Dangerous Love | 37 ♡

6.6K 142 0
                                    

                         PAGI yang indah lagi segar itu telah memberikan Daisy bersemangat untuk menjalankan aktiviti hariannya namun kali ini dia akan ke syarikat resort milik Isaac

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                        PAGI yang indah lagi segar itu telah memberikan Daisy bersemangat untuk menjalankan aktiviti hariannya namun kali ini dia akan ke syarikat resort milik Isaac. Dia rindu wajah kacak itu. Setiap hari tidak pernah dia tidak termimpi akan lelaki itu. Walau baru beberapa minggu tidak berjumpa namun terasa seperti setahun tidak melihat wajah itu.

Daisy sempat menyemburkan perfume sekali lagi di badannya sebelum dia masuk ke dalam kereta dengan hati yang sudah tentu tidak sabar ingin melihat Isaac. Enjin kereta dihidupkan dan dia mula meninggalkan kawasan apartment yang dibeli oleh Allen untuknya.

Jarak dari apartmentnya untuk sampai di syarikat resort milik Isaac itu hanya mengambil masa sejam. Tidak begitu jauh namun kalau roadblock memang nayalah hidup jadinya.

Nasib dia sahajalah sekarang ini tidak ada sekatan jalan raya. Lagi cepat dia sampai lagi cepatlah dia dapat bertemu lelaki idamannya itu. Daisy sudah tersenyum sendirian di dalam kereta. Dia harus mendapatkan pekerjaaan ini. Lagipun syarikat Isaac itu memang perlukan beberapa pekerja buat masa ini. Jadi tidak ada masalah kalau dia cuba apply. Tambahan pula dia punya kelulusan sehingga tahap ijazah bahagian business dan rasanya tidak ada masalah untuk kerja di bahagian pengurusan perniagaan.

Selesai memarking kereta, Daisy terus keluar dari perut kereta. Syarikat yang teguh di hadapannya dipandang dengan kagum.
Dia bukannya tidak tahu yang Isaac memang usahawan berjaya tidak hanya pernah bekerja sebagai seorang doktor dahulu. Lelaki itu memang mempunyai banyak pengalaman dan orang kata dia seorang yang sukses dalam dunia kerjaya.

Daisy pun melangkah masuk ke dalam syarikat itu dengan penuh lenggang lenggoknya. Mengalahkan artis model sahaja dia ketika itu. Senyuman mesra diberikan oleh sesiapa sahaja yang bertembung dengannya. Tidak kiralah pekerja atau cleaner. Semua dia layan sama rata sahaja.

Ailee melihat calon yang akan ditemu duga seterusnya di skrin laptopnya. Ada 20 orang yang cuba memohon kerja kosong di syarikat ini semalam dan 15 calon daripada itu telah pun selesai. Hanya berbaki lima orang lagi.

Daisy Ferlin Hernandes. Nama itu pula yang seterusnya akan ditemu duga selepas ini.

"Amanda panggil calon seterusnya untuk masuk ke dalam. Kalau lambat datang dalam masa 5 minit maknanya permohonan mereka akan terbatal,"ujar Ailee. Dokumen calon yang telah lulus ditemu duga tadi disimpan di dalam satu tempat manakala yang tidak lulus hanya diletakkan di atas meja kerana mereka akan disuruh mengambil kemudian.

"Daisy Ferlin Hernandes." panggil Amanda.

"Ye saya." balas Daisy laju lalu berdiri.

"Giliran awak pula untuk masuk ke dalam. Good luck. Sila tenangkan diri dan jangan nervous. Yang penting awak yakin dan jawab semua soalan yang diberikan," ujar Amanda. Daisy membalas dengan memberikan senyuman. Dia sudah beberapa kali pernah melalui keadaan seperti ini jadi tidak ada masalah pun untuk dia rasa nervous. Dia sudah terbiasa dan dia buat relax sahaja.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now