EPILOGUE - [TAMAT]

9K 143 17
                                    

                     Amsterdam, Paris.

          ADRIELLA MEMBUKA luas tingkap di dalam bilik hotel penginapan mereka sempena meraikan 'happy anniversary' mereka buat pertama kalinya.

Malam itu, Adriella menghirup udara segar di kota Paris yang indah lagi menarik hati itu bersama dengan Adritresya. Hanya dengan memakai baju dress simple sahaja sudah memberi aura dalam dirinya malam itu dan sudah pasti mampu menggoda jiwa raga si suami.

Tangan diletakkan di atas balkoni hotel lalu menutup matanya rapat. Alangkah betapanya dia bahagia sekarang. Ini adalah detik yang paling indah dia lalui bersama dengan suaminya sepanjang melalui detik pernikahan mereka.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran pintu bilik dikuak dari luar dan Isaac turun ke tingkat bawah tadi untuk menguruskan hal parking kereta. Kini dia sudah pun selesai menguruskan semuanya.

"Honey is everything okey here?" tanya Isaac. Kalau seminit sahaja dia pergi meninggalkan isteri dan anaknya sudah tentu hatinya risau tak menentu.

"Yup we're fine here" balas Adritresya yang sedang mendukung anak mereka. Match sahaja baju mereka malam itu. Tema pula warna putih gitu.

Isaac pergi mendapatkan Adriella lalu mencium dahi isterinya seraya mencium pipi Adritresya. Kedua-dua insan itu adalah cinta hatinya dan mana mungkin dia boleh berpisah dengan mereka kecuali ajal maut yang datang menimpa.

"Sayang, saya dah prepare makanan. Jom makan. Candle light dinner." Adriella mengenyitkan matanya dan Isaac pula ambil alih mendukung Adritresya.

"Well, jom" ujar Isaac.

Yuhu! Candle light dinner bersama dengan Adritresya, our little princess. Lain dari yang lain bukan?

Di meja makan yang sudah terhidang segala jenis masakan Barat, mereka bertiga mula menjamu makanan yang sedap-sedap belaka itu.

Nah mulalah adagen romantik di sana. Ada scene suap menyuap bagai. Bukan Isaac dan Adriella sahaja tapi dengan Adritresya sekali.

Terkekek anak kecil itu tertawa apabila ayahnya membuat gaya-gaya lucu di sana.
Alahai, suka sangat Adriella melihat mereka begini. Bahagia sahaja dia rasakan.

"Dada..." panggil Adritresya yang sebenarnya dia mahu memanggil daddy. Biasalah kalau budak yang belum cukup umur, masih belum boleh menyebut perkataan dengan sempurna.

"Yeye...baby dada. Mau momom [makan] lagi tak ni?"

"Mamam..." kata Adritresya dengan senyuman geli hatinya.

Ketawa Adriella meletus terus mendengarnya. Alahai comelnya.

Isaac mengusap kepala anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

"Awlolo, comelnya dia." ujar Isaac sempat mencuit hidung anaknya itu.

"Biasalah. Tengok je mumy dia ni. Comel lepas tu cantik." puji Adriella pada diri sendiri. Sekali sekala angkat bakul sendiri tak apakan? Lagipun puji depan suami apa salahnya.

Isaac ketawa perlahan. Itu memang faktanya. Isteri dia memang comel tambah-tambah lagi cantik. Tapi jangan lupa, Isaac juga hensem.

"Ni kat sebelah awak. Orangnya kacak juga. Tak salahlah anak kita cantik. Kalau dapat anak lelaki nanti mesti ikut muka macam daddy dia." kata Isaac pula.

"Yeke? awak yakin eh? saya rasa dia mesti ikut gen mumy dia ni." ujar Adriella yang tidak mahu kalah.

"Mahu dapat anak kembar lah ni kali. Barulah adil dan saksama. Kan sayang?" balas Isaac sambil menayangkan sengihan nakalnya di sana.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now