adriella tak sakit pun mungkin Adriella tak cukup tidur sahaja semalam." Ujar Adriella cuba menyakinkan ayahnya.

"Croft, awak tak perlu risau tentang keadaan Adriella. Lagipun saya tahu yang dia tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan setakat ini. Betul apa yang Adriella katakan tadi yang dia tak cukup tidur. Awak bagi dia masa untuk berehat dan jangan berikan dia kerja-kerja yang berat." Ujar puan Anne. Dia sebenarnya cuba untuk membantu Adriella. Kira dia nak backup gadis itu.

Dato Croft mengangguk setuju. Lagipun puan Anne merupakan seorang nurse jadi dia tak ada masalah untuk mempercayai kata-kata wanita tersebut.

"Baiklah kalau macam tu kamu berehat dulu. Kalau dah rasa okey nanti bagitahu ayah sebab ada sesuatu yang ayah nak bagitahu kamu. Hal penting tapi tidak ada apa-apa perkara yang merisaukan." Kata Dato Croft kepada Adriella.

Adriella hanya diam. Dia sememangnya dapat mengagak yang ayahnya pasti akan bertanya mengenai hal syarikat. Dia bukannya malas ataupun tidak mahu mengambil alih namun Adriella cuma ingin mengambil beberapa waktu untuk mencari pengalaman kerja. Dia tidak mahu yang dia terus menerus bekerja di syarikat ayahnya. Memang kerja begitu senang namun dia harus mencabar dirinya sendiri.

"Adriella, ayah akan hantarkan pengawal untuk jaga keselamatan kamu. Ayah tak nak perkara begini berlaku lagi. Walaupun ayah tak tahu apa yang berlaku pada Adriella selama Adriella tidak berada di rumah, namun ayah tak akan menanyakan sama sekali. Cukup melihat Adriella selamat dan tidak ada sebarang kesan luka dah buat ayah lega. Anne saya minta diri dulu ya sebab masih ada urusan di luar sana." Dato Croft bangun dari tempat duduk dan segera beredar.

Ayah hanya nampak Adriella selamat di luaran tapi sebaliknya ayah tak tahu yang Adriella tersiksa. Memang tak ada luka di tubuh Adriella namun luka di dalam hati masih tertanam.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now