Dangerous Love | 2 ♡

30.5K 543 13
                                    

                DATIN Carmella sudah pun sedia menunggu kepulangan Adriella dihadapan pintu masuk rumah siap bercekak pinggang lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                DATIN Carmella sudah pun sedia menunggu kepulangan Adriella dihadapan pintu masuk rumah siap bercekak pinggang lagi. Terasa seram sejuk sahaja badannya tatkala melihat muka bengis wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu. Air liur pula ditelan beberapa kali setiap kali memandang wajah itu.

Datin Carmella terus sahaja menarik rambut Adriella dengan kasar membuatkan gadis itu mengerang kesakitan kerana menanggung sakit yang teramat pada bahagian kulit kepalanya. Air mata laju sahaja mengalir membasahi pipinya. Dating Carmella sememangnya tidak mempunyai setitik pun perasaan bekas kasihan yang dia tahu hanyalah mendera dan mendera.

''Auntie tolonglah sakit. Lepaskan Adriella auntie,'' rayuan Adriella itu hanya dibiarkan. Tanpa belas kasihan di dalam hati dia terus sahaja menolak kuat gadis yang bertubuh kecil itu. Dia menganggap Adriella itu hanyalah tempat untuk dia melempiaskan segala kemarahan dan menjadikan dia bahan bulian di dalam rumah banglo tersebut.

Ya Tuhan, sakit pada bahagian tulangnya seperti mahu patah apabila badannya terkena dinding selepas ditolak begitu kuat. Hanya air mata sahaja yang mampu dia keluarkan saat itu. Adriella tidak ada kekuatan untuk bersuara mahupun melawan kerana dia tahu jika dia mengambil langkah itu maka dia akan dibalas dengan cara yang lebih teruk.

''Hoi perempuan sundal!kau pergi tidur dengan jantan eh semalam?kalau aku report ni dekat ayah kau nahas kau dikerjakan!'' datin Carmella berkata dengan menuding jari tepat ke arah muka Adriella. Tidak hanya itu malah dahi gadis itu ditunjalnya beberapa kali.

''Kau pergi buat kerja!kesian anak aku seorang diri buat kerja semalam disebabkan perempuan sundal macam kau ni!macam manalah mak kau lahirkan kau dengan perangai syaitan macam ni,'' sekali lagi datin Carmella menunjal kasar kepala Adriella sebelum dia beredar dari ruang tamu.

Adriella hanya menahan kesakitan pada tubuh kecilnya itu. Bagaimana dia mahu menguruskan kerja-kerja di dalam rumah sedangkan dia sudah tidak mempunyai tenaga. Dalam masa yang sama, perutnya pula sudah muka berkeroncang minta diisikan.

Namun jika dia memberikan alasan ini kepada ibu tirinya pasti penampar akan yang dia dapat sebagai hadiah. Terpaksa juga dia akur dengan segala arahan dari datin Carmella itu.

''Hoi perempuan pergi masak untuk aku!jangan sampai aku kebuluran kat sini sudah!'' Lara yang sedang menonton TV  menjerit bagaikan satu dunia mahu dia dengarkan. Dan sekali lagi, Adriella hanya menurut arahan dari anak datin Carmella itu. Kalau dia mengendahkan arahan dari Lara itu maka dia akan dikerjakan dengan lebih teruk. Dua lawan satu, mungkin macam kuih doh sahaja mereka kerjakan aku.

''Dah siap ke belum!ish lembik je kerja!'' Lara menjulingkan anak matanya ke atas dan terus menolak Adriella sehingga gadis itu terdorong kebelakang. Makanan yang terletak diatas meja itu dipandang dengan penuh tajam bagai harimau yang sedang mencari mangsanya.

''Kau dengar sini baik baik pompuan!kau nak suruh aku makan ni?kau ada otak ke apa?sini aku ajar kau!'' Lara mengambil pinggan yang berada diatas meja itu dan terus membuang segala isi di dalam pinggan itu ke arah Adriella.

Tidak lebih dari itu gelas yang berisi air masak juga disimbah ke arah Adriella. ''kau tengok muka aku ni, nak sangat ke makan makanan kampungan ni!haa jawablah!lainlah muka macam kau yang tak setanding dengan muka aku!'' marah Lara lalu melangkah mendekati Adriella. Bahu gadis itu ditolaknya kasar dan hampir sahaja dia terjatuh di atas lantai.

''Tak-''sepatah sahaja ayat yang keluar dari mulut Adriella. Kepalanya hanya ditundukkan menghadap ke lantai. Tidak berani memandang muka bak harimau itu. Jika dibalas lebih maka tubuhnya pasti akan dipukul dan ditendang seperti bola.

''Tau pun!sekali lagi kau masak makanan low class ni taulah aku nak buat apa kat kau!'' Lara terus meninggalkan Adriella yang masih menikus ketakutan di situ.

Hilang sahaja Lara dari pandangannya, tangannya terus ligat membersihkan makanan yang bertaburan di lantai itu. Terasa dirinya begitu teruk dilayan berbanding seorang pembantu ketika ini. Kau kena kuat Adriella!kau kena kuat hadapi segala dugaan dalam hidup!jangan pernah putus asa dengan masalah yang kau hadapi.

Kata-kata di dalam hatinya itu tidak sekali pun dia setuju. Dia laju sahaja menggelengkan kepala dengan kata-kata yang terluah di dalam hatinya tu. Jika dia kuat menempuhi segala dugaan dalam hidup betapa bagusnya tetapi dia hanyalah seorang gadis yang sangat lemah dan tidak kuat untuk melawan masalahnya sendiri. Bagaimanakah dia mahu menempuhi segalanya?

















             ADRIELLA segera merebahkan dirinya diatas katil. Ayah!kenapa ayah tak pernah sekali pun lindungi Adriella selama ini?adakah ayah pun sama seperti mereka yang membencikan Adriella?

Hatinya mulai berasa sebak dengan hidupnya sendiri. Dia berasa sangat disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri. Selama dia membesar tidak pernah sekali pun dia mendapatkan kasih sayang dari insan yang bergelar seorang ayah. Ibunya?dia sendiri pun tidak pernah tahu tentang itu. Tetapi otaknya sentiasa tertanya tanya adakah ibunya sudah meninggal?soalan yang dia perlukan jawapan itu masih belum terjawab selama ini.

Membesar dengan keluarga yang dikatakan tidak lengkap itu amatlah memeritkan. Dia bukan sahaja didera setiap hari tetapi juga diperlakukan seperti orang asing di dalam rumah banglo ini. Ibu tirinya dan Lara juga pandai mengubah cara layanan mereka terhadap dirinya jika berada di hadapan ayahnya. Dia sendiri tidak faham akan kedua dua manusia itu. Apa sebenarnya yang ingin mereka mahukan darinya?dia sama sekali pun tidak mempunyai harta dan wang dan peliknya mereka setiap hari seakan-akan mahu mengancam dirinya yang lemah itu.

Adriella yang tidak mahu memikirkan banyak hal lantas sahaja menutup rapat matanya. Dalam hati hanya mampu berserah kepada Tuhan apa yang akan bakal berlaku pada dirinya selepas ini.









Sorry for any typo or grammar error and all. Make sure do vote hehe!🔼

Anyway thank for the read dear😉

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now