Dangerous Love | 9 ♡

23.3K 478 10
                                    

           KEDENGARAN bunyi pintu dibuka oleh seseorang dari luar dan ketika itu Adriella masih berusaha menjerit dengan sekuat hatinya ingin meminta pertolongan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           KEDENGARAN bunyi pintu dibuka oleh seseorang dari luar dan ketika itu Adriella masih berusaha menjerit dengan sekuat hatinya ingin meminta pertolongan.

Allen begitu terkejut apabila seseorang menolaknya kasar dari belakang sehingga dia terjatuh di atas lantai seperti nangka busuk.

''Woi!setan kau buat kecoh kat dalam bilik aku ni apahal!mata tu dah buta eh?kalau tak tahan sangat nak terkam perempuan kau ni janganlah sampai salah bilik buat malu je!'' nada suara lelaki itu amat tinggi dan kasar di telinga Adriella.

Allen mendengus geram. Dia segera bangun sambil mata memandang tajam ke arah lelaki itu. Tali pinggangnya dibetulkan sebelum mula membuka mulut.

''Kau cakap apa tadi?buta?ke kau ni yang buta!kau jangan nak masuk campur dengan hal aku lagipun aku tak ada urusan dengan lelaki sial macam kau ni baik blah!'' Allen tersenyum sinis. Nampaknya plan dia seperti tidak berjaya disebabkan lelaki tersebut atau boleh dikatakan musuhnya.

''Kau salah masuk bilik lepas tu tuduh aku but hal pula ni apahal?lelaki macam kau ni baik pergi mamposs!dahlah tak sedar diri bodoh!'' balas lelaki itu seakan-akan mahu memulakan pergelutan. Allen sudah terasa panas mendengar kata-kata lelaki itu.
Dia menggengam erat buku limanya sebelun dilayang ke arah muka kacak lelaki itu.

Buk!

Adriella hanya menjadi penonton di tengah antara mereka. Dia tidak berani langsung untuk meleraikan pergaduhan itu. Ditambahkan pula dengan badan mereka yang tegap itu manalah dapat ditandingi dengan dirinya yang kecil saja. Siapa sajalah dia ni yang bertubuh kecil nak menghentikan pergaduhan itu.

''Kalau kau nak hidup baik kau keluar dari sini!jangan ganggu life aku dengan girlfriend aku!'' lelaki itu tersenyum sinis.
Buat salah lepas tu penipu lagi memang nak kena dia ni.

''Girlfriend?yang dia terjerit jerit minta tolong tadi apa?ke kau yang terhegeh hegeh nak rogol dia?'' Adriella yang masih diatas katil itu terus sahaja menunduk. Pakaiannya sudah pun dia betulkan tadi. Rasa malu dalam diri mula menguasainya ketika itu.

''Kau ni kenapa haa?apa sebenarnya masalah kau dengan aku?kau ingat kau tu baik sangat?macamlah aku tak tahu perangai kau yang sebijik macam syaitan!'' balas Allen pula.

Adriella jadi bingung. Nampaknya mereka berdua sudah berkenal tetapi saling bermusuh. Adriella yang perasan dengan pandangan tajam milik Allen itu terus turun dari katil dengan cepat-cepat. Dia takut jika Allen menangkapnya lagi.

''Tahniah kerana kau tahu perangai aku macam mana!dah tau diri tu salah reda jelah bodoh!aku pantang bila ada orang yang salah masuk bilik aku dan lagi-lagi tengah buat benda tu!''

''Penat nak layan orang gila macam kau ni!sayang jom kita keluar,'' dengan pantas lelaki itu menghalang Allen daripada mengambil Adriella. Allen sudah mula mengetap bibir tanda geram.

''Kau tak layak ambil dia dari aku!'' terkejut beruk Adriella di saat itu. Dia hanya diam berada di belakang lelaki itu. Tidak berani langsung bersuara mahupun melarikan diri.

''Kau ni memang manusia yang paling gila aku pernah jumpa di dunia ni!kau nak rampas hak aku wow aku bangga sangat!''

''Aku?gila?memang aku nak rampas dia dari kau!" lantas tangan Adriella ditarik oleh lelaki itu dan keluar dari bilik begitu sahaja. Allen hanya menahan hati yang panas membara. Kau tunggu aku!kau tunggu aku sial!

Adriella ingin membuka mulut tetapi entah kenapa mulutnya terasa seperti dikunci untuk bercakap. Tangannya masih lagi dipegang oleh lelaki yang dia sendiri pun tidak kenali itu.

''Ka-kau nak bawa aku pergi mana?'' akhirnya Adriella bersuara sebaik sahaja lelaki itu membawanya entah ke mana pun dia tidak tahu. Tak mungkin lelaki ni pun ada benda yang tak baik dia nak buat pada aku. NO!

''Aku dah selamatkan kau dari hantu tu jadi kau kena bagi aku satu balasan!'' lelaki itu berkata dalam nada seriusnya.Tangan Adriella terus dilepaskan.

''Balasan...apa yang kau nak dari aku?kalau duit aku tak ada,'' ujar Adriella dan berdebar debar menanti jawapan dari lelaki itu. Harap tak susah!

''Aku nak kau jadi..."

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now