Dangerous Love | 41 ♡

6.6K 132 2
                                    

                       "ISAAC aku nak keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                       "ISAAC aku nak keluar. Open the door," ujar Adriella apabila tersedar yang Isaac seakan akan lupa kewujudan dia di belakang kerusi pemandu. Isaac diam tidak bersuara untuk beberapa minit. Fikirannya saat ini hanya memikirkan Adriella. Dia sepertinya mula risau dengan keselamatan gadis itu selepas kejadian tadi. Tambahan pula Allen yang mahu mengambil gadis itu semula darinya jika dia dapat dikalahkan nanti.

"Tak mungkin aku kalah dengan kau!" streng kereta terus ditumbuk penuh geram.
Terhinjut bahu Adriella dengan tindakan drastik lelaki itu. Tak ada angin tak ada juga ribut tiba-tiba lepaskan kemarahan dengan streng kereta yang tidak bersalah itu.

"Isaac kau dengar tak apa aku kata tadi?aku nak balik. Aku nak keluar. Buka pintu kereta ni!" naik seoktaf suara Adriella ketika itu.
Kalau boleh dia mahu sahaja pecahkan cermin kereta Isaac ni sekarang. Kalau dia ada super power sudah tentu dia dah terbangkan semua pintu kereta ni. Padan muka lelaki tu!

"I think we should start over again Adriella. Forget about the past and let us be together.
I can't let you in danger and face it alone Adriella. I promise to give you a happy life and please forgive me Adriella," tiba-tiba Isaac mengungkapkan ayat-ayat yang buat Adriella tersenyum sinis. Dia tidak terdiam apabila Isaac mengatakan ayat itu namun terkesima sedikit.

Dia sama sekali tidak ingin mudah mempercayai kata-kata Isaac sebentar tadi.
Baginya semua itu dusta dan langsung tidak ada kebenarannya. Bagaimana mungkin kata-kata itu boleh dipercayai sedangkan lelaki itu sendiri yang mencemari maruahnya.

Let us be together?huh?kau fikir aku nak lelaki yang sudah buat aku rasa jijik dengan diri aku. Tak semudah itu Isaac!

"I said open this door!now!"

"Adriella please...answer me. I will not open the door if you didn't answer me yet," ujar Isaac. Satu hal yang dia inginkan ialah gadis itu menjawab kata-katanya tadi. Itu sahaja.

"Kau nak sangat aku jawabkan?baik, aku jawab sekarang!aku jijik dengan kau!aku jijik kalau tangan kotor kau tu sentuh aku lagi!baik kau mati je!puas?puas sekarang!" nada suara Adriella itu seakan akan mahu pecah satu cermin kereta dibuatnya.

Isaac terkedu. Begitu bencikah gadis itu terhadap dirinya?tapi dia tak akan putus asa. Selagi dia belum mendapatkan kemaafan dari Adriella selagi itu dia tidak akan berputus asa.

"Give me another change sayang, please. Saya rela mati kalau itu yang buatkan awak bahagia. Mungkin itu sahaja peluang untuk saya dapatkan kemaafan dari awak," balas Isaac. Panggilan 'aku kau' juga telah ditukarkan kepada 'saya awak'. Lebih membuatkan Adriella jijik lelaki itu begitu berani memanggilnya menggunakan panggilan sayang.

"Pergilah mati!memang aku bahagia pun kalau kau mati!lagi satu kau tak ada hak nak panggil aku dengan panggilan tu. Hanya suami aku sahaja yang berhak gunakan panggilan itu untuk aku. Buka pintu ni!kau dah dapat jawapan kan?" balas Adriella lagi.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now