Dangerous Love | 38 ♡

6.3K 136 1
                                    

                 HAL-HAL berkaitan kewangan syarikat pula diuruskan dia hari ini

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

                HAL-HAL berkaitan kewangan syarikat pula diuruskan dia hari ini. Adriella melihat dan membuat perbandingan mengenai kenaikkan keuntungan syarikat dari masa ke semasa. Tidak ada berlaku pengurangan di situ. Dia kemudian memeriksa carta bar perniagaan kedua-dua syarikat itu. Mungkin bagi syarikat ayahnya ada penurunan sekitar lima bulan yang lalu  namun tidak begitu meleset teruk. Bagi syarikat Isaac pula carta barnya hanya meningkat dari masa ke masa.

Nampak sangat pengurusan Isaac selama ini begitu professional. Adriella kemudian mencatat beberapa perkara penting mengenai kedua dua syarikat. Mungkin jika ada mesyuarat selepas ini dia boleh gunakan pendapatnya sendiri untuk mengemukakan cadangan untuk memajukan resort.

Selesai mengurus itu ini Adriella kemudian merehatkan dirinya. Pen diletakkan di atas meja dan tangan di regangkan buat seketika.
Tadi pagi dia menaip di laptop sekarang pula mengurus kewangan yang tidak ubah seperti akauntan sahaja dia saat ini.

"Miss Adriella can I come in," ujar pembantunya dari luar. Gadis itu segera menyahut dari dalam.

"Miss...dato Croft kata dia nak Adriella hantarkan slip kewangan bulan lalu di bilik mesyuarat," ujar pembantunya.

"Okey tell my dad then later I will send it. Thank you for informing me," kata Adriella.

"Your welcome miss," ujar pembantunya lalu keluar.

Adriella mengurutkan kepalanya perlahan.
Entah kenapa dia merasakan beberapa hari ini badannya kadang-kadang terasa lemah. Malah tekaknya juga rasa seperti ingin muntah. Apa yang tak kena dengan aku ni?
Padahal aku dah ambil ubat pun semalam.

Adriella memaksakan dirinya untuk bangun.  Slip kewangan bulan lalu diambil lalu dia keluar dari officenya. Namun kaki dihala masuk ke dalam pantri sebelum dia menuju ke bilik mesyuarat.

Air putih diambil lalu diminum. Setelah membasahkan tekaknya, Adriella pun menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua. Lif digunakan untuk sampai di tingkat dua. Fail yang berisi slip kewangan bulan lalu dipegang kemas.

Ting!

Pintu lif terbuka dan gadis itu terus melangkah keluar. Namun dia terserempak pula dengan Ailee ketika itu. Gadis itu lantas tersenyum apabila melihat Adriella.

"Hye...long time not see. Adriella you look more and more stunning day by day. Awak nak pergi mana ni?" tanya Ailee penuh ramah.

"Thank you. Same goes like you Ailee. Saya nak pergi bilik mesyuarat and what about you?"

"Oh saya pun nak pergi sana juga. Let's go together. Tuan Isaac suruh saya hantar slip kewangan bulan lalu jadi saya datang di sini," ujar Ailee.

Adriella hanya mengangguk. Mungkin Isaac dan ayah ada nak bincangkan sesuatu mengenai hal kewangan. Nampak seperti penting je.

Dangerous Love [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα