Dangerous Love | 45 ♡

6.4K 152 2
                                    

                  JAM di dinding yang berdetak sedari tadi menganggu Isaac dari terus mengelamun jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                  JAM di dinding yang berdetak sedari tadi menganggu Isaac dari terus mengelamun jauh. Sudah tiga jam berlalu namun dia masih berada di syarikat The Grand Hotel miliknya itu. Fikirannya terus teringat akan rakaman cctv bahagian meja vip berhampiran di sebelah bar malam itu ketika dia bertemu dengan Adriella.

Jika dizoom terlihat seperti ada yang mencurigakan kerana dia melihat dua orang gadis yang duduk di bahagian bar sepertinya tertumpu ke arah mereka malam itu. Dia telah pun mengarahkan beberapa pembantunya untuk mengesan siapa sebenarnya dua gadis itu. Hanya mereka berdua sahaja yang dekat dengan meja dia dan Adriella dan tidak hairanlah mengapa kepala mereka asyik teralih ke arah meja vip pada malam itu.

"Tuan Isaac. Dah pukul 8 malam ni. Masalah pencerobohan sistem itu biarkan saya dan team yang akan selesaikan. Kami akan pastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Tuan kena ambil rehat yang secukupnya nanti ada orang yang lebih risaukan tuan," ujar personal assistant Isaac di bahagian The Grand Hotel itu yang bernama Sophea.

Isaac hanya mengangguk. Nasib baik sahaja Sophea mengingatkan dia mengenai ini. Kini fikirannya beralih kepada Adriella yang sedang hamil dan dia tidak boleh terlalu push up hanya kerana masalah ini kerana masih ada orang yang perlu dia jaga dan lindungi selain melindungi syarikat perniagaannya yang diceroboh.

"Thank you Sophea. If you find the offenders tell me as soon as possible. You also need to take a rest. I got to go now," Isaac memasukkan beberapa dokumen penting ke dalam briefcase dan mula melangkah keluar dari pejabat diikuti Sophea di belakang.

"Selamat malam tuan. Have a good rest," ujar Sophea seraya tersenyum sebelum berlalu pergi terlebih dahulu. Isaac pula hanya mengangguk. Pintu pejabatnya dikunci menggunakan kod kata laluan lalu kaki melangkah masuk ke dalam lif untuk sampai di bahagian tempat letak kereta ground floor.

Bunyi deringan iphonenya menganggu tumpuan Isaac pada ketika itu. Punat nombor lif ditekan sebelum dia menjawab panggilan dari rakannya.

"Bro, kau dekat mana sekarang?aku tak fahamlah dengan orang tu. Sanggup buat taktik macam ni untuk jatuhkan kau. Kalau aku tahu siapa manusia tu memang aku nak kerjakan dia sehabis mungkin," kata Marquez di corong telefon. Kalau Isaac mempunyai masalah tak mungkin dia tak munculkan dirinya. Dia yang dengar berita ini tadi sungguh tidak puas hati. Siapa pula yang jalang sangat nak guna cara terdesak ni untuk menang dan kalahkan kawan aku memang siap aku kenakan nanti.

Isaac menghela nafas perlahan sebelum membalas. "Masih ada dekat The Grand Hotel tapi on the way pergi ground floor tempat letak kereta. Aku tak sure lagi siapa pelaku di sebalik ni tapi orang yang mencurigakan tu adalah. Team yang lain dah mula nak jejak orang tu dan aku yakin diorang tu tinggal berdekatan sahaja," kata Isaac.

"Ni mesti kerja Allen si bangsat tu!ataupun dia pergi hantar orang suruhan dia untuk intip pergerakkan kau. Memandangkan esok kau dan dia akan bersaing untuk mendapatkan kepercayaan Pacific Golden Hotel sudah tentulah si bangsat tu buat sesuatu. Dia kan pemalas lepas tu tak ada otak lagi. Asyik guna method tak berakal untuk jatuhkan seseorang," marah Marquez.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now