Dangerous Love | 48 ♡

6.3K 151 1
                                    

              PAGI itu Adriella terpaksa bersiap lebih awal kerana dia ingin ke hospital untuk melihat keadaan Isaac

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              PAGI itu Adriella terpaksa bersiap lebih awal kerana dia ingin ke hospital untuk melihat keadaan Isaac. Semalam dia memang tidak tidur lena kerana otak asyik mengingatkan keadaan lelaki itu adakah dia benar-benar baik sahaja. Oh ya sebelum dia terlupa dia harus berlakon di hadapan ayahnya dan begitu juga dengan yang lain memandangkan dia tidak mahu ada sesiapa yang pelik dengan perkahwinan antara dia dan Isaac yang boleh dikatakan secara mengejut itu.

Baru sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan, iphonenya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama jerk diskrin telefonnya iaitu Isaac. Nama itulah yang dia gunakan untuk menyimpan nombor Isaac memandangkan dia begitu membencikan Isaac selama ini.

"Hello. Good morning. Get well soon babe," acuh tak acuh sahaja Adriella membalas suara Isaac di corong telefon. Yang pastinya ayahnya dan yang lain sudah mengalihkan pandangan ke arahnya dengan pandangan seolah olah ingin tahu siapakah lelaki istimewa di corong telefon itu.

Isaac sudah tersenyum sendirian. Kan bagus kalau ini bukan lakonan semata-mata tapi nyata. Tak apalah aku tak akan putus asa deminya. Aku akan pastikan dia akan jatuh cinta dengan aku lambat laun. Kuasa veto aku ni akan keluar pada bila-bila masa sahaja.

"Morning too sayang, don't forget to take your breakfast ya. Kesihatan awak sentiasa kena jaga selalu nanti saya jadi risau kalau sayang jatuh sakit. One more thing jangan buat kerja berat tau. You have to take your own rest too," balas Isaac lembut.

Pembesar suara sudah tentu dipasang dari tadi dan memanglah ahli keluarga Adriella mendengar suara Isaac begitu jelas sehingga membuatkan Lara cemburu. Bukan berniat buruk namun dia cemburu kerana Isaac sebenarnya mempunyai hubungan istimewa dengan kakak tirinya dalam diam. Mungkin mereka dah lama bersama kot. Bisik dalam hati Lara.

Dato Croft pula hanya tersenyum senang mendengarnya. Makin mudahlah dia mahu merancangkan perkahwinan Isaac dengan Adriella selepas ini. Dia pun terkejut juga dengan kenyataan ini namun apapun dia tetap gembira kerana anaknya itu mempunyai hubungan istimewa dengan rakan kongsinya dalam perniagaan.

Adriella memaksakan bibirnya tersenyum.
Rasa kekok pula dipandang lama oleh ahli keluarganya sendiri. Ku fikir lakonan ini macam petik jari saja namun dalam mimpi sajalah. Ayat Isaac tadi itu juga betul-betul merimaskan namun dalam masa yang sama dia rasa terharu sedikit. Jika ini nyata betapa bahagianya dia sekarang.

"Alright. See you later. Awak pun jangan lupa makan sarapan khas diberikan untuk pesakit dalam hospital tu. I'm going to off right now. Bye," mungkin hatinya tenang sedikit jika panggilan ditamatkan secepat mungkin. Pandangan datin Carmella itu pun lain semacam saja dia lihat macam manalah nak duduk tenang begini.

"See you later too sayang, bye," senyuman di bibirnya sentiasa terukir dari tadi lagi. Kalau nak kata dia dilamun cinta pun ya juga apatah lagi mabuk cinta. Penangan dari lakonan dia ni memang buat aku mabuk. Belum tahu lagi cerita selepas dah kahwin nanti. Lagi sweet bersemut rasanya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now